Menjalani hidup seharian aku harungi dengan sabar dan tabah. Hidup ini sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan kenangan. Mungkin orang akan kata....hidup aku bosan. Ohhh...tidakkk!!! Malah aku bersyukur dengan masa dan rezeki yang ada...aku dapat pi jalan- jalan, aku dapat makan sedap-sedap, aku dapat beli apa yg aku nak dan aku dapat mengumpul harta sendiri. Syukur padamu Ya Allah!!! Mungkin ada orang di luar sana yang tidak dapat apa yang aku dapat sekarang. Mungkin juga ada orang yang tidak bahagia sebagaimana bahagianya aku sekarang ini. Allah turunkan rezeki kepada setiap hambanya tidak sama. Ada yg dapat rezeki ini tetapi dia tak dapat rezeki yang itu. Begitulah sebaliknya.
Ya betul...aku tidak punya suami dan tidak punya anak. Tetapi aku punya seseorang yg sangat sayangkan aku dan aku juga punya anak buah yang sangat-sangat aku sayang. Walaupun aku tidak punya anak, aku tetap boleh bagi kasih sayang aku pada anak-anak buah kesayangan aku seperti anakku sendiri. Jika Allah tentukan hidup aku tetap begini hingga akhir hayat...aku redha. Tetapi kasih sayang aku pada anak buah tetap sama malah tidak berbelah bagi. Harta aku nanti adalah milik mereka. Pada merekalah aku menumpang kasih-sayang dan pada mereka jugalah aku curahkan sayang ini. Aku dah berjanji pada diri ini...aku akan sentiasa kuat dan tabah mengharungi hidup. Biarlah apa orang nak kata...biarlah apa orang nak perli. Aku tak boleh lemah dan terasa hati. Pedulikan apa orang kata. Pedulikan!!!!
Ramai yang bertanya...kenapa aku selalu berjalan-jalan?? asik jalannnnn ajer. Hmmm.....biarlah. Ini hidup aku dan ini dunia aku. Inilah caranya untuk aku hilangkan stress. Aku nak tenangkan fikiran, aku nak gembirakan hati ini dan aku nak rehatkan minda ini. Berjalan-jalan memberikan aku kepuasan dan ketenangan. Daripada aku buang masa window shopping merayau-rayau kat shopping complex tu, baik aku berjalan-jalan tengok dunia luar. Itulah terapi minda sebenarnya.
Jom tengok gambar dua orang anak buah aku yg kecik ni...yang sangat comel, hensem dan tough!!!! Along luv both of you my dear cayang bucuk!!! Muahhhh!!!!!
hobi suka masukkan kedua belah tangan ke dalam mulut..hahaha
satu lagi hobi...suka mendengar orang berbual...beginilah muka dia setiap kali tengok orang berbual...muahahaha.... luv u babe!!!
masa umur 3 bulan lagi dah pandai meniarap...sebab dia memang tidur meniarap.....memang budak bijak!!!!
satu lagi hobi...suka mendengar orang berbual...beginilah muka dia setiap kali tengok orang berbual...muahahaha.... luv u babe!!!
masa umur 3 bulan lagi dah pandai meniarap...sebab dia memang tidur meniarap.....memang budak bijak!!!!
Rayyan yang dah nak masuk 5 bulan...sebulan beza dengan Zarieff..... tetapi nampak lebih besar sikit daripada Zarieff..... encem boy!!!
sis,
ReplyDeletebahagia itu apa yg kita rasa, bukan apa yang orang lihat :)take care!
asal hati u bahagia liz..I ada sorang adik umur 35 mcm u gak.tp selalu kemana2 berjalan dgn i.Duk dg i.So, anak2 i rapat dan syg dia..Kawin klau utk tutup mulut org, wat pe kan..
ReplyDeletehihihihiiiiii hihihiiii saya pun sayyyang ahkak
ReplyDeletei was so touched..be strong k.leez..adalah sbbnye Allah dh tentukan sume tu utk k.leez..ada hikmah..yg pnting +ve!!!
ReplyDeleteEpelijau -
ReplyDeletethanks memahami luahan hati ini. yelah saya kena kuat dan tabah. saya setuju dengan anda!! :)
Yan -
ReplyDeleterupanya ramai yang senasib dengan saya. Dugaan hidup namanya ni. Biarlah kita kawin kerana keihklasan hati dna bukan sebab nak tutup mulut orang kan.
sepul -
ReplyDeletesayang kat sepul jugak...muahhhh!!!
Rizal -
ReplyDeletethanks memahami luahan hati ini. Bukan minta simpati sebenarnya tetapi kadang-kadang hati ini sperti ingin berbicara...lega rasanya!!!
Hikmah Allah indah sebenarnya.....