Akhirnya dok berjalan-jalan tu...aku 'terbeli' jugak 2 pasang baju dan sehelai tudung. Ginilah perangai aku. Tu pasal aku kalau boleh elakkan window shopping kalau takda apa2 plan. Mesti aku akan terbeli...bukan di rancang hokay!!!. Hari tu gi KLCC hanya utk makan-makan dan jumpa member tetapi 'terbeli' jugak kasut kat Parkson.
Perangai aku ni...tak pernah ada plan mesti shopping tiap2 bulan. Melainkan ada sale kat I-Setan tu..memang aku mesti pergilah. Tetapi kebanyakan baju aku..kasut aku...apa sajer lah...semuanya dibeli bukan dirancang. Asal aku nampak berkenan di hati ajer...aku terus beli. Itulah kelemahan aku ni....
Pastu, petang habis office hour aku dan member aku tu merempet ke Warta sekali lagi untuk ke saloon mencuci rambut. Tengahari tadi tu dah janji dengan orang saloon tu. Bestnyaaaa.....sambil cuci rambut...sambut massage kepala. Terlena jap aku..huhuhuhu. Then, after that aku terus ke Red Wok Restaurant kat Section 8 (makan ajerr aku ni). Dah berjanji dengan Catz dan 2 orang lagi kawan. Kami memang plan nak makan steamboat di sana.
Jom tengok gambar-gambar aku makan kat sana. JOMMMM!!!!
harga steamboat di sini ialah RM22 seorang. Makan lah apa saja.
Ada 2 pilihan actually....kalau yang harganya RM22 hanya utk steamboat sahaja dan satu lagi ialah steamboat dan BBQ dengan harga RM28. So, kami semua bersetuju nak amik yang RM28 tu. Pilihan makanan banyak sangat...segala benda seafood, ayam, daging, ikan, sausage dan sayur. Additional ada nasi goreng, mee goreng, ayam goreng, spaghetti , mash potato, air oren dan aiskrim disediakan. Makanlah anda sampai kekenyangan.
Ada 2 pilihan actually....kalau yang harganya RM22 hanya utk steamboat sahaja dan satu lagi ialah steamboat dan BBQ dengan harga RM28. So, kami semua bersetuju nak amik yang RM28 tu. Pilihan makanan banyak sangat...segala benda seafood, ayam, daging, ikan, sausage dan sayur. Additional ada nasi goreng, mee goreng, ayam goreng, spaghetti , mash potato, air oren dan aiskrim disediakan. Makanlah anda sampai kekenyangan.
Anda tidak dibenarkan membazir. Jika didapati membazar akan dikenakan xtra charges. Masa tu kami makan seramai 4 orang. Ayohhhh...terbongkang kekenyangan. Apa yang aku boleh komen tentang steamboat di sini...biasa ajer. Aku pernah makan kat tempat lain yang lebih sedap. Sos cili cicah dia kureng lah...tak leh lawan sos cili kat Steamboat Johnny's. Tomyam untuk steamboat pulak takleh lawan tomyam air kelapa kat Tupai-tupai. Untuk BBQ pulak...tak boleh lawan BBQ Seoul....semua daging/ayam/ikan nya di merinate. Tetapi di sini....takda pun.
Lain orang lain tekak masing-masing. Tetapi bagi aku steamboat di sini...biasa ajer. Tetapi kalau nak makan ala-carte seperti makanan thai dan chinese food....memang sedap dan meletop-letop. Memang berbaloi dan anda pasti akan datang lagi ke sini.
wahh stimnye makan stimbot
ReplyDeletesepul -
ReplyDeletehmmm...sajer jer hang kan.
Apa kena mengena stim dngan stimbot...ceh!!!!