December 14, 2008

Intai-Intai Restaurant



Baru-baru ini, pergi melepak di satu restoran yang pertama kali ku jejak. Intai-Intai Restoran namanya - terletak di pinggir bukit di persisiran Lebuhraya MRR2 di antara simpang ke Bukit Antarabangsa dan simpang ke Ampang Point. Tempat ini agak tersorok di sebalik kedai perabut di tepi Lebuhraya MRR2. Pada sesiapa yang agak tidak begitu familiar with this area, memang agak sukar untuk ke tempat ini.
I've heard about this restaurant few month ago but this is the first i went to this place. Ia dimiliki oleh Encik Baha, bekas RA, penjaga pelajar2 AF di musim pertama dulu. Suatu pelaburan yang agak tinggi untuk melahirkan restoran ini apabila melihat decoration di tempat ini. Tempatnya agak tenang, cantik dan privacy tetapi kurang publisiti. Agak ramai yang tidak begitu mengetahui tentang restoran ini. Restoran ini dikelilingi oleh kolam yang sungguh menyamankan. Memang cantik!!!
I mencadangkan ia boleh menjadi lebih menarik jika diadakan satu tempat untuk live band. Yes!! memang fantastic especially bila malam minggu. Ini kerana semasa i sampai ke tempat ini jam 11 malam iaitu malam minggu, ia agak sunyi malah kedengaran bunyi cengkerik. Ketika itu ada satu kumpulan pelanggan sahaja sedang meraikan satu jamuan hari jadi. Alang-alang dah invest beribu-ribu, why not selitkan live band yang boleh memeriahkan suasana.




antara hiasan di bahagian depan
hiasan yang agak menarik
makan sambil bersantai di tepi kolam
menarik
nampak tak kolam di sebelah kiri.....gambar tidak berapa terang sebab waktu malam
kaunter pembayaran
Tentang makanan di sini pula, ketika itu kami hanya order satu nasi goreng pataya dan cucur ikan bilis sahaja. Waktu itu dah lewat maam, jadi kami makan yang simple-simple sahaja. Makanannya agak sederhana dan tidak begitu menepati citarasa kami. Susah nak cakap sebab kami tak pun merasa makanan yang lain. I think, the food need to be improved more if they wanna attract more customers.

nasi goreng pattaya
cucur ikan bilis
yat....liz...
lya...idham...


2 comments:

  1. nk bertanya di manekah lokasi sebenar intai intai restaurant
    and harga makan?

    ReplyDelete
  2. restaurant ini di tepi MRR2 Highway. Kalau dari Ulu Klang sebelum sampai Ampang Point...tepi highway ada satu kedai perabut besar...not sure the name...it just behind the kedai....memang agak tersorok. But u stil can see small signboard nama Intai-intai Rest. Harga bolehlah but lebih mahal drp harga makanan di gerai.

    ReplyDelete