May 10, 2009

Kg Pandan Yong Tau Foo


Dah lama betul tak makan Yong Tau Foo. Baru-baru ni my mum teringin plak nak makan Yong Tau Foo. Kami singgah jap kat Kg Pandan Yong Tau Foo yang terkenal tu. Sesapa yang belum pernah mencubanya.... silalah ke kedai ni. Rasa kuahnya memang kaw-kaw....marvelous.

Kat mana tempatnya? Meh sini i tunjukkan.
Kalau sesiapa yang dah biasa dengan Kg Pandan area, gerainya sederet dengan Restoran Kari Kepala Ikan Kg Pandan yang terkenal tu ( depan Sekolah Tamil). Kat belah kiri pula ialah Restoran Thahara Seafood. Kat depan sikit lagi barulah nampak gerai ini di belah kanan. Parking memang susah sikit. Selalunya orang parking di sepanjang tepi jalan tu. Tidak dinafikan kedainya memang sentiasa ramai orang. Keistimewaannya ialah rasa kuah Yong Tau Foo nya yang sedap. Harga pulak .... berpatutan sama aje.

Kat dalam gambar bawah ni nampak mcm takda orang sebab masa i sampai tu agak awal pagi. Pukul 10 pagi gerai ni dah buka sehingga jam 9 malam. Hari Jumaat tutup ya.








No comments:

Post a Comment