January 30, 2015

I'm Back. Hong Kong and Macau Trip


Salam semua.
Dah 2 minggu lebih aku menghilang dari dunia blogging. Berehat seketika di negara orang. Alhamdulillah aku dah selamat kembali ke tanahair. Mood nak start berblogging belum datang sebenarnya tapi tak sampai hati nak biarkan blog ini terus bersawang. So, aku kongsikan beberapa keping gambar kami semasa bercuti di Hong Kong dan Macau. Certa detail akan menyusul nanti...tunggu yea.

Kami pergi berenam iaitu 3 couples and seorang baby. Alhamdulillah trip kami semuanya okay dan tidak ada apa2 masalah yang berlaku...berjalan dengan lancar. Tapi sedihnya...sebaik sampai di tanahair aku jatuh sakit...demam, batuk dan sakit tekak. Penat agaknya dan perubahan cuaca barangkali. Alhamdulillah dah sihat sekarang. Nanti pelan2 aku update blog lagi yea.

kami di Disneyland HK

 berposing dengan Mickey Mouse



kami di Peak Tram....


 di Ocean Park pula.....back to back.

 shopping di Ladies Market

 seharian di Macau

 bercanda di Avenue of Stars

Cukuplah aku share beberapa gambar ajer. Tunggu aku update lebih banyak lagi gambar. Beribu2 lemon gambar nak pilih. Bagi masa aku untuk pilih gambar2 yang terbaik. Tunggu yea.

p/s - next 2 weeks akan terbang lagi....



January 14, 2015

My Next Trip - Preparation Done



Salam semua.
Untuk entry kali ini nak share berkenaan persiapan aku untuk trip akan datang ini. Semuanya beres dah siap. Tinggal tunggu hari ni berangkat ajer. Kenapa agaknya aku sangat teruja dengan trip? Sebab i've been waiting for it more than 6 months you know. Kami beli flight ticket ini 6 bulan yang lepas...enam bulan lebih macam tu. So, pelan-pelan kami buat itinerary dari hari pertama hingga hari akhir. Bukan benda mudah sebab kali pertama kami jejak tempat ini. So, kena tahu nak berhenti di mana dan kena plan masa lagi. Boleh dikatakan setiap kali masa lapang kami berdua akan sit down and berbincang tentang tempat2 menarik yang kami akan pergi dan yang mana tak perlu pergi.

Pejam celik pejam celik kejap ajer masa berlalu. Lagi beberapa hari jer kami nak berangkat. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mengikut itinerary yang dirancang. Persediaan mental dan fizikal sebab percutiaan ini banyak berjalan dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bukan itu sahaja kami juga membawa bekalan makanan segera untuk makan minum di sana. Kami tak nak buang masa mencari restoran halal di sana dan lebih baik masak ajer. Mudah, murah dan jimat duit.

Jom tengok apa persediaan yang telah dibuat. 

Contoh itinerary ajer....bukan itinerary sebenar tau. Aku bukan pergi Milan or Venice...hehehe Aku dan En Bos dah siapkan dan everything done...alhamdulillah. 


Ini benda penting...passport. Dah siap masuk dalam luggage.

 duit ringgit makin lemah. Memang sangat tension uolsss. Kami dah siap tukar duit di Ampang Park.....the best rate we get. Gambar hiasan ni yea...

Baju dan jacket dah siap pilih yang mana nak bawa. Cuma nak susun ajer......pelan2 aku buat nanti. Gambar hiasan

Brg2 instant food aku dah siap beli. Cuma tinggal nak pack ajer. Gambar hiasan ni uolsss. Beratnyaa....yalah untuk 2 orang punya stok seminggu.

tikkk tokkk...tunggu masa nak terbang ajer. Doakan kami selamat pergi dan kembali. Tunggu aku update dalam blog tentang percutian ini.

Kepada pembaca yang ingin mengikuti my travelogue boleh follow kat Instagram. Aku akan update dari masa ke semasa. Tungguuuu.

Instagram - syarlizsaaid. 


p/s - percutian hujung tahun ni dah ada dalam kepala.




