July 29, 2009

Wedding Day Shafique & Ida : Day 2 - Bersanding Rumah Pengantin Perempuan



Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan diadakan pada keesokan harinya. Ketika ini sudah ramai saudara-mara dari KL dan Singapore sampai ke Ipoh. Meriah sungguh rumah my auntie dengan kehadiran saudara-mara. Ada yang stay kat hotel, homestay dan rumah my auntie sendiri. I and my mum stay kat rumah my auntie. Al-maklumlah my mum tu merangkap penasihat kepada my auntie. This is her first son wedding and tidak ada pengalaman lagi mengahwinkan anak. So, tempat dia buat rujukan ialah pada my mum.

Pada hari persandingan ini barulah kami membawa barang-barang hantaran perkahwinan untuk bertukar ganti dengan barangan belah pengantin perempuan. Sebanyak 7 dulang dari belah lelaki dan dibalas dengan 9 dulang dari belah perempuan



baru sampai.....dah ready nak berarak

with my cousins.....

saudara-mara sedang menunggu masa untuk berarak....

posing berlatar-belakangkan kereta hijau...entah sapa punya kereta lah tu

my mum bersama kakak dan adiknya.....

dibelakang tu my cousin juga...fiza dan kak nor

wani, me and yat.......


Kami berarak ke rumah pengantin perempuan pada jam 1.30 petang. Tema warna pakaian pengantin kali ini ialah hijau. Begitu juga dengan warna khemah dan pakaian keluarga belah perempuan..... juga hijau.

Begitu cantik dan secocok kedua pengantin ini. Bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan cantik sekali. Selepas pengantin bersanding, kami telah dijemput makan di tempat yang dikhaskan untuk keluarga belah lelaki. Makanan yang sedap dan enak. I makan ala kadar aje sebab sibuk kehulur ke hilir snapping sana sini.

Seronok sesekali berkumpul bersama sanak-saudara macam ni. Al-maklum masing-masing duduk jauh. Ada yang di Ipoh, di KL dan di Singapore. Bila ada majlis perkahwinanlah kami semua berkumpul ramai-ramai.


bagai pinang di belah empat...opsss silap....di belah dua lerrrr.....

si shafik bergaya segak di atas pelamin ....muka pun dah licin...hehehe


barangan hantaran belah perempuan...di bilik pengantin

sempat masuk bilik pengantin....posing jap


makan beradap...

hidangan untuk tetamu belah lelaki


saudara-mara dari Singapore......


my auntie and my uncle bersama anak menantu
bergambar bersama ibu2 saudara.....
kami cousins semua bergambar bersama pengantin

adik pengantin lelaki bersama temannya Wani

bersama cousin dari Singapore




p/s - penat balik dari Ipoh masih belum hilang lagi....


No comments:

Post a Comment