Kenangan pada tahun 2000.
Pertama kali dalam hidupku melancong ke negara Thailand.
Ekspedisi ini konvoi sebanyak 5 buah bas dari KL ke Hadyai-Kanchanaburi-Bangkok. Ekspedisi yang dianjurkan oleh ofis aku.
Petama kali aku menaiki bas dengan perjalanan yang sangat jauh.
Aku pergi bersama-sama dengan parentsku dan teman baikku, Sha.
Malam pertama kami stay kat Hadyai....di Daichi Hotel. Baru2 ni masa aku gi Hadyai...ternampak hotel ni. Masih wujud lagi walaupun setelah 10 tahun aku ke hotel ini.
Then, hari berikutnya kami meneruskan perjalanan dengan bas menuju ke Bangkok. Dari Hadyai kami bertolak selepas solat Jumaat dan sampai di Bangkok waktu Subuh pada keesokkan harinya. Penat giler mcm nak patah pinggang duduk dalam bas. Kaki aku sampai bengkak sebab tergantung ajer dalam bas. Beberapa kali jugak kami berhenti di R&R.
Kami sampai pagi di pinggiran Bangkok terus ke perkampungan Floating Markat di Damnoen Saduak. Ketika itu kami belum lagi sampai bandar Bangkok. Perjalanan lagi sejam untuk sampai ke bandar Bangkok. Then, sempat pergi ke Safari Park, Chatuchak Market, Grand Palace dan beberapa tempat yg aku dah lupa.
Di Bangkok ini kami stay for 2 nites. Perjalanan yang sangat penat...sebab tak cukup tidur. Walaupun duduk di dalam bas tetapi kepenatan tu terasa sangat. Yang bagusnya dapat melihat perkampungan Thai, kawasan pertanian dan gaya hidup penduduk kampung Thai.
Floating Markat di Damnoen Saduak
di Safari Park Bangkok
Setelah tinggal selama 2 malam di sini, kami meneruskan perjalanan pulang dari Bangkok. Kami singgah sebentar di Kanchanaburi iaitu ke River Kwai Bridge. Berhenti sebentar untuk mengambil gambar. Perjalanan di teruskan lagi dan sampailah kami semula di Hadyai . Tidur untuk satu malam lagi dan barulah pulang ke KL
di Safari Park Bangkok
Setelah tinggal selama 2 malam di sini, kami meneruskan perjalanan pulang dari Bangkok. Kami singgah sebentar di Kanchanaburi iaitu ke River Kwai Bridge. Berhenti sebentar untuk mengambil gambar. Perjalanan di teruskan lagi dan sampailah kami semula di Hadyai . Tidur untuk satu malam lagi dan barulah pulang ke KL
Malam terakhir kami berada di Hadyai tu, ada majlis makan malam untuk para peserta ekspedisi. Petang tu aku dan family ku sempat ler ke Bazaar Hadyai membeli baju dan singgah ke pasar membeli buah-buahan untuk di bawa balik KL. Masa tu hujan turun renyai-renyai membataskan pergerakan kami. Takpalah arwah papaku kata...esok still ada masa lagi nak pi shopping menghabiskan duit Baht. Sekepuk lagi duit papaku yang tak habis.
Masa majlis makan malam tu. ada diberitahu oleh penganjur bahawa breakfast akan disediakan di Restoran Salma esoknya. Malam tu jugak hujan turun dengan selebat-lebatnya.
Tiba-tiba esok pagi masa bangun nak solat Subuh....kedengaran kecoh kat luar. Aku terbangun dan jenguk ke luar tingkap. Rupa-rupanya dah banjir kat bawah sampai paras pinggang. Aikk...camana kami nak balik ni. Bukan main-main punya banjir tetapi dah boleh kata banjir besar. Hujan pun masih turun selebat-lebatnya. Warna air bah dah colour air teh tarik. Ketika itu juga talian telefon, bekalan elektrik dan air terputus serta merta. Ayohhh...panik kami seketika.