January 12, 2015

Day 2 & 3 : Family Day Kuantan Trip - Outdoor Activities & Back to KL


Salam semua.
Hari kedua kami di bumi Kuantan. Cuaca memang cantik. Syukur.
Pagi lepas subuh aku dan En Bos dah get ready untuk acara pagi. Ikut jadulal kami akan adakan acara volleyball pantai. Sepatutnya semua diarahkan turun ke pantai pada jam 8.30 pagi. Tapi....seorang manusia pun takda kecuali kami berdua. Aduhai.....janji tak boleh pakai dorang ni. Padahal dah bgtau semalam semua berkumpul jam 8.30 pagi. So, aku dan En Bos pergi breakfast dulu apa yg patut. 

After breakfast barulah nampak muka sorang2. Tapikan.....yg beranak pinak dengan baby dan anak kecil yg aku nampak dulu. Mana pergi yang bujang2 ni? Ni mesti terlajak tidur susah nak bangun. Aku hantar whatapp....siap korang aku datang bilik dengan baldi isi air hahahaha. Kelam kabut dorang turun bawah. Yelah....kalau kita start lambat nanti matahari terpacak memanglah tak best main panas terik. Lebih kurang jam 9.30 pagi juga baru start perlawanan volleyball pantai. Group ikut warna rumah masing-masing. Memang kelakor....sebab yg terror main hanyalah guys. Yang girls plak alahai ayunya pukul bola. Yang pasti...siapakah yg digeruni??? 

masa aku sampai....sorang pun takda.

bila aku dah jerit pakai haller...barulah nampak sorang-sorang turun ke pantai...heheheh. Jangan main2 yea....urusetia ni memang strict...ahaksss.

nampaknya group kuning dan merah berentap sangat sengit....Siapakah hero yg digeruni itiewwww???
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Siapa lagi...En Boslah. Dorang semua takut kalau En Bos take turn serve bola hehehe....Yang baju kuning tengah hayun tangan tulah dia.

tengah main tapi ada jugak yg sempat duduk dalam gelanggang tu...hahaha. Macam2 perangai....ahkak jugak yg pening.

tepat jam 11.00 pagi matahari terik betul2 atas kepala.....dah terasa hangat semacam. Jom kita stop dulu. Petang nanti sambung lagi sukaneka pulak.

Petang jam 4 kami start acara sukaneka pulak. Ada 4 group semua mengikut warna rumah. Aku bukan peserta....aku lah emcee...akulah pengadil...akulah juri...akulah tukang susun barang. Aduhai...letih giler masa ni. Sampaikan tekak sakit asik bercakap ajer.

Rumah merah....termasuk budak2 sekali.

Rumah hijau....ada yg last minute tarik diri...terpaksa ganti org lain.

Rumah kuning.....tengoklah yg terbaring tu.....macam2 hal hehehe.

Rumah biru....hamboi sehati sejiwa. Jom kita tengok apa game yg dorang main.



First game ialah bowling padang guna buah kelapa. Tapi takda gambarlah. Tau tak...tengahari tu aku dan En Bos puas pusing pantai Kuantan nak cari kelapa kering. Mula2 kami redah Tanjung Lumpur....senyap2 aku amik kelapa depan rumah orang...tapi luar gate lah. Depan rumah dia ada banyak pokok kelapa. Ambik mcm seludup barang. En Bos marah kat aku sebab duk berlari lepas amik kelapa tu...nampak sangat mcm mencurigakan hehehehe. Pastu...cari plak kat pantai apa ntah...sebelah Teluk Cempedak. So total ada 3 buah kelapa kering.

Bukan mudah nak golekkan kelapa kering dan jatuhkan botol2 mineral uolsss. Lepas tu....ada acara-acara lain plak. Semuanya lebih kurang ada 10 acara. Tak ke penat ahkak ni. 

Amboi En Bos buat apa tu? Sakan bukan main...kekeke.

