Semalam on Sunday ada wedding kat Banting. Majlis perkahwinan my relative belah arwah my father. Jam 11 pagi sudah keluar rumah. Al-maklum hendak ke Banting mengambil masa lebih dari sejam. Pergi ke sana bersama my mum. Kami berdua sahaja. Yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.
My mum selalu ingatkan i, walaupun arwah papa sudah tiada lagi, kita jangan lupa saudara-maranya. Biarlah kalau my brothers yang lain malas nak ikut but my mum minta i beralah dan korbankan masa sedikit untuk mengunjungi keluarga belah arwah. Mereka semua tu tidak lupa untuk menjemput kami walaupun arwah papa sudah tiada. I and my mum yang rajin mengunjungi mereka di mana-mana majlis perkahwinan. Sebab itu mereka lebih mengenali diriku berbanding adik-adikku yang lain. Kalau jumpa mesti peluk cium diriku ini. Hehehe. Depa kata i ni waris terdekat gantikan arwah my father.
Arwah my father ni memang ramai saudara-mara di serata negeri. Tetapi yang paling ramai ialah di Kelang dan Banting. Segala ceruk kampung dan taman di Kelang ni memang ada saudara-maranya. Arwah my father ada darah keturunan jawa, mamak dan arab. Wedding yang i pergi tu ialah sedara arwah yang keturunan Jawa. Punyalah seronok depa tengok kami datang. Siap berbekalkan lauk-pauk lagi untuk dibawa balik. Sedap makan di sini. Pencuci mulut pula punyalah penuh atas meja. Orang Jawa memang macam tu kan.
pengantin dah tiba...pencuci mulut atas meja makan.....
Selesai majlis perkahwinan itu, kami singgah di Kelang pula untuk menziarahi ibu saudaraku belah arwah my father yang sedang sakit. Memang sangat rapat dengan my mum. Selalu call my mum borak-borak. Tetapi sejak 2 bulan ini dia sakit. Semalam terkejut tengok keadaanya. Melihat keadaannya yang agak tenat, sebelum balik mama sempat minta maaf dengan nya dan mengajarnya mengingati Allah dan selalu menyebut Lailahaillallah.
Then, kami balik dan singgah ke PJ sebentar ke rumah my dearest friend, Kak Rose untuk bagi barang souvenir yang i beli kat Bali tu. Sebentar aje di sana dalam 15 minit macam tu. Then, dalam perjalanan pulang ke KL, dapat panggilan telefon tentang pemergian ibu saudara yang sakit tadi. Terkejut yang amat kami. Sebab kamilah orang yang terakhir jumpa arwah. Rupa-rupanya setelah mamaku mengajarnya supaya selalu mengingati dan sebut nama Allah, selang beberapa minit lepas itu arwah telah hembuskan nafas yang terakhir.
Today, i take EL untuk menziarahi arwah untuk kali yang terakhir. Mamaku amat sedih kerana beliau sangat rapat dengan arwah ini. Teman berbual di telefon. Al-Fatihah untuk arwah Makcik Marsila.
dariNYA kita datang,padaNYA kita kembali..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Leez, Ia sama dengan apa yang akak alami..Leez bacalah Catatan manja dinihari II..
ReplyDeleteTulah kak, terkejut sangat coz kami adalah org yang terakhir jumpa arwah. Semoga apa yg mama saya sebut tu sampai ke arwah masa nak hembuskan nafas terakhir tu.
ReplyDeleteal-FATIHAH...
ReplyDeleteAxim - Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya..ameeen
ReplyDelete