Sekarang ini aku berada di atas katil sambil mengadap notebook. Masih di bumi London. Mata ku masih tidak mengantuk padahal jam sudah menunjukkan jam 1 pagi waktu UK. Baru lepas mengemas coz esok akan berangkat pulang ke KL selepas 2 minggu berkelana di bumi Eropah.
Sebenarnya aku sangat sedih sekarang ni. Sedih untuk meninggalkan tempat ini kerana terlalu banyak kenangan manis aku di sini. Walaupun hanya 2 minggu tetapi dapat rasakan jiwaku sudah jatuh cinta dengan tempat ini. Selain itu, aku sedih untuk meninggalkan dia yang terlalu banyak menolong ku, menemaniku, melayanku dan macam-macam benda yang sukar untuk aku luahkan di sini. Dia terlalu baik dan sabar dengan kerenah aku. Dia melayan aku seperti seorang puteri. Entahlah sukar untuk aku luahkan di sini. Esok aku akan berangkat pulang....aku sangat sedih untuk berpisah dengannya. Gonna miss you babe!!
Airmata aku di ketika ni mengalir dan terus mengalir. Kenangan 2 minggu bersamanya yang aku tak boleh lupa. Sangat banyak dan akan sentiasa di mindaku. Kenangan di bumi Amsterdam dam Brussels akan aku simpan sampai bila2. Kenangan yang sangat indah dan manis. Only God knows. Semoga fikiranku akan stabil dan normal seperti biasa setelah aku pulang ke tanahair. Insya Allah.
Ya Tuhan, berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Aku terlalu sedih untuk meninggalkan dia.
kak leez jgn la sedey..
ReplyDeleteHarap perpisahan dgn org tersebut bukanla perpisahan terakhir...
Kak Leez.....
ReplyDelete