Masa ni nak start acara baling belon isi air ke belakang....memang lawak wei....sebab habis basah kuyup.



pelbagai telatah dan gaya...memang mencuit hati

Ni plak acara sehati sejiwa....lari ikat kaki dengan kain sarung suami isteri. My bro yg baju kuning tu berpasangan dengan anaknya...tapi main ngelat. Ada ke dia dukung anak dia. Aku tiup wisel terus pangkah....tak pasal2 kena terminate hehehe.

suami isteri sehati sejiwa dalam kain sarung. Bukan mudah wohhhh nak berjalan 2 orang dalam satu kain...hehehe

Ni plak acara tiup tepung...tangan siap kena ikat tu. Kalau tak buat mcm tu memang ramailah menipu uolss.

mcm2 rupa dan telatah. Ada jugak yg kata alergic dgn tepung...hmmm alasan sebenarnya.

setiap kumpulan ada 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. 

group merah menang acara ni...sebab depa tangkap belon berisi air tu dengan baju....patutlah menang.

lepas habis acara di atas pasir tadi...aku buat acara isi air laut dgn botol tapi menggunakan tangan. Ada berani? Sapa tangan besar memang boleh menanglah. Then...acara bebas. Masing2 berendam dalam laut sambil main ombak.

Malam lepas maghrib plak ada BBQ di hotel. Tapi dengan tema pakaian "Hawaian Nite". Tengok lah depa tiga orang ni...siap pakai baju yg sama. Ni dah mcm baju celoreng askar...hahaha petutlah tak menang. 

Ini ialah pemenang utk pakaian yg mengikut tema bagi kategori wanita....staff.  Dapat cash RM200

Bagi kategori lelaki plak jatuh ke tangan my nephew...cayalah danish. Juri yg memilih ialah F&B Manager hotel yg kami stay ini


hadiah utk kanak2 memang meriah. Keseluruhan utk pemenang outdoor games ialah rumah Merah. En Bos rumah kuning dapat tempat kedua.

Penampilan khas kami laki bini huhuhuh.....entah kat manalah bunga tu kami belasah..hikss


Malam tu kami kepenatan yang amat. Ingatkan nak lepak dengan yang lain layan live band kat hotel ini...tapi aku tak mampu membuka mata. So, En Bos kata dia nak tengok bola jap kat luar...sedar2 aku tengok dia dah terlelap kat atas sofa lobi. Kalau aku tak kejutkan dia....sampai pagilah dia kat situ hahahaha. Sian penat.

Esoknya kami acara bebas. Lepas subuh memang sambung tidur balik. Nak dekat pukul 10 pagi barulah kami pergi breakfast kat hotel ni. Then bersiap untuk check out. Sempat singgah di rumah kawan aku kat Kuantan ni utk solat zuhur dan terus kami balik. Singgah RnR Temerloh untuk lunch...layan ikan patin. Sampai rumah maghrib jugak. Jalan jem menuju ke KL. 

Tiga hari dua malam berkampung di Kuantan memang sangat fun. Walaupun aku dan En Bos bukan staff company ini tetapi kami tetap enjoyyyy. Tahun depan jemput lagi kay huhuhuhu.

p/s - Lagi seminggu nak terbang....yahoooo.

January 6, 2015

Day 1 : Family Day Kuantan Trip - Hyatt Regency Hotel & Ana Ikan Bakar Petai & Karaoke


Salam semua.
Sebenarnya ini ialah cerita tahun lepas 2014 bulan December. Lambat aku nak masukkan dalam blog ini sebab take turn sehingga entry Bali habis. 2 minggu selepas balik dari Bali kami berdua sibuk berjalan ke Kuantan pulak untuk Family Day my brother's company. Before that memang kami sibuk sangat. Sebabnya aku dan En Bos telah dilantik untuk menjadi urusetia bagi outdoor games family day tersebut. Kami sibuk menyediakan aktiviti dan membeli barang-barang untuk aktiviti tersebut. Bukan itu ajer.... di samping tu aku juga sibuk buat itinerary untuk trip kami berdua akan datang pada pertengahan bulan Januari ni....nak booking itu...booking ini. Memang kalut ahkak masa tu. 

