Selepas check-in di Oops Hostel, kami lepak kat hostel cafe untuk menjamah dahulu makanan yang kami bawa dari KL. Ada ikan bilis goreng bercili, sambal tumis, serunding dan macam-macam lagi. Sebelum tu kat Northampton kami dah masak nasi impit yang telah siap dimasak di rumah M. Bagi perut kami kenyang dulu sebelum meneruskan sight seeing di sekitar kota Paris. Hari tu kami plan nak cover banyak tempat coz esok akan ke Disneyland dah tentu makan masa sehari. Memang masa kami di Paris sangat terhad. Rushing sana sini.
Kami menaiki Metro train dari Dari Station Place d'Italie untuk ke Notre Dame. Berhenti di Station Saint Michel. Teman ku Siti, memang dah buat research train map untuk berhenti di station mana bagi setiap tempat yang kami akan pergi. Well done my dear...good job. Masa kami sampai tu terpinga-pinga gak mana nak cari Notre Dame ni...tak nampak pun bangunannya. Yang kami nampak ialah gambar di atas. Entahlah tak tahu apa nama tempat ni. Ramai org ambil gambar, kami pun ikut jugak..hehehe.
Dengan cuaca yang nyaman, aku cukup teruja tengok kota Paris. Banyak bangunan lama yang tersergam indah dengan dihiasi sekelilingnya pohon-pohon yang berdaun keemasan berguguran menandakan musim luruh bakal berakhir. Cantikkkk sangat !!!!! Kota Paris yang sangat indah dan aku cukup bersyukur akhirnya aku dapat pijak juga di bumi Paris ini.
Kami meneruskan perjalanan untuk mencari Notre Dame. Kami kena melintasi Seine River. Sangat cantik saujana memandang. Kelihatan juga River Cruise melintasi sungai ini. Salah satu tarikan paling popular adalah melakukan perjalanan dengan cruise melintasi Seine River . Melintasi di bawah jambatan-jambatan bersejarah yang paling cantik di Paris, benar-benar menyajikan berbagai pemandangan yang tidak ada bandingannya. Kami memang tak ada kesempatan untuk menaiki cruise. Disebabkan aku sangat teruja dengan Kota Paris, M menjadi mangsa untuk mengambil gambarku...posing sana sini. Begitu sabar dia melayan kerenah aku. Hehehe.
Dari Seine River, kita dapat melihat hampir sebahagian besar bangunan-bangunan penting di Paris. Di tepi sungai boleh menikmati berbagai apartment indah, rumah-rumah kota menawan, museum-museum terkenal, monumen-monumen yang hebat dan tidak lupa, jambatan-jambatannya yang cantik. Total ada 35 jambatan yang menghiasi sungai ini.
”Tidak ada satupun kota di Eropah yang dapat mendeskripsikan dirinya sendiri melalui sungainya, sebaik Paris dengan Sungai Seine-nya”
river cruise menyusuri Seine River
sangat cantik tempat ini...aku suka banget!!
sangat cantik tempat ini...aku suka banget!!
aku berposing di persisiran Seine River.....
Kami meneruskan gerak kaki kami untuk mencari Notre Dame dan akhirnya jumpa berpandukan signboard yang tertera pada persisiran jalan. Lebih kurang 15 minit juga kami berjalan untuk sampai ke Notre Dame. Itu belum lagi berhenti kejap untuk mengambil gambar.
Akhirnya kami jumpa Notre Dame. Disinilah berdirinya gereja terkenal Notre Dame Cathedral. Tidak ada satu bangunan pun yang begitu erat dikaitkan dengan sejarah Paris seperti Notre Dame. Di gereja inilah raja-raja Perancis dinobatkan. Notre Dame mulai dibangunkan pada tahun 1163 dan selesai dibina tahun 1330. Di samping aspek sejarah dan architechture, Notre Dame juga terkenal kerana sebuah novel “The Hunchback of Notre Dame” karya Victor Hugo, yang kemudian juga difilemkan dengan judul yang sama. Di depan Notre Dame juga terdapat ”Zero Point”, sebuah titik awal perhitungan jarak dari kota Paris.
Notre Dame
aku berposing di Notre Dame
ada banyak burung merpati di sini. M letak roti yang kami bawa di atas tanganku...hinggalah burung-burung itu mengerumuni aku.....mulanya aku gembira akhirnya aku jadi takut.....hehehe
Selepas berposing sana sini, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Lourve Museum di mana Potrait Monalisa di letakkan. Sempat tanya orang di sana, jauh tak kalau kami hanya berjalan kaki. Orang sana kata dekat aje. Rupanya jauhhhh juga...aduhhh kaki ku dah sakit yang amat. Udah ler boot yang aku pakai tu berat....nak jalan jauh lagi. Memang aku tak selesa. Nasib baik M banyak tolong aku.
