September 28, 2010

Day 3 : Terengganu - Redang Trip : Back to KL







Cuba tgk gambar kat atas ni. Unik tak bas kat Kuala Terengganu ni???
Ada unsur-unsur kebudayaan melayu. I likeeee!!!

Pagi pada hari kami nak balik KL tu...lebih kurang jam 10 kami dah gerak. Pastu banyak pulak tempat-tempat yang kami nak singgah. Itu sudah wajib singgah-menyinggah ni. First kami singgah beli kopok kering...entah kat mana aku lupa dah. Tapi kat rumah oranglah. Sedap kopoknya dan dia memang tak jual di kedai. Kami mai amik kat umah ajer.

Pastu singgah pi beli kopok lekor...kononnya tersedap di KT sebab orang ramainya membeli. Siap ada bas rombongan datang nak membeli kopok tu. Sib baik kami tercepat sikit. Lagi... kami beli kueh akok, sata dan otak-otak. Makan panas-panas memang sedap dan lazat. Aku bawak balik skit untuk family kat rumah.

dalam perjalanan nampak stadium yang runtuh tu....masih macam ni???


kenapalah take time untuk buat siasatan? Sampai tumbuh lalang dah tempat tu.



Then, kami singgah di Masjik Kristal pulak. Kami singgah untuk ambil gambar ajer. Dengan citer kalau tengok pada waktu malam lagi cantik sebab pada batu-batu kristal itu akan mengeluarkan pelbagai jenis warna...sangat cantiks.!!.Kalau siang takda pun....

Sekejap ajer kami di sini sebab nak rushing balik ke KL. Esoknya kami semua nak kerja tau. Patutnya aku cuti tapi aku terpaksa batalkan cuti tu sebab ada benda nak settlekan dengan kadar segera.





memang cantik masjid ni...tapi mcm sunyi ajer...yelah sebab bukan waktu sembahyang masa kami sampai tu...huhuhuhu





masjid ini mengadap sungai...entah apa nama sungai ni

lepaks mengambil gambar....



dah puas bergambar...jom baliks!!!

singgah lagi....ke tempat membuat kapal dan boat...katanya orang yg membuat ni terkenal satu dunia. Pernah masuk tv pasal orang ni .


kapal ini belum sepenuhnya siap. Kos ialah RM1.2 juta mcm tu. Baru 8 bulan membuatnya.

kerja-kerja membuat kapal kena teliti dan sangat menitikberatkan hasil buatannya yang halus


ni boat lain yg hampir nak siap...






Dalam perjalanan pulang tu kami berhenti lagi di pantai Marang.....cantiknya. Nampak tak pulau yang kat gambar atas ni. Iulah Pulau Kapas. Kami melambai-lambai ajerlah. Bestnya melepak di sini...angin kuat. Masa ni kami order kopok lekor (walaupun dah makan tadi), ikan celup tepung dan makanan bekalan. Nasi kerabu masih ada.

Jangan terkejut sebab lepas tu selepas sejam setengah perjalanan kami berhenti lagi sekali kat Paka rumah sepupu kak rose untuk makan tengahari. Walaupun kami dah kenyang sangat tetapi tuan rumah tetap hidangkan makanan utk kami. Sebab tuan rumah memang tau kami nak singgah pun. Huhuhuhu...makan ajer. Perut dah ketat sangat. Terima kasih tuan rumah!!!

Sampai KL dah pun malam lebih kurang jam 10.30 malam gitu. Alhamdulillah selamat sampai KL dan kami sangat sangat sangat enjoy dengan percutian ini kerana dalam masa 3 hari sahaja kami dapat membuat pelbagai perkara dan kenangan yang sangat indah. Terima kasih kepada kak rose yang sudi membawa kami datang ke kampung nya dan ajar kami makan makanan orang Tganu. Memang terbaik. Tahun depan kami nak datang lagi!!!!!!!





4 comments:

  1. Salam Leez,

    suka lah tgk tpt buat boat tu..Hubby suka boat..Ingat mcm nak p nnt kalau ke East Coast

    ReplyDelete
  2. bas tu saya suka!1

    Masjid Kristal kurang berkenan.sebab walaupun cantik tapi menghabiskan duit rakyat.Membazir!!

    ReplyDelete
  3. kak yan,

    oklah juga menarik tgk org buat boat. Tempat ni dah dekat dgn masjid krital.

    ReplyDelete
  4. azim,

    setuju dgn kamu. Memang menghabiskan duit rakyat jer. Sian orang Tganu kan.

    ReplyDelete