December 8, 2009

Day 4 : Europe Tour (Disneyland @ Paris)



Awal pagi kami dah bangun untuk destinasi seterusnya. Sebelum tu kami dah bagi kenyang dulu perut sebelum keluar. Senang sikit dan tak payah susah payah mencari kedai halal. Di samping tu kami juga ada bawa bekalan biskut dan coklat untuk alas perut jika kelaparan.

Destinasi kami kali ini ialah ke Paris Disneyland. Pertama kali dalam hidupku masuk Disneyland. Dulu aku melancong ke Beijing, Disneyland masih dalam pembinaan. Kali ini tercapai sekali lagi impianku.

Dari tempat hostel kami ni, kami kena menaik Metro train turun ke Station Gare de Lyon terlebih dahulu. Sekali lagi kena melintasi Seine River untuk ke station ini. Turun naik train dua kali sebelum sampai ke station ini. Belum apa-apa dah kena jalan jauh. Masa ni cuaca mendung dan menandakan akan hujan.


Disneyland ticket


Kami beli ticket for 2 parks iaitu Disneyland Parks and Studio. Sebelum bayar lagi EUR15 kat hostel untuk dapatkan diskaun. Dah lebihnya EUR57 beli di kaunter Disneyland itu sendiri. Kalau booking online dari internet lagi murah. Aku mula-mula plan nak beli online tetapi aku mcm confuse nak beli ticket yang mana satu. Kat situ ada package.

Sebelum tu dah beli Train ticket hari ke dua dari Zon 1 ke Zon 5. Disneyland ini terletak di Zon 5 dan agak jauh sikit daripada Kota Paris. Kami naik RER dan station yang kami berhenti ialah Marne La Vallée-Chessy.


dah sampai







Mula-mula masuk aku dah teruja dengan lanskap dan senibina di dalamnya. Sangatttttlah cantiknya. Memang aku terpegun seketika. Tengok saja bangunan yang dihias, penuh dengan pelbagai warna dan amat unik sekali. Aku sibuk snapping sana sini. Ini peluangnya aku tunjuk skill mengambil gambar. Tapi gambar sendiri orang lain ambil kan lah.

Ramai gak pelancong ketika ini. Aku ingatkan kalau dah winter time dah kurang orang, rupanya ramai jugak. Hmmm kalau gi masa summer lagilah ramai. Dengar kata nak main game pun berebut-rebut. Aku tengok anak-anak Mat Salleh ni comel-comel belaka. Pipi gebu dan merah. Budak-budak memang sukalah tempat begini. Dah tentu program kegemaran mereka.







disneyland here i come......





Masa aku sampai tiba-tiba ternampak show parade. Punyalah meriah. Cepat-cepat aku snapping sana sini. Budak-budak anak mat salleh melonjak suka tengok kartun kegemaran mereka di depan mata. Sebenarnya aku pun terlonjak kegirangan gak...dah macam budak-budak pulak...hehehe. Teruja namanya tu.

Sekejap aje show parade ni. Dua kali jugaklah dia lalu lalang kat tengah jalan tu. Aku cukup terkilan bila donald duck....mickey mouse tak turun padang jumpa pengunjung. Aku memang teringin nak amik gambar dengan depa...tetapi apakan daya tak kesampaian.









datang lagi.....cantik























Tempat ini tersangatlah besarnya. memang penat dan lenguh kaki berjalan nak cover semua tempat. Kejap-kejap kami berhenti untuk melepaskan lelah. Cuaca hujan pulak. Hujan renyai-renyailah. Kat dalam ni ada restoran, tempat main game (indoor dan outdoor). Aku main yang indoor aje.