Boleh aje naik train but sama aje rasanya coz naik turun train pun rasa jauh. Belum lagi campur tolak naik tangga turun tangga. Aku memang tension dengan train kat sana coz tak ada disediakan escalator.....penat aku turun naik tangga.
i like this photo.....daun-daun pun berguguran.....
sepanjang perjalanan nampak orang menjual lukisan ini... di tepi Seine River
poskad dan souvenir pun banyak dijual....masa ni aku belum beli apa2 lagi....
bus pelancong... hop on hop off bus pun ada.....nak naik bus ni pun ok cuma aku saja nak rasa jalan kaki aje.....harganya EUR26 (1 day) or EUR29 (2 days)
Rasanya, mata kami terlalu dimanjakan oleh pemandangan dari Seine River. Setelah berjalan berkilo meter dari Notre Dame, akhirnya tampak bayangan Museum Louvre. Salah satu museum terbesar di Eropah ini sangat terkenal dengan koleksi-koleksi hebatnya, misalnya lukisan Monalisa, karya sang maestro, Leonardo da Vinci. Museum ini juga kian terkenal setelah menjadi lokasi pembukaan filem ”Da Vinci Code”.
Jika ingin masuk ke museum ini memakan masa sehari juga. Ahhh...aku sangat memerlukan masa. Masa begitu emas bagi kami. Sekadar mengambil gambar sahaja di sekitarnya. Sangat besar dan luas. Aku mencari-cari dimanakah mercu tanda berbentuk piramid ini. Akhirnya aku nampak jua....ahhhhh indahnya. Aku betul-betul teruja.
di dalam kawasan museum
M tegur aku masa ni...amboi manjanya berposing....hahaha terbahak-bahak aku ketawa.... takda maknanya nak manja-manja kat area museum ni...hehehe
tu dia...mercu tanda de Lourve dah nampak....nice!!!!
muka tersenyum tetapi kaki menahan sakit....lenguh dan melecet...
kelihatan ramai pelancong di sini....
Terus terang aku cakap, kat kota Paris ni ramai sungguh Negro kulit hitam. Kami panggil "Black". Kat sini dorang ramai berniaga souvenir kat tourist. Kawan aku pernah pesan kena berhati-hati dengan Negro mcm tu....dok sibuk beli itu ini...dalam diam dia boleh seluk dompet kita. Tanpa kita sedari. So, aku selalu pesan kat M supaya jangan banyak cakap dengan dorang ni. Kena berhati-hati. Tidak dinafikan kalau beli souvenir kat dorang memang murah sikitlah berbanding beli kat kedai...tetapi cuma be careful aje.
Then, kami naik Metro train untuk ke Champs-Elysees, the most beautiful avenue in the world & the most famous street in the world. Terdapat cinema, café & luxury shop. Length : 2 km. Di sepanjang jalan ini juga terdapat Arc de Triumphe, the world's largest triumphal arch. Aku tengok dari jauh aje. Sepanjang jalan di Champ Elysees ini memang sibuk dengan kereta lalu-lalang.
Kalau nak cari butik jenama terkenal memang di sinilah tempatnya. Aku sempat singgah Gucci butik....memang kelasss tempatnya. Tak beli pun...hehehe tak mampu. Still mahal lah compare harga kat Malaysia but after tolak tax murah sikitlah.
hop-on hop-off bus...
baru sampai Champs-Elysees... nampak tak Gucci butik kat belakang aku tu...
inilah dia jalan sibuk di Champs-Elysees.... tempat ni lah yg paling happening dgn shopping complex yg mahal-mahal
nampak tak Arc de Triumphe kat hujung tu....di sepanjang Champs- Elysees
nampak tak Arc de Triumphe kat hujung tu....di sepanjang Champs- Elysees
sementara tunggu yg lain pi toilet... aku duduk di bangku ini duk peratikan orang Paris lalu-lalang.....dorang memang stylo dan very fashionable.....teruja aku tgk......
x sabaq nak tunggu entry amsterdam
ReplyDeletesepul - hehehe...gambar tang mana hang tunggu tu??? Tempat teeeettttt kak leez tak amiklah coz tak berani..hehehe.
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeleteakak guna camera jenis apa?
cantikla
nisa -
ReplyDeletesalam..
i guna DSLR camera Nikon D3000.