Baru 2 kali aku luangkan masa untuk berjogging di Taman Tasik Ampang Hilir ini. Hanya hujung minggu yang aku sempat. Aku baru perasan tempat ini setelah sekian lama aku duk lalu lalang di tepi Highway MRR2 tu. Kebetulan pulak ada member yang rajin nak ajak aku joint jogging sekali. Thanks Sarina sudi jadi temanku untuk keluar berjogging.
At least aku ada aktiviti petang untuk mengeluarkan peluh di hujung minggu. Tempat ni best lah. Memang sesuai untuk berjogging. Ada trek untuk jogging dan alatan untuk menegangkan segala otot seluruh badan. Boleh tahan ramai gak orang yang berjogging, saja jalan-jalan, berkelah tepi tasik dan rekreasi bersama anak-anak di taman permainan.
Jom tengok gambar-gambar yang aku sempat snap kan. Sambil jogging bawa kamera..hehehe.
taman permainan kanak-kanakSarina begitu sakan berjogging.....
trek untuk jogging
trek untuk jogging
petunjuk untuk ke gerai makan dan surau
ni gerai makan....
di sebalik highway MRR2.....nampak tak lori tu
di sebalik highway MRR2.....nampak tak lori tu
hehe wah... memang nak p singgah sini.. tapi lom berkesempatan hehehe..
ReplyDeleteIena -
ReplyDeleteAda masa tu singgah ler ke sini. Tempatnya best.....