Ketika itu memang tiada apa-apa makanan bersama kami. Hanya yang ada ialah buah limau dan mangga yang dibeli petang semalam. Air tangki hotel masih ada...jadi aku sempatlah tadah air di bath tub hotel untuk digunakan bersihkan diri di tandas dan ambil wuduk. Then....bekalan air terus terputus..habis dah. Cuba korang pikir camana paniknya aku dan fanily aku ketika itu. Kami bergelap di dalam hotel tanpa makanan dan tidak boleh berhubung dengan orang luar. Buah-buahan itulah kami buat bekalan makanan dan air mineral pada peti sejuk untuk minuman. Apa sajer air yang ada dalam peti sejuk kami minum kecuali minuman keras. Pihak hotel halalkan kami minum apa ajer.
Selama 4 hari dan 3 malam kami terperangkap di dalam hotel tanpa sebarang bantuan. Air banjir makin tinggi hingga paras atas kepala manusia. Kedai seven eleven di depan hotelku telah habis di pecah masuk untuk mengambil makanan oleh penduduk tempatan. Pihak hotel juga ada sediakan bubur nasi. Itu jugalah makanan kami selama 4 hari. Bubur nasi yang cair-bair. Makan ajelah sebab dah lapar sangatkan. Lagipun kami tak berani nak makan banyak sebab susah nak buang air besar dengan keadaan air tak ada.
Pihak berkuasa Thailand hanya berlegar-legar dengan helikopter tanpa sebarang bantuan. Puaslah local people yg stay depan hotel kami tu menjerit-jerit minta bantuan tetapi nan ado. Ahirnya selepas hari ke empat barulah nampak air banjir tu reda seketika. Masa ni kami dah lega. Masing-masing dok teringatkan kaum keluarga di tanahair. Rindu dgn makanan Malaysia dan rindu segala-galanya. Sedih, panik, takut dan menggelah...semua perasaan tu ada pada setiap peserta ekspedisi.
aku ambil gambar ini dari tingkap bilik...
paras maksimum air banjir....tutup permandangan kedai. Local people yang stay atas rumah kedai tu dah terjerit-jerit minta bantuan. Kami kesal sebab bantuan dari pihak berkuasa Thailand lewat tiba.
Inilah dia gambar aku dengan parentsku angkut barang mana yang sempat mengharungi banjir. Masa ni air banjir pada paras lutut. Geli tengok air banjir ni. Kami berjalan hingga ke tempat tinggi dan terus naik lori. Lori hantar kami ke stesen bas Hadyai. Dalam perjalanan ke stesen bas aku sempat merakamkan video penduduk tempatan sedang membersihkan premis mereka. Hancur lebur bandar Hadyai. Bak kata seorang peserta ekspedisi....Allah nak bersihkan bandar Hadyai ini yang penuh dengan segala kekotoran.
Kami menaiki bas dan terus ke Padang Besar Thailand. Pihak penganjur ada sediakan hotel sementara untuk kami bersihkan diri mandi semua sebelum pulang ke tanah air. Alhamdulillah kami telah selamat sampai ke KL. Penat sangat masa tu....dan memang kenangan pahit kami berekspedisi ke bumi Thailand
Rupa-rupanya sepanjang kami terperangkap di Hadyai tu....akhbar tempatan ada menceritakan tentang kisah kami yang berada di sana. Ada rumous mengatakan kami diberi makan bubur bercampur babi. Yuckkk...Nauzubillah. Apa yg kami dapat hanyalah bubur kosong sahaja. Itu semua rumous sahaja.
Selang beberapa hari kisah pengalaman kami di bumi Hadyai ada diceritakan di dada akhbar oleh para ekspedisi. Keratan akhbar tersebut aku masih simpan sehinggan kini. Kenangan pahit aku di negara orang.
wah..mencabarnya..
ReplyDeletejauh tu naik bas.
dgn banjir segala. sure ia walau pahit, tapi tetap dikenang.
ingatan pada kita juga, kdg2 ada something unexpected bila kita travel.
tapi dasat eh....4 hari tanpa air/letrik..isk...tak leh bayangkan hazabnya.
btw.thanks for sharing.
Catz -
ReplyDeleteYelah..inilah pengalaman paling pahit sepanjang hidup sejak dah pandai gi jalan-jalan ni.
Tetap ingat dan terpahat diingatan ku..huhuhu.
thanks for sharing..
ReplyDeletenasib masa pi Hadyai dua minggu lepas ok jer..heheee