kupon locker berkunci..... 24 hours for EUR7.30
Hari ke 9 sudah!!!.
Kami sampai Amsterdam Central Station pada jam 9.15 pagi agak kelewatan setengah jam sebab ada kat satu station tu berhenti agak lama sikit. Harga train ticket ini ialah EUR99 (RM505). Kami menaiki City Night Line. Perjalanan dari Zurich mengambil masa 12 jam 17 minit untuk sampai ke Amsterdam.
Kami sampai Amsterdam Central Station pada jam 9.15 pagi agak kelewatan setengah jam sebab ada kat satu station tu berhenti agak lama sikit. Harga train ticket ini ialah EUR99 (RM505). Kami menaiki City Night Line. Perjalanan dari Zurich mengambil masa 12 jam 17 minit untuk sampai ke Amsterdam.
Apabila kami sampai aje di Central Station, terus ke bahagian kaunter pertanyaan. Kami bertanyakan bagaimana mahu ke perkampungan Volendam iaitu Zaanse Schans. Sebelum naik train tu, kami menyimpan luggage di locker berkunci yang terdapat di Central Station. Bayaran mesti menggunakan credit card untuk 24 jam sebanyak EUR7.30 (RM37). Reason why kami menyimpan luggage di situ kerana kami tak sanggup nak bawa ke hulu dan ke hilir beg besar tu. We just bring our small backpack dengan memasuki pakaian untuk satu malam. Kami stay di Amsterdam ni selama satu malam sahaja dan cukuplah dengan membaca beg kecil itu sahaja. Esok pagi kami dah berangkat ke Brussels pula.
Selepas itu jam 10 pagi lebih kurang, kami menaiki train ke Zaanse Schans dengan harga return ticket EUR5.90 dan turun di Station Koog-Zaandijk. Susah betul nak sebut nama tempat dorang ni. Terbelit lidah aku...huhuhu.
Masa kami nak naik train tu, aku ada ternampak sepasang suami isteri looks like Indonesian.... aku agak aje masa tu (tengok gambar kat atas ni....couple tu ada kat belakang aku). Yang wifenya senyum aje kat aku. Aku pun balas dengan senyuman gak. Then, masa kami dalam train... sudah tentulah kami berborak sesama kami dalam Bahasa Malaysia. Tiba-tiba couple tadi iaitu wifenya tegur kami.
"Dari Indonesia ya??"
Lantas aku balas. "Oh tidak. kami dari Malaysia".
"Ohhhh orang Malaysia... wisata di sini?? "
Begitu lah antara perbualan aku dengan orang Indonesia tadi. Tengok tu.....orang dari negara lain pun boleh tegur kami di bumi Amsterdam. Auntie tadi memang dilahirkan dan dibesarkan di sini (Holland). Bapa dia ke Belanda menjadi militan Belanda di zaman dulu. Yang aku terkejut....anak-anak dia semuanya pun dibesarkan di sana dan juga berkahwin dengan orang Indonesia juga. Memang masih kuat sayang mereka pada negara dia sendiri walaupun dibesarkan dan dilahirkan di Holland (Belanda). Dia kata...setiap tahun mesti balik Indonesia...kampungnya di Surabaya. Aku memang salute lah kat couple ni.
Alaaa...masa kami sakan berbual, station yang kami nak turun pun dah nak sampai. Sekejap aje kami berbual...aku rasa macam tak puas aje. Sebenarnya banyak lagi benda aku nak tanya tentang Holland kat auntie ni. Cuma satu aje aku tak tanya...agamanya. Mungkin agak sensitif untuk sesetengah orang.
Masa ni hujan aje kat Amsterdam. Masa kami nak berjalan kaki menuju ke Zaanse Schans tu, hujan agak lebat juga tapi taklah lebat macam kat Malaysia ni. Memandangkan kami dah tak ada masa lagi, redah ajelah hujan tu. Dari station tu kami berjalan kaki selama 15 minit menuju Zaanse Schans.
Sepanjang jalan tu kami melalui kedai dan perumahan (rasanya). Tetapi pelik gak coz kenapa sunyi aje. Mungkin sebab hari tu ialah hari minggu... semua orang duduk di dalam rumah aje....hujan pulak tu. Cuaca tersangatlah sejuknya 5 degree celcius.
menurut kawan aku yang pernah ke sini...jambatan yang kat belakang aku tu akan terbuka ke atas untuk memberi laluan kapal melalui sungai ini...wahhh canggihnya...tapi masa aku sampai tu tak terbuka pun...
Aku jejak aje di tempat ini ... terpaku seketika. Sebab tempat ini terlalu cantik....sukar aku nak gambarkan. Cantiknya seperti di dalam poskad. Itulah realitinya...bukan mimpi lagi. Rumah yang didirikan di sini macam Farmville berwarna-warni dan sangat unik. Keindahan semulajadi pohon-pohon...rumput kehijauan dan langit yang biru sangat menakjubkan.
