July 22, 2010

Part 3 : Jalan-Jalan to Kuantan-Cherating - Pantai Cherating


Bersambung lagi.
Kami berpatah balik ke arah Kuantan semula selepas dah puas berposing sakan di Club Med. Kali ni kami still berada di pantai Cherating. Stop kejap kat pantai lain pulak untuk minum-minum sambil mengambil angin pantai.

Sebelum tu sempat lagi tu berposing di signboard Cherating. Yelah bukti aku berada di sini. Idok ler aku buat superimpose hokay..huhuhu. Menurut kata temanku Siti, time kami datang ni memang cantik sangat sebab cuaca pun ok dan laut pun tidak bergelora. Bila tengok gambar kami balik....memang meletoplah sebab aku rasa perfect sangat atas faktor cuaca yang sangat ok. Kalau cuaca mendung...gambar-gambar kami tidak lah seterang dan secanggih ini. Cewahh!!!



aku mengambil peluang utk menunjukkan skill photography...idok ler pandai pun sebenarnya.



i like this pic..

kononkan...bergambar di belakang pokok kelapa...







berehat sebentar untuk minum air kelapa.....


Sekarang ni kan musim durian. So, aku tengok di sepanjang jalan ni banyak betul orang meniaga durian. Sebelum melepak tepi pantai tu kami berhenti seketika kononnya nak pekena durian lah kan. Sekali timbang lah. Terus tak jadi nak beli. Aku memang pantang durian timbang ni. Yang peliknya semua gerai durian di tepi jalan tu pakai timbang. Kalau durian jenis D24 ok lagi...aku still boleh terima. Ini hanyalah durian kampung yang tak pasti isinya sedap atau tidak.

Then, masa kami melepak di tepi pantai tu, aku nampak ada sorang pakcik ni bawak lori sedang meniaga durian. Juga timbang tetapi durian ni jenis D24. Ok fine....kami beli sebiji dan makan kat situ juga. Sedapppnyaaa.....!!!! Sangat kekenyangan kami hari tu. Dalam perut ini ada nasi kukus, ayam berempah, air kelapa dan juga durian. Hahaha......perut aku dah pening wei!!



demonstrasi mengopek durian...

auww.... sedapnya isi durian ni.....

kami beli sebiji sahaja untuk 3 orang pun sudah mencukupi.....










Perut pun dah kekenyangan. Kami meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke Kuantan. Di sepanjang jalan di pantai Cherating ni ada banyak resort. One day nak datang sini lagi lah nak stay kat any of the resorts here. Dah lama kan aku tak jalan-jalan kat area ni. Banyak resorts yang aku baru first time nampak.

Tiba-tiba ternampak Mercu Beach Resorts. Ehhh...sounds familiar lah. Tetapikan...di mana yea aku tau pasal resort ni. Oooo...cousin aku pernah citer pasal tempat ni dan dia pernah pun stay kat sini. Best katanya kalau pergi utk big group. Lokasi pun menarik di tepi pantai dan jangan lupa uols ada swimming pool boleh buat acara terbang-terbang. Hahahaha.

So, apalagi, kami singgah sebentar di tempat ini sajer nak tengok-tengok kan. Wahhhhh...so impressed...cantik hokay!! Harga pun idok ler mahal sangat pun. Yang penting ada pool, dekat dengan pantai dan sangat privacy. So, aku minta izin resort ni untuk mengambil gambar di sekitar kawasan ini. Silakan...silakan tengok gambar-gambar di bawah ni. :P





dihujung sana dah nampak laut.....

sempat lagi tu nak berposing...huhuhu...

bilik ini mengadap pool...harganya RM130 dan yang kat belakang pun ada...harganya RM99

pool yg sesuai utk acara terbang-terbang.... huhuhu

aku dah jatuh cinta dengan tempat ni.... nak bawak family lah nanti.

reception area...

belok kiri ke Pantai Balok

di Pantai Balok......

Pantai Batu Hitam...nampak tak ada batu hitam di tepi pantai tu...


walaupun masih kenyang tapi tetap nak singgah gerai Mok Naa nak makan sata dan kopok lekor..

aku suka kopok lekor kat gerai Mok Naa ni....gerai ini di area jalan besar Tanjung Lumpur

sata yg merembess....

ramai sangat orang kat gerai ni.....panas plak tu masa ni...

ikan, udang dan ketam goreng tepung pun ada...tapi apakan daya kami dah kenyang sangat..





Sempat membeli kopok lekor mentah untuk di bawa balik. Singgah kedai barangan kering seafood. Aku beli keropok, sotong kering dan ikan kering utk bawa balik juga. Jam 5 petang kami sampai rumah Siti semula. Aduhhh udah ler kenyang...mengantuk lagi. Camana ni nak drive balik KL. So, kena tidur dulu at least sejam. Lebih kurang pukul 7 malam aku bergegas pulang ke KL. Percutian yang sangat seronok. Walaupun hanya satu malam tetapi percutian ini cukup padat dan terluang setiap minit dan saat.

Cherating....i'll be back here soon. Muahhhhhhhhh!!!




2 comments:

  1. kepok lekor dan durian memang faveret ku.....lapar dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. orangrawa -

    samalah...i pun hantu kopok lekur dan durian.... slurrpppp!!!!

    ReplyDelete