June 1, 2010
Family Gathering @ Port Dickson - Part 1
Pada cuti Hari Wesak yang lepas kami satu family dan juga saudara-mara ku yang lain sama-sama pergi bercuti ke Port Dickson. Yelah kan percutian yang paling dekat dengan KL...PD ler. Adik-adik yang lain bertolak awal sebelum waktu solat Jumaat lagi. Aku dan mamaku bertolak lambat sikit coz sibuk membuat persiapan BBQ dari rumah.
Highway PLUS punyailah jem giler. Selalunya sampai PD lebih kurang sejam suku ajer. Tetapi kali ni 2 jam setengah baru sampai. Adoiii...penat aku drive. Kat Malaysia ni pantang cuti panjang...highway mesti jem. Tak kiralah...ke utara ke...ke selatan ke ..or ke pantai timur ke.
Kami check-in kat Sri Pena..milik NSTP. Sapa yang booking? Adik aku, Izuan yang kerja kat NSTP tu yang tolong bookingkan. How much per unit? Hmmm...itu kena tanya adik aku kerana dia dapat staff rate. Dah lama sebenarnya tak datang sini. Dulu hampir tiap tahun kami bercuti ke sini semasa arwah papaku masih ada. Bila datang balik tempat ni...terus teringat pada arwah. Banyak kenangan kami di sini. Aku dengan opismate lama pun banyak kenangan di sini. Family Day pun buat kat sini. Dulu aku jadi orgenizer for Family Day. Memang meletup dan sangat happening. Eventhough aku dah tukar tempat kerja lain tetapi Sri Pena tetap the best lah.
Jom kita tengok gambar-gambar Sri Pena yang aku sempat snapping. Sri Pena terletak di Batu 8, Teluk Kemang. Lokasi betul-betul tepi laut dan pantai di sini memang happening setiap hujung minggu.
BBQ bersama family memang lah da best kan!!
ReplyDeletewah kak .. next time kita wat kat sini la pulak
ReplyDeletenampak menarik !!
:)
maaf ganggu. boleh tahu, kalau staff rate berapa? kalau harga bukan staff brape?
ReplyDeleteMaaf ggu cmne ye sy nk booking bermlm dsni ada contact no x
ReplyDelete