July 27, 2009
Wedding Day Shafique & Ida : Day 1 - Drive to Ipoh
Alhamdulillah majlis perkahwinan my cousin, Shafik dan isterinya Ida yang berkonsepkan jawa wedding telah berjaya direalisasikan. Berkampung selama 3 hari di Ipoh dengan pelbagai persiapan untuk majlis nikah, persandingan di pihak perempuan dan lelaki.
Pagi Jumaat jam 10.45 pagi bertolak dari KL. Sebelum tu sibuk pergi car wash dan singgah kedai beli wrapping paper. Pergi berdua bersama mamaku. Perjalanan lancar dan tidak begitu banyak kereta di jalanan. Singgah sebentar di hentian Tapah untuk minum dan menjamah sedikit makanan. Mama sempat makan mee rebus dan i hanya makan kueh dan pau aja. Lagipun tak berapa lapar.
Sampai di Ipoh jam 1.30 tengahari dan ketika itu masing-masing sibuk hendak ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. So, sampai aja i sempat tolong touch up sikit barangan hantaran mas kahwin yang akan dibawa untuk majlis nikah pada petang itu selepas Asar.
No comments:
Post a Comment