December 14, 2009

Day 7 : Europe Tour ( Night Market @ Interlaken, Swiss)


Selepas selesai perjalanan ke Jungfrojoch, kami masih ada free time petang tu. So, we all plan nak jalan-jalan kat Interlaken town. Menurut kata receptionist hostel tu, today is Friday ada nite market kat town tu. So, we all decided nak gi sana aje. Kami naik bas untuk sana. It takes about 5 minutes aje ke sana. Masa tu jam menunjukkan jam 3.30 petang. Kat sini pukul 5 petang dah mula gelap.

Sampai aje di sini, aku nampak dah souvenir shop. So, aku just nak check harga fridge magnet di sini. Hmmm...sama aje harga masa kat Zermatt hari tu. Malas nak pikir banyak-banyak, aku just grab mana yang patut. Aku beli fridge magnet and piring hiasan Swiss kat sini. Memang mahallah Swiss ni...had no choice.




After berjalan dalam 5 minit macam tu, kami nampak dah nite market tu. Kebanyakan barang-barang yang dijual ialah local product yang dibuat sendiri oleh orang Swiss. Aku nampak ada jual lilin wangi, potpourri, baju, barang makanan seperti cheese, caramel, candy dan barangan second hand yang nampak masih cantik. Memang best lah nite market dorang ni....something new for me. Dulu masa kat Turki aku ada gak pergi market macam ni but not so many choices macam kat sini.

Kat sini aku sempat merasa chocolate waffle yang sangat sedap. Masih panas-panas lagi. Lainlah rasa waffle sini dengan yang dijual di tempat kita. Dorang punya tepung waffle macam keras sikit dan sedap. Kat tempat kita macam lembek semacam dan biasa aje rasanya. M pulak beli cheese...his favourite food kat europe. Pantang nampak kedai cheese , mesti dia nak singgah dan beli. Pastu dia paksa aku makan...adooooiiii aku kenalah makan juga. Memang aku suka cheese but dia beli yang jenis keping keras tu....aku kureng sikit. Dia kata sedap kalau makan dengan bread.



nite market at Interlaken
chocolate waffle yang aku beli....sedap betul...

pot pourri


pelbagai jenis lilin wangi




tengoklah aku bergambar dengan uncle yang buat caramel tu...kalau tgk gambar M pulak...dia siap kacau senduk caramel tu...sib baik dia tak tanya resepi..wat malu jerk...




aku dengan temanku, Siti


Masa ni dah nak gelap, kami pun beredar dari situ. Then, kami jalan-jalan di kedai berhampiran sambil tengok barangan yang dijual di sini. Aku pergi ke kedai Swiss watch...fuyoooo mahal banget dech!!! Beli kat KL lagi murah kot. Pelik yea...dorang ni memang specialist dalam pembuatan watch but the price still expensive. Aku just tengok harga aje. Ikutkan kalau murah ke...nak gak beli watch di sini but tak mampulah.

Aku jalan-jalan lagi dan nampaklah kedai jual swiss chocolate di sini. Punnnn mahal. M kata jangan beli coz kat London banyak chocolate macam ni dan lebih murah. So, aku dengar cakap dia...aku tak belilah. Kat sini memang terkenal dengan chocolate toblerone yang banyak di jual di Langkawi tu. Aku lupalah nak tengok harga chocolate tu.


kedai jam...swiss watch


kedai chocolate

Swiss chocolate

Terus terang aku cakap, kat sini susah aku nak jumpa Muslim yang memakai tudung. Sebab itu orang sana tengok kami yang bertudung ni macam pelik sikit. Dok pandang semacam. But dorang tak cakap apa-apalah. Nak mencari restoran halal pun susah. Nasib baik kami memang bawa banyak makanan dari Malaysia.

Kat Swiss ni...hanya 4% penduduk menggunakan bahasa mereka sendiri iaitu di kalangan orang-orang lama yang duduk di kawasan kampung. Tetapi rata-rata orang Swiss menggunakan bahasa German and Holland. Kalau yang duk berdekatan dengan German tu...mereka guna bahasa German dan bagitu juga yang duk berdekatan dengan Holland, maka bahasa Holland digunakan. Sign board dorang memang ada banyak bahasa. Tapi yang pasti, English dorang memang hancusss....memang tak fasih. Kalau yang kerja bahagian kaunter memang fasihlah berbahasa English. But cuba tanya yang meniaga kat nite market tu...hmmmm tak reti langsung.
Kat Interlaken ni, aku tengok ramai orang tua-tua. Yang muda kebanyakannya mencari rezeki di bandar-bandar besar macam Zurich dan Bern. So, yang duk kampung ramai yang tua-tua. Memang boleh perasan. Kalau yang naik train tu...couple tua punyalah ramai. They are locals here.

Masa kami jalan nak menuju ke perhentian bas tu, kami ternampak kedai kebab halal. Masa ni kami lapar yang amat. Pagi tadi tu just makan roti aje. So, we decided nak makan kebab aje. Kami order 2 jenis kebab yang berlainan dan share untuk 3 orang. Memang kenyang giler. Aku suka kebab but kebab dorang ni masin semacamlah. Satu lagi tak ada sos cili. Makan dengan tomato ajelah.


chicken kebab


Malam tu lepas balik hostel, aku pun mandi. Then, aku turun bawah lagi untuk berinternet. Aku gi dengan M. Sambil aku duk berinternet tu, aku tengok M dok berbual with one couple. Rupanya couple tu from Korea. They came here for holiday gak. Sama dengan kami for Europe tour. Sebelum ni aku dah ternampak couple ni masa dorang check-in pagi tadi. So, lepas aku habis berinternet, kami berempat melepak kat luar lobby. Masa tu sejuk giler.... tapi sakan kami berbual. The husband kerja sebagai English teacher dan wife dia pulak tak kerja. So, the wife memang tak boleh berbahasa Inggeris. Terpaksalah husband dia explain kat wife dia after borak-borak dengan we all. Dia ingat aku dan M husband and wife..huhuhu. Aku gelak aje. Couple tu dok tanya camana nak gi Jungfrojoch tu. So, kami explainlah experience kami di sana.

Malam tu aku dengan M berborak-borak lagi dalam bilik . Kawan aku yang lagi 2 tu....dah terlena. Bestnya dah 2 malam kami berbual-bual kisah di KL. Sampaikan tak boleh nak tidur dah. M kata kalau ada kedai mamak kat luar ni, memang dia dah ajak aku pekena teh tarik...hahahaha mengarut betul dia ni.


4 comments:

  1. saya suka sangat kalau open market macam ni. macam2 barang ade dijual dan boleh la jugak nak bargain2 kan

    besh la tgk kak leez
    eeeeeeee .. teringin nak pegi !!!

    ReplyDelete
  2. Lily - memang betul...open market ni boleh bargain harga dan macam2 benda dijual.

    pelan-pelan kayuh...sure sampai punya..heheh

    ReplyDelete
  3. Lily
    jom kita plan nak....SBC dah mcm berminat tu..Kita plan pergi akhir tahun 2010..boleh kumpol duit kan kan kan..

    Kak Leez
    wahhappy tgok akak....best kan boleh explore sana sini..RedLight district tu mcm memanggil2 nama maksu..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Maksu -

    Red Light tu tempat wajib hokayy. Kumpullah duit dari skrg for europe trip. Pengalaman mcm ni kita akan ingat sampai tua tau....

    ReplyDelete