January 11, 2010

Adegan di Juara Lagu - Macam Hampeh!!!

Boleh dikatakan setiap tahun aku gi stadium untuk mengikuti Juara Lagu. Tapi tahun ni aku rasa banyak pengalaman pahit aku semasa ke sana. Malam tadi ler tu. Aku datang awal kononnya nak dapatkan seat yang bagus....walaupun aku hanya dapat ticket utk seat pada aras 4.

Aku sampai lebih kurang pukul 7.45 malam dan ketika itu semua masih belum masuk stadium. Beribu lautan manusia beratur kat luar stadium. Aku dah stuck kat tengah-tengah. Tau tak pukul 8 malam barulah pintu stadium dibuka. Aku dok pikir...boleh ke aku masuk ni dengan pelbagai adegan tolak-menolak. Tawakal ajelah.

Seperti yang aku dah agak...memang adegan tolak menolak berlaku. Inilah perkara yang aku paling tak suka dan benci. Kalau lah dibuka awal sikit idoklah terjadi perkara sebegini. Apalah salahnya buka awal sikit kul 7.30 ke....sedikit demi sedikit orang masuk dan selesa sikit. Yang datang lambat jangan cakaplah....memang takda seat walaupun ada ticket okay.

Event management stadium bukit jalil ni memang hampeh lah. Slow giler. Pintu masuk di aras 4 hanya di buka satu pintu sahaja. Nak masuk tu beribu dengan hanya satu pintu. Memang kena maki kaw-kaw punya. Orang ramai dah memang hangin masa tu. Ada yang menjerit-jerit tak puashati. Habis segala make-up cair dan berpeluh sakan. Aku hampir give up macam nak balik aje.

Please lah TV3 you better watch out this thing. Hope next time tak berlaku lagi. Aku pun selalu gak gi show yang dibuat Astro...tetapi tidaklah berlaku adegan seperti ini.

Pastu masa nak balik... satu lagi azab berlaku. Satu jam gak nak keluar daripada parking sebelah stadium putra tu. Ada kereta baghal ni parking kat tengah2...tapi terhegeh2 dia tak sampai lagi. Banyak kereta kat belakang yang stuck tak boleh keluar.



lautan manusia masa nak masuk

kesian ...siapa yg lambat ada yang tak dapat seat walaupun ada ticket
masa nak naik tangga ke aras 4...

Yat dah berpeluh tu....tapi masih boleh tersenyum..huhuhu

eventsecurity.com.my yang mcm hampeh.....very slow $^)!&#@*#!!!!

cuba tgk hanya satu pintu dibuka !!!!



2 comments:

  1. hi leez,
    wah gigihnya tgk live kat stadium.
    catz tgk depan tibi dan tertidur.
    :)
    bahaya gak ye bertolak2 begitu.
    patut bagi masuk awal, supaya teratur dan tak rebut2.

    ReplyDelete
  2. Catz -

    Tetap gigih..hehehe
    i memang suka tgk live...muzik matap gitu.
    Memang dorang ni hampeh...buka pintu lambat. Tu pasal org berebut2 mcam tu.

    ReplyDelete