June 11, 2009

Shopping Kain @ Jakarta & Bandung

Semasa my trip ke Jakarta & Bandung bulan March yang lepas terlupa pulak hendak close up apa barang-barang yang i shopping kat sana. Banyak sangat citer pasal Jakarta & Bandung nak update kat blog ni rupanya barang-barang shopping lupa nak attach. Nak kata banyak sangat shopping tidaklah juga. Banyak belikan barang-barang kiriman orang. Beli kebaya 6 pasang dan korset 6 pasang ialah barang kiriman orang. Sendiri punya ialah kain ela 5 pasang, kain lace 2 pasang dan blouse 2 pasang sahaja yang sempat beli..uwaaaa!!!!. Padahal dalam senarai barang yang i bawa ke hulur ke hilir i nak beli 5 pasang blouse. Akhirnya dapat beli 2 pasang. Itupun dah pakai masa gi Bali hari tu ( colour purple tu) and masa pergi event kat Legend Hotel lepas (blue colour).

Yang paling banyak i borong ialah tudung. Sampai 20 pasang dengan pelbagai jenis fesyen dan warna. Memang puashatilah. Sekarang ni pergi mana-mana dah tak pakai tudung bawal. Pakai tudung manik Indon tu aje. Senang buk....serkup aje ke kepala. Tak payah pakai pin or brooch. Ringkas dan senang. Itupun ada tudung yang i belum pernah pakai lagi coz ada colour yang tak match dengan baju.

Kat sini i attachkan kain ela dan lace yang i sempat snap. Ada yang dah jadi baju...tak payah snaplah. Tak plan pulak nak beli banyak tu tetapi sudah rambang mata tengok pelbagai jenis kain yang cantik-cantik. Murah pulak tu. Kalau mahal idok ler teman membelinya. Kain lace 2 helai tu entah bila lah nak pakai.

Insya Allah panjang umur dan murah rezeki, nak pergi ke Jakarta lagi lah next year. Next year lah pulak. Udahlah cukup untuk tahun ini. Itupun ada 2-3 orang member dok memujuk ajak ke Jakarta lagi. Uikkkk...cukup ler tu yea!!!!


kain lace and satin polos.....semeter Rp35k. Beli di Tanah Abang Lantai Dasar.
Kain lace ni sesuai dipadankan dengan kain polos hitam. Semeter Rp30k. Beli di Tanah Abang Lantai Dasar
Batik Jawa sutera beserta dengan selendang. Satu set 2 meter kain dan selendang ialah Rp180k. Beli di Pasar Jatinegara, Jakarta
Kain satin silk. Semeter Rp35k sahaja. Beli di Pasar Baru, Bandung
Kain chiffon bercorak. Semeter Rp40k. Beli di Pasar Baru, Bandung
Entah kain jenis apa ni...tak taulah. Semeter Rp20k. Beli di Pasar Baru, Bandung

4 comments:

  1. jom JAKARTA lagik!!nak ikut..:)

    cantek cantek kainnya yaa..

    ReplyDelete
  2. Axim- Jom! Ikut saya dengan rombongan cik kiah ya. Sanggup?

    Thanks. Kain-kain biasa aje!!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Read thru ur blog, found out ur affection for Indonesia....btw, my family with a group of 28 will be going to Bukit tinggi tis coming Dec. Would appreciate if you can suggest cheap but clean homestay/hotel to stay.....xnak yg expensive...

    ReplyDelete
  4. Hi Ezmah - Any enquiry about hotel in Jakarta, Bandung or Bali...i can help u a little bit. But sorry dear, Bukit Tinggi tu I've no idea. It was long time ago i visited to that place.

    ReplyDelete