July 15, 2010

Day 3 : Ho Chi Minh City Trip - The Mekong Delta


Hari yang ke-3 kami di bumi Vietnam.
Perjalanan kami seterusnya ialah ke Delta Mekong. Jam 8 malam kami sudah bersedia di lobi hotel. Amik package ini melalui hotel aje. Kami dikenakan bayaran 10USD untuk lawatan ke Delta Mekong ini. Rombongan kami menaiki mini bas. Ramainya rombongan cik kiah juga datangnya dari Malaysia. Mereka menetap di hotel yang sama dengan kami. Semua Melayu kecuali ada seorang Mat Salleh encem from France. :)

Jom aku citer tentang Delta Mekong ni.
The Mekong Delta is the region in southwestern Vietnam where the Mekong River approaches and empties into the sea through a network of distributaries. The Mekong delta region encompasses a large portion of southeastern Vietnam of 39,000 square kilometres (15,000 sq mi). The size of the area covered by water depends on the season.



ini di jeti di mana kami akan menaiki boat.

bergambar dulu sebelum berangkat pergi...



Perjalanan kami dimulai dengan menaiki boat pelancong (ala-ala cruise tapi bukan sebenarnya). Dihiasi dengan permandangan sepanjang Sungai Mekong. Besar jugak sungai ni. Last 2 months masa aku gi Chiang Mai di Thailand juga melalui Sungai Mekong. Memang panjang dan besar sungai ni. Dari belah utara melalui China, Vietnam, Laos, Myanmar dan Thailand. Boleh tak korang imagine betapa panjangnya Sungai Mekong ini.

Lebih kurang 15 minit kami berada di dalam boat. Ada penerangan dari tourist guide yang baik hati dan peramah ini. Namanya Mr. Kong. Biasalah aku ni, kat depan dia sibuk duk bercerita, aku plak sibuk snapping sana sini.


tu dia Mr. Kong yang pakai t-shirt putih bertopi

ketika berada di dalam boat pelancong


Then, kami singgah sebentar di station yang pertama. Boat kami berhenti betul-betul di depan pokok buah mata kucing. Sempat lagi aku petik beberapa biji dan makan time tu jugak. Hehehe. Buah mata kucing di sini tidak seperti mata kucing yg kita biasa makan dari Thailand tu. Mata kucing di Vietnam besar dan nampak sungguh terliur. Tetapi isinya nipis ajer dan bijinya tebal. Agak berair isinya. Tak leh lawan yg Thailand punya.

Kami singgah di tempat pengeluaran madu lebah. Kami dihidangkan teh cina yang dicampur dengan madu dan perahan limau nipis. Sedap dan aku suka. Siap mintak tambah lagi...hehehe. Then ada juga dia orang hidangkan makanan perusahan tempatan seperti halwa dan juga pisang salai. Hmm...kami tak beli pun. Kat Malaysia pun banyak tak termakan.





jom try teh + madu + perahan limau

masa amik pic shima, kasma dan sabrina ni...tetiba Mr. Kong kat belakang...hehehe

kami jalan masuk kampung....

nampak tak mata kucing tu? Kat sini banyak dijual buah-buahan tempatan

jualan kraftangan pun banyak..... mood nak shopping belum dtg lagi...


Then, kami berhenti di satu tempat di mana kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan Vietnam. Sama aje dengan buah-buahan kat negara kita. Sebelum buah-buahan tu sampai, ada persembahan nyanyian dan permainan muzik tradisional rakyat Vietnam. Halusnya suara minah Vietnam ni. Then ada diletakkan bakul kecil di depan untuk sumbangan peribadi kepada mereka.

Buah-buahan yang dihidangkan kepada kami ialah nenas (manisnya), rambutan (sama mcm kita), limau bali ( masam skit), buah naga (sedap dan enak) dan buah nangka (pun manis). Kekenyangan buah kami pada hari tu.



persembahan nyanyian dari gadis Vietnam

jom makan buah... :)

inilah buah-buahannya......



sempat berposing kat pokok limau bali.....mcm lah kat Msia takda kan...



Saat yang kami tunggu-tunggu kan ialah menaiki sampan menyusuri tepian Sungai Mekong. Selama ni aku tengok kat internet ajer gambar-gambar menaiki sampan ni. Now, aku nak merasai sendiri. Tapikan.... terpikir tak kalau-kalau ada buaya kat sini. Opppsss...mulut aku ni. Hehehe...saje nak bagi surprise. Kalaulah ada buaya...sure ramai dah kena ngap kan. Kesibukan di persisiran sungai ini mungkin menakutkan sang buaya. Agaknya buaya tu menyorok ajer kot.

