April 1, 2009

Day 2 - Jakarta-Bandung Shopping Trip : Pasar Senen


Dinner time kami menikmati makanan sunda yang sedap dan amat menyelerakan. Kami makan kat Mang Kabayan Restaurant. Kami makan set ayam bakar dan ikan gurame. Makanan sunda ni takda kuah...kering aje. Ayam dan ikan gurame tu di salut dengan kicap soya dan terus dibakar. Sedap gitu. Harga amat berpatutan average makan seorang RM15.

Kalau melancong ke Jakarta ni kena mencuba pelbagai jenis makanan. Baru betul-betul enjoy the food. Kami amat berhati-hati dalam memilih lokasi restaurant. Al-maklum di tempat orang. Takut ada yang tak kena dengan kehendak perut.



di dalam restaurant
menu
perkhidmatan penghantaran juga disediakan
nasi dan ayam bakar....sedap
ikan gurame bakar......yummy


After kekenyangan kami singgah shopping di Pasaraya Grande, Blok M. Ada sale masa tu. Selepas dihitung tak banyak beza harganya di Malaysia.
Kami ke situ sebab nak membeli baju Polo Ralph Lauren yang dikirim oleh my 2 bros. After discount 20% dapatlah harga Rm150 sehelai. The latest fashion so far. Refer gambar di atas.


Masing-masing dah penat dan mata dan ngantuk. Ada lagi satu destinasi yang kami kena pergi malam tu iaitu Pasar Senen. Apa ada di Pasar Senen? Tempat jualan borong kek dan kueh. Pasar ini dibuka pukul 5 petang hinggalah jam 7 pagi esoknya.
Kami sampai di sini pada jam 10.30 malam. Jadi giler kejap melihat pelbagai jenis kek icing, kek lapis legit, kek kukus brownies, bika ambon dan kueh-mueh yang sedap-sedap belaka. Harganya murah yang amat. Kek lapis yang berat hampir 2 kg tu harganya RM15 sahaja. Murah tak? Kami sakan borong kek. Memang berbaloi betul gi tempat ni.

teruja tgk hiasan kek yang cantik-cantik belaka
kek
pastry


kueh-mueh
yang berbalut daun pisang tu namanya 'lemper ayam'
cantikkan kek-kek ni....



ni plak...bika ambon...

1 comment:

  1. salam..
    akak, saya akan kebandung early nx mnth..
    saya nak tanye supir akan mintak deposit dulu ke, kene bayar dari sini atau dah sampai sana baru bayar??
    tolong k..tq

    ReplyDelete