November 6, 2009

Ayam Bakar Wong Solo @ Dagang Avenue



First time i makan Ayam Bakar Wong Solo ni masa bercuti ke Bali beberapa bulan yang lepas. Masa makan kat sana tu...makanannya punyalah sedap dan pedas berapi. I order ayam penyet...sambalnya yang pedas giler. Padahal dah tahu restoran ni memang ada kat area my house...cuma tak pernah mencuba aje.

After dah balik KL...memang hajat nak makan lagi kat sini. Tak pergi-pergi pun. Then, masa my dear turun KL hari tu ternampak restoran ni kat Kg Baru sebelah dengan Masjid Kg Baru aje. Terus ajak dia makan kat situ. Hmm... i order set ayam penyet...memang sedap. Tetapi rasanya lagi sedap dan pedas yang kat Bali. Order alpokat pun tak berapa kaw. Restorannya tidaklah sebesar yang kat cawangan Ampang Avenue ni.




Baru-baru i mencuba lagi makanan ini tetapi lokasinya di Dagang Avenue. Agak besar juga restoran ini dan dekorasi di dalamnya sebijik macam kat Bali. I order set ayam bakar pulak kali ni. Harganya RM10.90. Agak mahal berbanding harga di Bali iaitu hanya Rp20K iaitu RM7 sahaja. Tetapi kurang pedaslah makan kali ini. If amik set ayam penyet pedas sikit coz ada sambal kat atas ayam tu. Tambahan order amik sapi salai...murah aje RM6.50. Order alpokat lagi...sedap pulak kali ni.

Masa makan sambil diiringi lagu jawa...terasa berada di bumi Indonesia pulak. Rindu plak kat Jakarta. Sebenarnya i hold dulu bercuti ke Indon coz tengah bengang dengan kes panas M'sia-Indon. Bengang tapi tetap nak cari makanan dorang...huhuhu.



menu yang ada...
set ayam bakar... RM10.90

sapi salai... RM6.50

alpokat yang sedap....RM6.00


makan bersila.....

dekorasi kedai ini sama aje dgn cawangan kat Bali



4 comments:

  1. bestnya...nanti kita gi mkn kat sini nak tak kak leez..kak leez bawak maksu la nanti..boleh heh..

    *wink wink*

    ReplyDelete
  2. Amboi Maksu...skrg ni pantas aje bagi comment. Nak tunggu kuiz lagi ke...hahaha. Tunggu jangan tak tunggu!!!

    Ha'ah best makan kat sini...mcm terasa kat indon plak. Ok..ok...nanti kita makan kat sini. HUhuhu...byk plak tempat makn kita nak gi yea..hehehe.

    ReplyDelete
  3. harus la hari2 maksu kene bukak blog kak leez.nak tgok ada kuiz ke tak...he he he he

    ReplyDelete
  4. awat muka akak dalam entri ni dah macam bibik indon dah??wahahahaha..

    ReplyDelete