Dalam satu sampan akan dikayuh oleh 2 orang Vietnam...di depan dan di belakang. Satu sampan boleh dinaiki seramai 3-4 orang dewasa sahaja. Kena pijak bahagian tengah...if not terbalik ler sampan tu. Aku terpijak kat bahagian tepi kan...sib baik sampan tu tak terbalik. Huhuhuhu. Tengah syok kami bersampan....tetiba hujan turun plak. Lebat jugak tu. Sib baik depa dah standby baju hujan dalam sampan tu. Kami juga sempat memakai topi Vietnam yang unik tu. Pinjam ajer tau.





punyalah sibuk kat area ni... ke hulu ke hilir dorang mengambil penumpang








hujan pun turun...kami pun memekai baju hujan (biru)....



aku duk bahagian belakang...terpaksalah snapping sendiri......

dah nak sampai ke boat penumpang kami yang dah standby....

i like this pic.... :)

mesti ramai tertanya2...siapalah mat salleh ni. Inilah mat salleh France yg joint sama dalam rombongan kami tu. Sian dia solo ajer. So, aku melantik diri sendiri menjadi gf dia sepanjang berada di Delta Mekong ni. Dia ni bekerja 3 tahun di Vietnam tetapi baru stay 2 bulan di sini. Aku sempat bagi dia try makan bahulu...sedap dia kata. Siap tambah lagi...hehehehe. Nice and very polite person. Aku suka pada senyumannya..auwww!!!


kami minum air kelapa dalam boat...

Sebelum pulang, kami singgah sebentar di tempat pembuatan coconut candy. Ni seperti perusahaan kampung. Sedap plak kan. Ada pelbagai perisa. Ada ditunjukkan bagaimana candy ini dibuat. Aku paling suka yang perisa durian. Sempat lah capai beberapa bungkus untuk dibuat oleh-oleh dari Vietnam.

Sepatutnya package kami ni ada termasuk lunch. Akan tetapi kami skip the lunch sebab makanan yang disediakan tidak halal. Memandangkan semua kami dalam rombongan ini orang Malaysia (kecuali Mat Salleh tu), so tidak pergi ke tempat lunch tu. Kami juga ada bawa bekal untuk alas perut seperti bahulu, coklat, biskut dan makanan ringan.

perusahaan kampung coconut candy



jom beli....

Lebih kurang jam 4.30 petang kami sampai semula ke bandar Ho Chi Minh selepas melalui perjalanan pulang dari Delta Mekong selama satu setengah jam. Perut kami dah lapar tau. Then kami naik taxi ke tempat makan halal yang lain pula. Kami pergi ke Four Season Restoran.

Biasalah di sini pun harganya mahal. Masa kami sampai tu tidaklah ramai orang pun dalam restoran tu. Tetapi makanan nak sampai ke kami punyalah lama menunggu. Masing-masing muka dah jadi kelat sebab kelaparan. Rasanya lebih kurang sama ajer mcm kat VN Halal.... boleh tahan lah. Sekali lagi aku makan Pho .....slurpppp....



Pho... yang lazat...

aku order ni jugak...nasi beriyani....kureng sedaplah dan sikit plak tu

nasi kosong dan kari ayam.....favourite Shima



Sekian cerita aku untuk hari yang ke-3 kami di bumi Vietnam. Malam tu aku jalan-jalan di pasar malam yang betul-betul depan hotel aku tu. Esok aku sambung lagi yea....



9 comments:

  1. wah wah wah..tak cukup ngan berjalan siap ada BF baru..heheheee

    ReplyDelete
  2. "Jam 8 malam kami sudah bersedia di lobi hotel"..Cik Leez, ni jam 8.00pg ke 8.00mlm?

    ReplyDelete
  3. i ada baca mag yang ada yr article tuh... well done...
    :)

    ReplyDelete
  4. Axim -

    Itulah dinamakan package 2 in 1. Dapat jalan-jalan sekaligus dapat boyfriend. Ahaks!!!!

    ReplyDelete
  5. Anony -


    Hahahaha...tergelak besar. Yelah masa menaip tu waktu malam...so menulis pun teringat malam gak.

    Siang sebenarnya.....agak2 logik tak naik sampan malam2...heheheh.

    ReplyDelete
  6. Lady -

    Thanks for reading the article. After this plan nak tulis pasal Vietnam plak. Insya Allah.

    ReplyDelete
  7. Bole tahu nama hotel yg awk stay kt ho chi minh?...saya plan nak ke vietnam dgn family next month..tgh mencari2 hotel yg best dan dkat dgn tmpat shopping =)

    ReplyDelete
  8. Blog yang padat dengan informasi dan boleh dijadikan rujukan.... bagi pelawat kali pertama mcm saya ke Vietnam... blog ni boleh dijadikan rujukan...

    Jika tak keberatan boleh tanya ttg pakej yang beli di hotel tu.. untuk ke delta mekong.. mana lebih baik.. beli melalui agen internet atau beli di sana.. dari aspek availablelity dan harga..

    TQ.

    ReplyDelete
  9. saya akan ke vietnam jun nanti. nak tanya jugak pasal pakej yg diceritakan tu... nak kena tempah siap2 dr Mesia ke atau bila dah sampai kat sana baru deal dgn hotel?
    TQ pasal info yg amat2 berguna utk saya yg akan ke sana seramai 4 org..

    ReplyDelete