Perkampungan volendum seperti ini banyak terdapat di Holland. Ia sebagai daya tarikan kepada pelancong untuk mengalami sendiri suasana perkampungan masyarakat Dutch. Di sini ada didirikan windmill (kincir air), pembuatan cheese dan kasut clog. Kalau nak mencuba baju Dutch pun ada boleh sewa. Rumah-rumah yang terdapat di sini ada penghuninya dan disewakan khas sebagai penempatan penduduk yang digunakan sebagai tarikan kepada pelancong. Kalau nak makan bread and coffee pun ada....ada cafe di sini. Siap pakai loceng untuk menambat hati pelancong datang ke cafe mereka. Cafe yang berbentuk rumah persendirian. Aku cukup teruja dan sangat bersyukur dapat datang ke sini melihat di depan mata aku sendiri. Thanks God!!
rumah farmville...sangat cantikk.....
kat sinilah kalau nak sewa Dutch costume
rumput kehijauan yang sungguh indah
inilah rumah mereka....ada penghuni tu...
Setelah sakan berposing sana sini, kami ke tempat pembuatan cheese. Tempat ni memang menjadi kesukaan M...hehehe his favourite food. Before that kat sini...aku terjumpa sekumpulan orang Malaysia ....peramah menegur aku. Hehehe....yang ni baik pulak. Siap interview aku kerja mana...datang dengan siapa....berapa lama bercuti di Europe. Sangat peramah.
Di tempat pembuatan cheese ni, aku beli 4 ketul cheese dan barang-barang souvenir lain seperti fridge magnet, key chain, piring hiasan, replika windmill dan macam-macam lagi. Banyak aku borong kat sini sebab aku rasa macam murah je. Padahal aku belum survey harga kat bandar Amsterdam lagi tu. Tak apalah...nanti kat bandar Amsterdam aku beli lah lagi..huhuhuhu.
Sedapnya aku rasa cheese kat sini. Ada macam-macam perisa...memang sangat sedap. Aku tengok M macam orang tak betul tengok cheese yang bermacam-macam perisa tu...hahaha lawak betul. Dia siap suap aku setiap perisa cheese yang ada. Sampaikan aku dah tak larat nak makan. Tengoklah camana M layan aku...sapa tak cair beb!!!!
natural cheese....
pelbagai jenis dan perisa cheese.....
aku beli yg colour oren, hijau dan merah....
di Amsterdam ni memang terkenal dengan bunga tulip...masa aku gi bukan musimnya...
tengoklah aku sakan memilih cheese...siap bawak bakul tu...
sangat cantikkk.....syukur aku bawa DSLR...
macam poskad....
Kami jalan-jalan lagi dan seterusnya sampai ke tempat pembuatan kasut clog. Kasut kayu yang ada sejarahnya tersendiri bagi masyarakat Dutch. Di sini ditunjukkan bagaimana kasut kayu dibuat. Memang sangat cantik dan aku ada beli banyak juga untuk bagi souvenir kepada kawan-kawan. Aku memang giler lah shopping kat Amsterdam ni. Sebabnya banyak choice dan kalau boleh nak beli macam-macam kat sini. Harganya pun agak berpatutan dan murah sedikit berbanding shopping di Paris dan Swiss. Itulah relitinya.
Masa ni beg shopping aku dah berat. Masa membeli aku tak pikir panjang camana aku nak bawa balik barang-barang yang berat ni. Aku beli cheese 3 ketul yang bulat dan 1 ketul yang panjang. Berat pulak tu. Tapi takpalah....bila lagi nak membeli melainkan di sini. Kalau nak cari kat negera sendiri...mahal okay!!! Lagipun bukan yang macam ni.
sis, mmg dah fall in love lah tgk gmbr2 Holland ni!!! i nk copy gambr boleh? cantiksssss:)
ReplyDeleteamsterdam memang chantek....btw, lawa gambar2 you tangkap...tak rugi beli dslr!!
ReplyDeletect -
ReplyDeletememang sangat cantik kat sini. Ok aje kalau nak copy for personal. Tapi nak publish mana2...jgn lupa crdit for this blog. Hehehe...
Orangrawa -
ReplyDeletememang betul tak rugi i beli dan bawa dslr ni.....itupun i guna auto aje...nak pakai manual mcm takda masa nak setting...
Leez....berapa jam berada di tempat tu....rasanya mcm nak pi lah...Mac ari tu disana tak sempat pi..In Shaa Allah Julai ni pi sana...nak pi kampung ni...berapa jam nak spi situ..dari AMS Central...btw cantik2 gambar yg leez snap...
ReplyDeletesalam sis, berapa ye harge seketul cheese tu kat sane? nak tau gak price before ke sane..
ReplyDelete