September 18, 2009

Ketupat Raya !!!

Pagi tadi dah pi pasar beli bahan-bahan mentah nak masak untuk raya pertama nanti. Pergi pasar awal senang sikit tak ramai orang kat pasar tu. My mum dah beli siap daun pelepah kelapa nak buat ketupat nasi. My family kalau raya memang makan ketupat nasi on 1st day raya. Tak retilah nak makan lemang or ketupat palas. Ketupat nasi tu boleh dimakan dengan kuah kacang dan rendang atau kuah lodeh. Memang menu wajib kami di pagi raya.

So, tadi my mum dah anyam sedikit ketupat untuk dimasak pada hari Sabtu ni. Esok banyak kerja nak buat, so anyam ketupat sikit-skit dulu. Kami adik-beradik sorang pun tak pandai nak anyam ketupat termasuklah yang sedang menaip ni. Bukan tak pernah belajar... tiap tahun kena ajar. Nanti bila masuk raya tahun depan pulak...dah lupa daaaa. So, terpaksalah my mum ajar balik...hehehe.

So, kat bawah ni i tunjukkan camana nak anyam ketupat. Tak reti nak bgtau step by step. Tunjuk gambar ajelah. Tangan my mum jadi model anyam ketupat pulak yea. Korang jangan pulak tanya i camana nak buat. Hehehe...tak reti eden nak ajar.

Macamana busy pun nak sambut raya ni, i still spent my time update blog. Just tak nak biarkan my blog bersawang. Walaupun simple entry but still ada kan. Nanti dari masa ke semasa i akan update camana persiapan raya kami sekeluarga. Insya Allah.









dah siap pun........



3 comments:

  1. my father pun wajib ber ketupat mase raya. tp die sgt2 la fussy, die sendiri akan leraikan daun dr lidi nye tu pastu tepi2 daun yang warna hijau tu pun die akan buang. lepas tu baru la kitorang anyam reramai.

    Beraya di mana? kalau sampai Klang mari la dtg rumah. :)

    ReplyDelete
  2. pehh pandai akak pusing pusing daun buat ketupat. kalau saya buat mesti jadi kapal terbang. err masa 1st dya kitoang makan nasik tomato ayam masak merah sebagai hidangan utama. ketupat memg ada tapi tak makan sgt lah. hehehehheee

    ReplyDelete
  3. Siti - wahhh..bagus tu sampai warna hijau kat tepi2 tu pun dibuang.
    Raya kedua saya raya kat Klang...ok nanti saya msg siti. Insya Allah.


    Sepul - Itu bukan gambar tangan kak leez lahhh. Itu tangan my mum.
    oooooooo... nasi tomato. Bukan ke org utara makan ketupat palas???

    ReplyDelete