Kueh traditional - Tart Nenas.
Di sini i hendak memperkenalkan kueh tart nenas resepi turun-temurun my mum. Sudah lama dia hendak turun resepi ini kepada anak dara dia seorang ni tetapi masih tak lulus lagi. Hehehe. Sebenarnya bukan tak lulus tetapi anak dara dia ni malas nak belajar sebenarnya. :). Insya Allah sekarang ini i dalam proses nak gigihkan diri dapatkan ilmu buat kueh tradisional ini from my mum.
Dulu masa arwah my father ada lagi, kueh tart nenas ini memang menjadi business utama kami setiap kali tiba hari raya. Sampai tak memang tangan kami dibuatnya. Satu rumah penuh dengan kueh tart. Tetapi sejak kebelakangan ini kami macam malas nak buat jualan besar-besaran macam dulu sebab my mum dah tak larat. Setakat nak jual kepada regular customer memang dia ambil lah sedikit.
Nak tahu rasanya bagaimana? Fuhhh....memang sedap. Bukan puji sebab dia my mum tetapi memang puji seikhlas hati ni. Sekarang ni dah jarang orang jual tart nenas sebab kebanyakkannya orang jual tart gulung. Rasanya memang berbeza. Kalau makan tart gulung, mesti berterabur kan. Penuh mulut. Tetapi kalau makan tart nenas my mum ni, boleh makan sedikit demi sedikit. Wahhh...terasa kesedapannya. Jem nenas tu memang kami buat sendiri. Beli nenas muda, sagat nenas tu secara manual dan masak dengan api perlahan. Letaklah gula dan kayu manis. Kacau sehingga baunya wangi. Memang terangkat.
Satu lagi yang paling mahal ialah my mum sepit sendiri keliling kueh tart tu. Dia tak pakai acuan pun seperti kita nampak pada mana-mana kueh tart di pasaran. Itu yang masalahnya sebab i masih tak lulus nak sepit kueh tart secantik yang my mum buat. Kami hanya takat membantu letak jem, letak bunga atas jem dan bakar ajalah.
Jom kita tengok camana cara-caranya membuat tart nenas.
selepas dah uli tepung semua. Ambil sedikit adunan itu dan gelek perlahan2 menggunakan penggelek kayu.
then tekap dengan acuan bulat untuk membentukkan ia bulat seperti gambar di atas
menggunakan jari, bentukkan ia seperti ada lubang di tengah-tengah....untuk letak jem.
sepit di sekeliling kueh tu bentuk serong..kena guna dua tangan
menggunakan jari, bentukkan ia seperti ada lubang di tengah-tengah....untuk letak jem.
sepit di sekeliling kueh tu bentuk serong..kena guna dua tangan
wahh...dah jadi pun....nampak tak betapa kemasnya my mum sepit kueh tart ini. Part ini yang i tak lulus...hehehe.
makcik jgn lupa aku dah order 100 ketul weh... kempunan aku.. nk wat sendiri tak daya
ReplyDeletedah nak raya kan..jom pakat pakat beli tat nenas ni!!
ReplyDelete:)
yat-e - yolah mek oi....aku dah masukkan dalam order.
ReplyDeleteUntuk raya tak nak order ke?
Axim - Hehehe.... order untuk raya belum bukak yea axim.
Bagi kita recipenya la..kita sdg cari kueh tat asli..yg skgnya bnyk da modified.
ReplyDeleteBagi kita recipenya la..kita sdg cari kueh tat asli..yg skgnya bnyk da modified.
ReplyDelete