Hari yang ke-3 kami di bumi Melbourne.
Sepatutnya pagi ini kami ada tour ke Philips Island tetapi agak lambat sedikit bertolak kerana nak tengok penguin tu pun waktu malam. Hasruslah bertolak lambat sedikit. Fuhhhh...nasib baik. So, aku dan Siti dah decided nak bangun awal pagi jam 6 dan lebih kurang jam 6.30 pagi kami sudah keluar dari hostel untuk ke Queen Victoria Market. Kenapa pergi lagi? Sebab masa gi on 1st day tu tak puas lah. Ada banyak benda yang kami tak sempat beli atas faktor dah nak tutup market ni.
Kami decided untuk menaiki tram yang perlu bayar tu. Free tram yang colour maroon tu belum beroperasi lagi ketika awal pagi itu. Siap tanya driver tu camana nak guna ticket tu...hehehe. Baguslah dorang tu....ajar kami guna mesin ticket satu persatu. Pastukan...kami pelik gak kenapa locals yang naik tram tu tak bayar apa-apa pun. Even tak guna pun ticket semasa masuk dan keluar tram. Selamba ajer kuar masuk tram macam tu. Free kot atau memang dorang tak nak bayar ticket. Kami ni baguih sebab ikut undang-undang. Naya ja kalau kantoi tak bayar. Udah ler kat negara orang. Tram ni berhenti betul-betul di hadapan Victoria Market. Not like yang free tram for tourist tu....agak jauh sedikit berhenti dan perlu jalan kaki lagi.
beli souvenir lagi..........tak habis-habis kan
ada pelbagai jenis souvenir yang membuatkan anda kabur mata..hahahaha
posing jap kat flower stall...
FM ada macam-macam jenis dgn pelbagai harga
pastu kami gi kat area cheese and bread....gilos ahkak tau tgk bread and cheese tu!!!
sempat beli 1 kg cheese utk atuk. Jangan tak tau...atuk aku tu peminat setia cheese. Teringat plak kat M...pun suka cheese
ada pastry, breads, muffin and cakes
gambar ini diambil oleh locals yg volunteer nak amikkan gambar....baikkan dorang.
ni plak kat area fruits and vege . Masa kami sampai awal lagi....byk yg baru nak bukak kedai.
segala jenis pumpkin, bawang, kentang....semua ada..
pasar basah utk vege dorang sangat bersih dan tidak berair mcm kat tempat kita....
sempat beli sweet pink lady apple for my family....sajer nak rasa.
Then, after about 2 hours at Victoria Market, we move back to hostel. Letak semua barang kami dan berjalan-jalan pula ke Flinder Street. Kami nak snapping photos di sini memandangkan cuaca yang sangat terang dan nyaman. Flinder Street dekat yang amat dengan hostel kami. Suhu lebih kurang 17 degree celcius ketika ini.
Flinders Street Station is the central railway station of the suburban rail network of Melbourne, Australia. It is on the corner of Flinders and Swanston Streets next to the Yarra River in the heart of the city, stretching from Swanston Street to Queen Street and covering two city blocks.
di sini juga disediakan free shuttle bus for tourist. Penanda kat atas ialah di Station Federation Square. Tapi kami tak sempat naik pun sebab bus hanya datang setiap setengah jam. Malas plak nak menunggu.
Gambar di atas ialah Federation Square building. Sungguh unik tengok building di atas. Kami meronda dan jalan-jalan dari arah depan building hinggalah ke belakang building. Sangat besar dan luas kawasan ini. But still nice !!!
Gambar di atas ialah Federation Square building. Sungguh unik tengok building di atas. Kami meronda dan jalan-jalan dari arah depan building hinggalah ke belakang building. Sangat besar dan luas kawasan ini. But still nice !!!
Federation Square (also colloquially contracted to Fed Square) is a cultural precinct in the city of Melbourne, Australia. It comprises a series of buildings containing a public broadcaster, art galleries, a museum, cinemas, exhibition spaces, auditoria, restaurants, bars and shops around two major public spaces, one covered (The Atrium), the other open to the sky, and composed of two spaces that flow into one another (St. Paul's Court and The Square). The majority of the precinct is built on top of a concrete deck over busy railway lines. Construction began in 1998 and the site opened in 2002.
tram yang berwarna maroon ini ialah tram yang free for tourist...nampak buruks berbanding tram yg lain..huhuhu
federation square
train railway
pencakar langit di Melbourne
Then, kami berjalan lagi bahagian belakang Federation Square iaitu di persisiran Yarra River. Cantiknya permandangan pencakar langit di sini. Yarra River nampak tenang dan bersih jer. Colourpun jernih jer... (tak macm Sg Kelang yg dah mcm colour teh tarik).
Then, kami berjalan lagi bahagian belakang Federation Square iaitu di persisiran Yarra River. Cantiknya permandangan pencakar langit di sini. Yarra River nampak tenang dan bersih jer. Colourpun jernih jer... (tak macm Sg Kelang yg dah mcm colour teh tarik).
Personally bagi aku yang sudah jejak bandar Melbourne ni, bandarnya tidaklah sesesak kota Kuala Lumpur. Eventhough di tengah bandar but still tak busy aku tengok. Walaupun during peak hour orang ke hulu ke hilir berjalan laju pergi dan pulang dari kerja...but still tak memeningkan kepala aku. Tenang ajer aku tengok. Jalan pun tidaklah traffic jammed.
Satu lagi kalaulah aku drive di sini...mesti aku pening. Pening sebab aku confuse jalan kereta dan jalan tram...semuanya sama. Mana nak berhenti dan mana nak belok ke kiri dan kanan. Pulak tu boleh pulak bas berhenti tengah-tengah simpang empat sebelum belok ke kanan. Uikkk...confuse aku.
bebudak sekolah tengah break...bawak bekal lagi tu
syukur pada Mu Ya Allah...akhirnya aku jejak di bumi Australia...
nampak tak Yarra River......?
di Yarra River ini boleh menaiki cruise....tapi kami kesuntukan masa tak sempat nak naik
tengok dari gambar pun bandar melbourne ni nampak aman kak..
ReplyDelete