May 30, 2009

Day 3 : Holiday to Bali - Tanah Lot




After penat berdiving di Tanjung Benoa, kami meneruskan perjalanan ke Tanah Lot. Mengambil masa 45 minit. Takut juga tak sempat nak sana coz by 6.00 petang kat Bali dah gelap. Pak Isme memandu pecut lalu short cut. Cayalah. Orang kata kalau dah ke Bali tak sah kalau tak jejak Tanah Lot. Ini kali yang ketiga pi Tanah Lot. Tidak pernah jemu.

Apa ada di Tanah Lot?
Di sini terdapat pura yang menjadi kebanggaan rakyat Bali. Selalu setiap kali menyambut perayaan keagamaan, di sinilah mereka akan bersembahyang di kawasan pura ini. Kedudukan pura ini sungguh strategik di tepi Lautan Hindi. Di samping itu di sepanjang menuju ke kawasan pura ini terdapat pelbagai jenis barangan jualan. Apa lagi kena pandai tawar menawarlah kalau nak membeli di sini.


duk jalan-jalan
terdapat juga jualan ukiran kayu ayat suci



Pak Isme suggest pada kami untuk mengambil gambar dahulu sebelum bershopping di sini. Kebetulan pula boleh tengok sunset di sini. Bak kata my bro kat belakang rumah kami pun ada sunset. Taklah kami beriya2 sangat hendak tengok sunset. Cuma hendak bergambar sahaja.
Gambar-gambar kami ni Pak Isme yang ambilkan. Cantik!!!.
Before this masa gi Tanah Lot dulu i mesti turun ke bawah untuk mengambil gambar. Tetapi kali ini malas nak turun . Kami hanya ambil gambar dari jauh sahaja. Pun dah cantik. Kali ini punyalah ramai pelancong. Kebanyakkannya pelancong tempatan dari tanah Jawa dan kebetulan pula sudah mula cuti sekolah di sini. Pening kepala den tengok ramai orang di sini.

pura di Tanah Lot
close-up

ambil photo dari jauh aja...pun dah ok



i like this photo...cantikkan...



muka kami berlima....
kaki kami berlima....
loncat lagi...muahaha..

Selepas mengambil gambar semua, kami memulakan langkah untuk bershopping lagi. Aduhh mahal lah kat sini. Maklumlah ramai pelancong ketika tu, susah betul nak turunkan harga. Dulu tidaklah macam ini. Beli sikit-sikit aje barang kat sini. Tak tahan tunggu lama kat sini sebab ramai sangat orang. Masa ini dah nak malam. So, kami terus pulang ke Kuta.
Sampai Kuta, kami makan malam di Restaurant Ayam Bakar Wong Solo, masakan dari Jawa. Kami ambil paket Ayam Penyet. Sedap banget. I give A+++++. Harganya pun tak mahal. Satu set ayam penyet itu ialah Rp20k sahaja. Pedasnya sambal dia. Memang terangkat dan puashati sangat. Thanks to Pak Isme recommend us this food. Malam tu kami belanja makan Pak Isme. Kesian dia penat layan kami dan ambil gambar kami sehari suntuk dari pagi sampai malam.
Lepas habis makan, kami terus pulang ke hotel. Sudah jam 9 malam ketika itu. My bro and wife singgah kejap kat Kuta Square untuk jalan-jalan. I dah tak larat. Ingatkan hendak ke cafe internet tetapi lepas kemas barang kat hotel dah tak larat. Apalagi terus tidur. Kepenatan selepas berdiving ler ni...hehehe.



kami dinner di sini... Ayam Bakar Wong Solo
Paket Ayam Penyet...sedap banget...A++++
ikan gurame bakar...pun sedap
From left : Pak Isme, Idham and Alya....

2 comments:

  1. Salam,

    Sy cuba cari contact pak isme..tolong saya..sgt berminat

    TQ

    ReplyDelete
  2. Akallabeth -


    Contact Person : Pak Isme Yanto
    Hp Number : +6281338614174
    Telephone : 0361-7988081
    Email : isme_tours@yahoo.com

    ReplyDelete