August 3, 2009

Lepak @ Ipoh



Sambung lagi cerita di Ipoh. Apa tak nya, berkampung 3 hari kat sana maka macam-macam cerita ada. Cerita pasal wedding dah habis. Now, nak cerita apa aktiviti yang kami lakukan sepanjang 3 malam di sana. Bukannya apa. Banyak melepak daripada buat kerja...muahahaha.



1. Kisah Malam Hari Pertama

Lepas aje majlis akad nikah petang tu, i singgah jap rumah my uncle seorang lagi sebab nak melawat my datuk yang stay kat sana. Sempatlah berbual-bual dengan my datuk yang dah lama kami tak jumpa. Sebelum ini dia memang stay at my house. Now tukar angin gi Ipoh pulak.

Then, balik semula ke rumah my auntie. Masa ini saudara-mara sudah bertambah ramai. Ramai yang baru sampai. Ada dari KL dan Singapore. Masa ni maintain lagi sebab masih kenyang. Al-maklum petang tadi betul-betul punya makan kat rumah pengantin perempuan. Itu kes tak makan lunch. Hehehe.

Malam tu my cousin, Yat pulak bgtau dia nak pi bank HSBC kuar duit. So, jam 11.30 malam kami berempat termasuk 2 orang lagi cousins merayau ke bandar Ipoh. Very the sunyi u ols. Masa tu actually dah penat tapi saja jer nak melepak kat mana-mana kedai makan. Akhirnya kami melepak kat kedai mamak yang berhampiran dengan rumah my auntie iaitu di area Tambun. Mamak pun mamak lah!!!!

Jangan tak tahu, we all sempat order mee mamak dan roti bom lagi malam2 buta tu. Si Abby yang baru balik dari German teruja tengok ABC kedai mamak yang tersangatlah menyelerakan tu. Tengoklah pic kat bawah ni kalau tak caya. Dah setahun tak makan ABC gamaknya. At the same time terjumpa pula my uncle yg duk KL tengah sedap menjamu selera bersama family nya. Apa taknya memang meriah lah kami malam tu kat kedai mamak.


Yat dgn Ajee....dua2 ni cousin
ni plak sorang lagi cousin Abby....sedap tgk dia makan ABC....kat German takda ABC ke???
sakan kami ramai-ramai di kedai mamak Tambun
tenguk tu... ABC yg sangat menyelerakan....makan tgh malam buta...
lagi menu ABC



2. Kisah Malam Hari Kedua

Masa malam kedua ini, banyak kerja dah beres. Cuma sibuk persiapan di dewan persandingan. Tetapi semuanya disediakan oleh catering. So, kami tuan rumah touch up apa yang patut aje. Sebelum singgah dewan, kami berempat lagi tetapi kali ini dengan seorang lagi cousin, Fendi. Kami malas nak makan nasi kat rumah, so pi makan kat Mee Rebus Ramli. At the same time, Wanie and family pun joint kami makan.

Kalau datang Ipoh, memang tak sah tak pekena mee rebus ni. Very the sedap. Kat sini kalau nak makan Lamb Chop pun sedap...malah murah yang amat. Hanya RM7 sahaja. Banyak pulak tu lamb nya. Lepas dah makan mee rebus, terliur pulak nak rasa Lamb Chop. So, kami plan nak pi lagi esok malam before balik ke KL.



Mee Rebus Ayam RM5.50
Lamb Chop RM7.00



3. Kisah Malam Hari Ketiga

Selepas selesai majlis persandingan di dewan, balik semula ke rumah my auntie. Petang tu sempat tidur jap sebab takut mengantuk masa drive nak balik KL malam tu. Lepas maghrib pula, ada acara membuka hadiah pengantin. Masa ini ramai saudara-mara yang dah balik KL. Cuma tinggal beberapa orang yang belum balik KL sementara tunggu acara membuka hadiah. Hadiah paling lawak yang diterima pengantin ialah satu set minuman Power Root yang dihadiahkan oleh kawan-kawan adik kepada pengantin lelaki. Memang lawaklah bebudak ni. Al-maklum budak sekolah. Itu aje yang termampu beli.

Then, lepas tu kami pun berangkat nak balik KL. Convoy 4 kereta balik ke KL. Jangan tak tahu...kami singgah sekali lagi ke Mee Rebus Ramli sebab nak makan Lamb Chop tu. Alangkah hampanya kami, lamb chop tu sudah habis. Uwaaaaaaaakkk!!!! Yang paling hampa sapa lagi...si Yat lah.

Balik KL kereta tak banyak kat highway. Tak sampai 2 jam dah sampai KL. Betul2 pecut tu. Alhamdulillah selamat sampai ke KL. Esoknya tak kerja...nak berehat. Penat giler!!!!!


acara buka hadiah.... terharunya my present adalah yg first dibuka...hehehe
ni plak si Yek yg bagi....album Bali


wedding gift Mug dari pengantin lelaki..... disertakan dengan beberapa jenis makanan ringan
ini pulak labu sayong...wedding gift dari sebelah pengantin perempuan.....
gift sebelah pengantin perempuan bagi acara merenjis....


2 comments:

  1. syiok kan kak bila ada cousin2 yg kahwin, boleh kumpul ramai2 mcm ni

    :D

    ReplyDelete
  2. Lily - Ha'ah...sesekali kumpul ramai2 seronok....especially ada tukang lawak...asik nak ketawa aje.

    ReplyDelete