October 29, 2010

Journey to Melbourne : Tesselaar Tulip Festival



Hari yang seterusnya kami di bumi Melbourne.
Kali ini destinasi kami ialah ke Tesselaar Tulip Festival yang terletak di Silvan. Sebelum tu kami memang dah buat research di internet tentang kewujudan tulip festival ini. Alhamdulillah sib baik kebetulan terkena pada tarikh kami datang ke sini. Tulip festival ini dibuka sebulan sahaja iaitu dari mid Sept hingga mid Oct. Setahun hanya sekali sahaja iaitu pada spring season.

Sepatutnya pada hari kedua kami di Melbourne, kami ke sini dulu. Akan tetapi apabila check semula di Tulip Festival.... ianya telah sambung hingga ke hujung minggu hari Ahad. So, dengan itu kami telah mengubah itinerary dan mengambil keputusan untuk pergi ke tulip festival ini pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum kami pulang ke tanahair.

Awal pagi lagi kami dah keluar dari hostel. Ini kerana kami nak cepat sampai dan cepat balik. So, ada lah masa nak ke tempat lain pulak. Menurut di website tu ia mengambil masa 2 jam nak sampai Silvan menaiki public transport. Kalau naik kereta hanya sejam sahaja.

Keluar ajer hostel, alamak hujanlah. Sejuk giler wei. Dalam hati kata mintak-mintaklah sampai sana tak hujan sebab perjalanan jauh ni. Pulak tu aku memang bawak jean jacket ajer. Plan kat sana tak nak pakai sweater or jacket. Konon panaskan. Then, kami menaiki train di Flinder Station dengan bayaran.... lupa dahhh. Pergi ke kaunter Metlink dan beli ticket ke Zon 1 dan 2. Ticket tersebut digunakan pergi dan balik.

Untuk ke tulip farm itu, kami kena berhenti di station Lilydale atau Belgrave. Sekali......ternaik train yg ke Belgrave pulak. Takpalah...sama ajer. Perjalanan mengambil masa sejam sahaja. Sebelum masa nak cari train tu.....aku seperti biasa snap gambar train tu dari luar. Tetiba.... ada seseorang sentuh bahu aku.

" excuse me...you're not allow to take picture here. If not, you'll be caught and send to jail"
(siap dgn aksi gari tangan tu).

Aku pun letak balik camera dalam bag but sempat jugak snap 2 keping. Yang tegur aku tu orang tua. Kerekk lah org sini....amik gambar train pun tak boleh ke? Apa kes? Aku masa kat Europe nak snap macamana pun..tak sapa kisah. Giler strict ler kat Australia ni.



ticket Metlink... lupa lah harga berapa

ni pic dalam train. Kosong ajer sebab kami berlainan arah. Yang arah ke Melbourne City penuh sebab time orang nak gi kerja.



Sejam selepas itu, kami dah sampai stesen Belgrave iaitu stesen yang terakhir sekali. Sunyi jer kawasan ni sebab ini area kampung. Sepanjang perjalanan pun kami melalui kampung-kampung luar dari kawasan bandar. Sunyi ajer dan sangat tenang tempat ini. Sepanjang jalan tu hujan ajer...kejap lebat dan kejap renyai.

Kami tunggu bas pula untuk ke Silvan iaitu tulip farm. Lebih kurang setengah jam jugak tunggu bas. Bagusnya di stesen bas di sini ada tulis jam berapa bas akan sampai dan siap dengan number bas lagi. Wehuuuu.... memudah kan kerja kami. Memang on time bas tu sampai tau.

Sepanjang perjalanan menuju ke tulip farm....kami juga melalui jalan kampung yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan hutan. Makin lama makin mendaki...laaaaa kawasan ini mendaki bukit rupanya. Tulip farm ini terletak di area tanah tinggi. Ya Allah...sejuknya hanya Allah yang mengetahui keadaan kami ketika itu. Kami bawak baju jacket nipis sahaja. Memang tidak cukup untuk menyalut tubuh kami. Sejuk giler wei sampai ke tulang dengan 10 degree celcius. Hujan dan angin kuat pulak tu.
Pabila sampai di depan farm tu...masih lagi hujan dan angin punyalah kuat. Nasib baik aku bawak payung ke hulur dan ke hilir. Alahai kami terawal satu jam. Sepatutnya di buka jam 10 pagi. So, terpaksalah kami berteduh di bawah khemah yang disediakan. Hujan dan angin kuat juga telah membuatkan payung ku patah. Uwaaaaa.......kesian kat kami ni. Udah ler menahan kesejukan dan pulak tu payung patah. Untuk masuk ke sini dikenakan $18 (RM54) seorang.

