February 1, 2009

Jumpa Saudara-Mara



Seronok sangat jumpa sedara-mara belah arwah papa.
It has been so long never seen my beloved 2nd cousins...Kak Iza, Aivy, Kak Han, Farhana, Fahada, Ili, Farha dan ramai lagi. Bertempat di Bangi rumah Pakcik Romly di majlis kahwin anak lelakinya, kami berkumpul beramai-ramai. Bila dah lama tak jumpa tu, macam-macam benda kami berborak. We were so close masa kecil-kecil dulu. Bila masing-masing dah bekerja, berkahwin dan pindah sana sini....so dah jarang berjumpa. Lagipun most of them stay at Pahang dan Perak. Selalunya masa majlis perkahwinanlah kami ada kesempatan untuk bersua muka.

Terasa sedih pulak bila terkenangkan arwah papa tiada di waktu ini. Selalunya arwah papa adalah orang yang paling sibuk dan seronok kalau berjumpa saudara-maranya. Bila cousin kepada arwah papa, Pakcik Hashim bagitau bahawa dia selalu mimpikan arwah. Ya Allah macam nak menangis masa tu. Setakat ini dah ramai cousins arwah papa berjumpa denganku dan menyatakan perkara yang sama...bermimpikan arwah. Sesungguhnya arwah papa sentiasa dalam doa dan kenangan saudara-maranya. Arwah seorang yang sangat mesra dengan sedara-mara dan selalu berkunjung mereka semasa hayatnya. Walaupun sejauh mana mereka tinggal, arwah tetap akan cari mereka sampai jumpa. So, for me eventhough arwah dah tak ada, i will always keep in touch with them. Kami masih ada hubungan darah daging yang kuat dan love them all very much. Akan ku ingat dan kenang jasa baik mereka dan perhatian mereka selama ini. Thank you very much!!!




i love all of you......my beloved 2nd cousins...
from left : kak iza's daughter, kak iza, aivy and me
love u kak iza.... terkenang masa zaman kita kecil2 dulu

with Ili......

No comments:

Post a Comment