Hari ke-empat kami di Pulau Bali. Maka inilah juga hari terakhir kami di sini. Sedihnya hendak meninggalkan tempat ini. Terlalu banyak kenangan manis di sini. Takpa, Insya Allah ada rezeki dan panjang umurku, pastu ku sampai juga nanti.
Awal pagi jam 8.00 kami sudah check-out. Flight kami jam 7.00 malam. So, masih ada masa untuk jalan-jalan lagi. Kami bertolak ke Bedugul, sebuah kawasan tanah tinggi yang cantik dan majoriti orang Muslim menetap di sini. Cuacanya juga sejuk. Perjalanan kami mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Agak jauh juga ya.
posing dulu kat hotel sebelum check-out
Kami kena pandai budget time pada hari ini kerana selepas pulang dari Bedugul, kami kena singgah sebentar di Kuta untuk spa pula. So, pagi tu Pak Isme mengambil jalan short cut supaya cepat sampai ke Bedugul. Memang dia ni pakar jalan short cut. Beluk kiri kanan sana sini. Aduhh...pusing donk. Pak Isme sudah menetap di Bali hampir 14 tahun dan sudah tentu dia amat pakar seluk beluk jalan di Bali.
Sejam sebelum sampai ke Bedugul, barulah jalannya agak lurus. Masa ini banyak permandangan jalan kampung dan amat redup sekali. Banyak pokok-pokok di sepanjang jalan. Jalan menuju ke Bedugul ini seperti mendaki. Dalam perjalanan nampak gunung yang akan kami daki. Nampak seperti jauh. Cuaca di sini pun agak mendung dan sejuk. Menurut kata Pak Isme, di kawasan Bedugul ini boleh dikatakan hampir setiap hari akan turun hujan. Tanah di sini agak subur seperti tanah Cameron Highland banyak dengan penanaman sayur, buah-buahan dan bunga.
nampak tak gunung yang berkabus tu...itulah kawasan Bedugul
dalam perjalanan sempat berposing...yang belakang baju putih tu tengah ngorok. I meneman Pak Isme di sebelah ..... dalam diam i terlelap juga.
Dah sampai Beratan Lake
Beratan Lake ini terletak di kawasan Bedugul. Di kawasan lake ini terdapat sebuah pura yang menjadi kebanggaan orang Bali. Tahun sebelum ini kami pernah sampai di sini tetapi tidak turun dari kereta kerana ketika itu hujan lebat. So, kali ini i mesti turun untuk ambil gambar. Cuaca sejuk dan begitu nyaman sekali. Ada tanda hendak hujan berdasarkan kabus tebal di puncak awan. So, Pak Isme kata baik kita pergi Beratan Lake dahulu sebelum ke pasarnya.

Bestnya ambil gambar di sini. Banyak pohon-pohon kehijauan dan ada lake yang cantik. Gambar kami nampak cantik dan segar sekali. Berlatarbelakangkan suasana kehijauan. Memang tak rugilah pergi ke tempat ini. Macam-macam aksi yang kami ambil. Siapa lagi yang mengambil gambarnya... Pak Isme lah. Thanks, anyway.