Bila dah hujan...orang memang takda pun. Tau tak hanya kami berdua ajer yg ada. Luas giler kawasan ni. Kami menjadi giler kejap pabila melihat bunga tulip yang berwarna-warni sana sini. Aduhai cantiknya. Alhamdulillah tercapai jugak impian aku nak bergambar dgn bunga tulip. Dulu masa gi Amsterdam aku tak sempat nak merasa kemeriahan musim bunga ini. Now, di Melbourne aku dapat merasainya...syukur pada mu Ya Allah.

Entry ini banyak gambar. So, harap semua enjoy melihat gambar-gambar bunga tulip ini. Jomsss!!!!!!!


lavender flower pun ada



















Aku sangat puashati dan gembira kat sini sebab kami berdua sahaja yang bolot tempat ni. Dalam keadaan hujan tu kami berposing sana sini dan snapping bunga tulip dengan pelbagai angle. Kalau tak hujan memang aku dah meniarap kat celah bunga ni. Tak pun aku berada di celah-celah tangkai tulip untuk mengambil angle yg lebih cantik. Apakandaya.....hujan dan lecak. Habis kasut boot aku kena selut yg tebal. Terpaksa lah bersihkan sebelum balik.

Aku pernah rujuk tentang tulip ini pada blog orang lain yg pernah ke sini. Selalunya tempat ini penuh dan padat dgn manusia. Nak beli ticket siap beratur tau. Kalau nak ambil gambar tulip siap berebut-rebut angle. Huhuhuh. Tapi dah rezeki aku kan...memang aku bolot semua tempat. Walaupun ada tempat yg kami tak sampai nak jejak...sebab luas sangat. Diam tak diam.....dekat 2 jam kami berada di ladang tulip ini. Jam menunjukkan ke angka 12 tengahari. Stop kejap dan bersihkan kasut. Sebab kami nak catch bus pukul 1 tengahri pulak.

Sekali basnya pulak tak datang. Tunggu lagi 45 minit barulah bas sampai. Sejuk wei kami menunggu tepi jalan besar tu. Tiap kali lori atau kereta lalu, mesti hon ke arah kami. Wehuuuuu....














































































































































Next entry - Puffing Billy





10 comments:

  1. wowwww...luasnya tmpt ni..cantik betul bunga tulip..ruginya i dtg time winter *frust* T___T

    ReplyDelete
  2. akak
    cantekkkkkkkkkkkkknyer..
    ya allah

    gambar bunge ni buat ninie senyum je di pagi hari..:)

    ReplyDelete
  3. salam, cantiknye bunga2 tulip tu, best jalan2 serata dunia...

    ReplyDelete
  4. if you love tulip i recommend that you go to keukenhoff , amsterdam

    ReplyDelete
  5. Fatt -

    memang cantik sgt tempat ni.
    masa gi masterdam dulu i tak berkesempatan utk tgk tulip.
    And now dah peluang kat Melben....alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Ninie -

    Heheheh...org pompuan mmg suka tulipkan. Sangat cantik!!!

    ReplyDelete
  7. sweetsal -

    mmg seronok berjalan di negara org. Especially tgk tempat yg takda kat negara kita.
    Tulip takda kat negara kita.

    ReplyDelete
  8. xplorer -

    I dah sampai ke Amsterdam tapi masa tu falls season..
    yeap i know about that place.

    ReplyDelete
  9. Hai, nak tanya, lepas awak balik dari festival tulip tu, kat mana ye awak tunggu bas ye? dan bas tu menuju ke belgrave semula ke?

    ReplyDelete
  10. Hai nak tanya, lepas awak balik dari tulip festival tu, kat mana awak tunggu bas tu ye? dan bas tu menuju ke station belgrave semula ke?

    ReplyDelete