July 8, 2010

Majlis Ulangtahun ke-15 Saji @ Felda Villa


Aku menghadiri majlis sempena Ulangtahun majalah Saji yang ke 15 dan Pelancaran Buku Resipi Pilihan Saji iaitu 2 hari sebelum aku berangkat ke Saigon. Majlis diadakan belah malam selepas waktu kerja. Tema warna yang mesti dipatuhi oleh tetamu ialah pink and purple. Sib baik aku ada baju yang sesuai untuk majlis dinner ini.

Majlis diadakan di Felda Villa. First time i gi tempat ni. Rupanya sebelah Dewan Felda jer. It just like banglo house dan boleh makan steamboat, bbq dan daily buffet di sini pada waktu hari biasa. Juga boleh diadakan untuk majlis perkahwinan yang santai. Tempat nya tak besar mana pun. Lebih kurang sesuai untuk 15-20 meja tetamu.



di antara jenis makanan yang disediakan.... Malam tu kami makan bbq.

aku bersama editor majalah Harmoni.. Kak Asmah Zakaria

juga bersama opismate ku yang lain..... semua ni editor majalah kecuali aku...

ada demo memasak oleh selebriti - pasangan rizalman & kartina dan pasangan mustaffa kamal & susan manen.....

kami dijamu dengan bbq dinner...habis baju ahkak yg glamer tu....ghopanya kena masak sendiri. Ada disediakan makanan mentah...pastu masak sendiri guna kuali bbq di atas meja masing-masing. Habis dah tak glamer akak tau!!!!

ini juga barisan editor majalah...semeja dengan ku.

di antara kek yang ditaja...banyak betul kek sampai tak larat nak makan...siap tapau lagi. Tapi masa ni tetamu dah balik tau!!!

tengok tu...semua duk pegang plastik tupperware untuk tapau kek.....ada berbelas kek yang ditaja sempena majlis ulangtahun ini....tahniah Saji!!!

jumpa opismate lama di Shamelin dulu...Ayang!!!!

No comments:

Post a Comment