My whole family memang join this family day. Memang sangat best and we really had a great holiday dan asik ketawa tak hingat.

perjalanan menuju ke Kuantan. Kami berdua bertolak  ke sana jam 10 pagi

My bro Izam kat belakang kami beza half and hour. Dia ajak kami lunch di bandar Kuantan sebelum check-in hotel. So, En Bos kata jom kita makan nasi kukus ayam berempah tersedap di Kuantan. Lokasinya berdekatan dengan UIA tempat dia belajar dulu. Nama tempat tu Jungle Food Court. Nak tau kedai yang mana? Lihat gambar di atas Nasi Kukus Juna. Punyalah ramai orang beratur nak membeli nasi kukus ni. Nasib baik kami sampai awal....tak kena beratur. Sebalik lepas kami beli....berderet-deret orang ramai datang.

nasi kukus ini konsep bungkus dan bukan hidangan. Ayamnya besar dan gulainya pun sedap. Makan panas-panas dan ketika perut lapar memang menyelerakan. Highly recommended. 

telatah my nephews dengan En Bos....

Lepas kekenyangan lunch tadi kami terus proceed ke Hyatt Regency Hotel di Teluk Cempedak. Kami stay di deluxe room...memang cantik interior design bilik ni. Tapi kalau stay kat standard room...dapat bilik bangunan lama...agak buruk sikit.

interior bathroom....

kalau nak jimat masa...masuk sekali 2 orang sebab bathroomnya besar...oppsss.

Yang tak best deluxe room ni ialah semuanya garden view. 

sebaik check-in kami berdua lepak dalam bilik jap...petang barulah kami turun mandi pool. Meriah giler. Hotel ini ada 2 swimming pool...pilihlah yg mana2 berkenan.

pengganti Jeffry Ong...hehehe

biasalah aku ni...aktiviti wajib tiap kali stay hotel. Melalui swimming...it help me release my tension.




senja di Teluk Cempedak

Lepas maghrib aktiviti seterusnya ialah dinner di Ana Ikan Bakar Petai. Dah siap booking awal food untuk 30 orang. Macam2 jenis makanan yg telah diorder...pengsan nak habiskan. Kebetulan pulak ada diantara staff yg tak dapat datang awal. Ada yg datang malam tu dan ada juga yang datang esok paginya. 

Kami order Ikan Siakap Tiga Rasa, Ikan Kerapu Bakar, Sotong Goreng Tepung, Lala Masak Pedas, Ketam Goreng Tepung, Tomyam Campur, Sayur Kailan Belacan dan Sambal Belacan. Banyak giler lauk...fuhhhh penat mengunyah.

Maaf gambar tidak berapa jelas......

Lepas dinner kami semua bergerak ke Komples Teruntum pula untuk aktiviti karaoke. Dah siap booking awal. Penuh kami semua satu bilik besar.

anak buah 2 orang sungguh2 menyanyi hehehe....peserta pertama pulak tu. Karaoke ni ada pemenang tau. Tempat pertama hingga ketiga. Jurinya ialah my bro hehehe. 

aku jadi emcee masa ni tapi tetap jugak nak menyanyi walaupun suara ke laut. Perit tekak sebab asik bercakap ajer start masa dinner tadi hinggalah ke aktiviti karaoke. Emcee bidan terjun tanpa bayaran huhu. Kami amik bilik yg paling besar yg mana package termasuk sekali food. Makanan takda sapa usik sebab masing2 dah kekenyangan. Akhirnya dorang tapau bawak balik bilik. 

Yang paling tak sangka En Bos dapat no.3 hahahahaha...bini terkejut beruk. Lagu feveret dia ialah dari kumpulan New Boys...itu ajerlah lagu yg dia nyanyi tiap kali gi karaoke. Ohhh suamiku....
My bro yg jadi juru dan juga menyampaikan hadiah berupa cash.

Ok tamat sudah aktiviti hari pertama family day. Balik bilik jam satu pagi jugak tu. Badan pun dah penat. Esok nak bangun pagi untuk aktiviti pantai pulak. Siapakah yg akan jadi hero volleyball pantai esok? Tungguuuuuuuu......................

p/s - lagi 2 bulan anniversary kami...kejap jer masa berlalu.