Memang superb lah kartun ciptaan dorang ni. Kalau kita naik train kat indoor tu...kita disaksikan dengan pelbagai watak kartun dalam satu cerita tetapi digerakkan oleh mesinlah. Sangat menakjubkan.


aku suka bangunan ni...sangat cantik...aku macam mimpi berada di sini...







aku tgh beratur untuk tengok indoor game kartun Peter Pan
































Masa aku dalam perjalanan nak pulang, aku melalui tempat ini dan sangat teruja apabila ada dance music persembahan daripada watak-watk kartun dan para penari. Sungguh happening. Budak-budak apa lagi. So, aku suruh M merakamkan video from the other camera dan aku snapping daripada DSLR aku ni.

Aku excited nak tunjuk video tu kat anak buah aku Danish. Hahaha dia tak heran pun. Dia lebih heran tengok train yang aku naik. Dia kata itu "Thomas"...kartun kesukaan dia. Aduhhh...hampeh aje. Sebenarnya dia belum mengerti sangat watak kartun Mickey dan Donald. Budak baru 3 tahun....dia pandai "Thomas' aje. Hehehe. Banyak gak rakaman video yang aku amik.
Kat sini aku sempat membeli t-shirt mickey mouse untuk anak-anak buahku. Sehelai ialah EUR8 (RM40)...huhuh t-shirt simple aje tu. Ada juga aku beli fridge magnet disneyland dan keychain disneyland. Baju memang cantik-cantik tetapi hanya sesuai untuk winter time. Tidaklah sesuai untuk dipakai di sini.

































Aku sempat masuk kelas bagaimana nak melukis kartun Mickay. Dia ajar step by step. Senang aje cuma kalau suruh buat balik...memang aku dah lupa. Hehehe. Kalau nak tengok hasilnya...tu kat gambar di atas. Tu aku yang lukis siap ada tandatangan sekali. Oklah best gak aktiviti macam ni.

Then, aku masuk studio theater menunjukkan bagaimana cara suara dimasukkan ke dalam kartun tersebut, aku sempat terlelap lagi. Nak tau kenapa? Sebba kartun cakap guna bahasa France. Mana lah aku paham. Jawabnya memang aku betul-betul tertidur. M kejutkan kata dah habis pun. Hehehe....




Ni pulak Studio.....masa ni dah nak malam

Masa ni kaki aku dah penat dan lenguh yang amat...kami tenguk mana yang sempat aje..






Kami dah terlalu penat dan ambil keputusan nak terus balik. Masa ni pun dah gelap. Semalam plan nak singgah lepak kat cafe area Hard Rock Cafe tu....hmmmm lupakan saja. Memang penat giler dan terlalu lapar.

So, kami plan nak makan kebab yang kedainya terletak bertentangan dengan hostel kami. Punyalah ramai pulak masa tu. Mulanya M kata...kita sharelah makan coz nanti tak habis makan seorang untuk satu hidangan kebab. Wahhhh...kami bertiga kata nak beli seorang satu sebab lapar sangat. Rupa-rupanya memang kami tak dapat nak habiskan. M kata... tulah degil tak nak dengar cakap dia...heheheh sorry dear...you're rite!!!!

inilah kebabnya...chicken kebab.....besar hidangan ni...harga EUR 4.50


4 comments:

  1. tengok Disneyland paris nih terus teringat Disneyland kat Hong Kong..tapi jauh la bezanya sebab Disneyland kat HK kecik jer kalau nak Compare ngan yang kat sini..

    anyway,nice pics!!

    suka tengok gambar gambar nih..

    entah bila axim nak sampai sini pulak..:)

    Insya Allah one fine day..

    :)

    ReplyDelete
  2. Axim - Kak leez tak pernah gi HK Disneyland tapi ramai kata yg di Paris ni berganda besarnya. Memang penat giler nak cover every corner.

    Boleh aje axim kalau betul2 berazam nak gi sni. Kena plan betul2 dan kumpul duit from now.

    ReplyDelete
  3. kak leez
    jeles bangat deh
    ni kalau family sume anak buah konpem seharian pun x puas kat disneyland paris tuh
    hehehehe

    jom kak kita pi jalan same2 !!
    :D

    ReplyDelete
  4. ala kak.... beshnya...adoi,kena kumpul duit nie mau p sana :d

    ReplyDelete