September 15, 2010

Persiapan Aidil Fitri 2010

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam AidilFitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa dan tersinggung kata sepanjang tulisan aku di dalam blog ini. Patik hanya insan yang kerdil...tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

Persiapan hari raya tahun ini sangat memenatkan. Aku terlalu sibuk dengan choc cake tempahan orang. Nak kemas rumah pun agak kelam kabut. Udah ler badan tidak berapa sihat sebab masih makan ubat. So, badan aku jadi menggigil dan sangat kepenatan. Aku kemas rumah ala kadar ajer. Nasib baik sebelum tu sudah upah orang mengelap segala habuk dan vakum mana yang patut. Aku hanya tolong decorate rumah ajer.

Dihari raya pertama juadah penting kami sekeluarga ialah ketupat dan lontong. Ketupat anyam sendiri dan lontong tempah kat orang ajer. Lauk yang lain ialah rendang daging+hati+limpa+paru, ayam percik, kuah lodeh, sambal goreng dan kuah kacang. Aku sempat snapping rendang dan ayam percik ajer. Yang lain aku terlupa sebab sibuk sangat urus benda lain.



ketupat buat sendiri

lontong ...kami tempah kat orang
rendang sedang dimasak atas kuali

ayam percik resipi tradisional mamaku

rendang dah pun siap....cedappp!!!

selepas tempahan kek dah siap...barulah buat kek untuk rumah sendiri

pelbagai jenis kueh raya dan cake.....sikit ajer

dekorasi ruang tamu yg sama ajer seperti tahun-tahun lepas

ruang makan

ruang chit-chat
ruang tengok tv dan melepak

sambung lagi next entry di hari pertama Hari Raya.





6 comments:

  1. selamat hari raya,
    maaf zahir dan batin.

    miow

    ReplyDelete
  2. tajuk entri kita sama la pulak..hehehee

    selamat hari raya kak leez!maaf zahir batin..thanks jemput datang makan soto ayam semalam..sedap bergedel tuh!!

    ReplyDelete
  3. Catz -

    Selamat Hari Raya untuk mu jua.
    Nanti aku start kerja...kita raya sama2 yeak. Windu ahhhh...

    ReplyDelete
  4. Azim-

    eh..eh...ye ke sama tajuk entry?? tak perasan plak...kebetulan tu...hehehe.

    Thanks sudi dtg beraya ke rumah kak leez. Lain kali rasa nasi beriani plak !!!

    ReplyDelete
  5. Kak Hanim -

    Jempatlah dtg ke rumah. Rumah kita dekat ajer kan. Nanti boleh lah rasa cake choc tu. Hehehe.

    ReplyDelete