July 23, 2014

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin Dari Kami Sekeluarga



Salam semua.
Ada lagi beberapa hari kita semua akan menyambut Aidilfitri di bulan Syawal sebagai meraikan kemenangan kita melakukan sebulan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Bagi saya....inilah tahun pertama saya berpuasa dan beraya bersama suami tercinta. Saya ni memang anak jati Kuala Lumpur dan tidak pernah merasai suasana beraya di kampung. Tahun ini suami dapat cuti raya...Insya Allah kami akan pulang beraya ke Besut pada hari Ahad ini hingga Khamis. Doakan semoga kami selamat sampai ke destinasi. Tengah terbayang perjalanan yang jauh mengambil masa berbelas jam. Harap traffik berjalan dengan lancar Insya Allah.

Di kesempatan ini saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog tersayang yang masih setia membaca blog saya setiap hari walaupun tuan blog dah jarang sangat nak mengupdate blog setiap hari seperti dulu. Maklumlah life selepas kahwin dan sebelum kahwin amatlah berbeza. Dulu nak tidur lambat takda sapa nak tegur...nak berjam2 mengadap laptop pun takda sapa nak marah hehehe. Sekarang ni....pantang kita ngadap laptop...dah kena kacau hehehe.
Kepada yang balik ke kampung tu...hati2 memandu di jalanraya kay. 




Gambar tahun lepas ketika beraya di rumah saya. Masa ni kami dah nak bertunang...selepas 2 minggu Syawal. Masa ni dia kena kerja tak balik kampung beraya. Pukul 1.30 petang dah gerak ke tempat kerja. 


p/s - sedih pun ada gak...pertama kali berjauhan dengan family tercinta pada pagi raya. My nephew dah rasa sedih sebab Along takda nanti :( 





July 17, 2014

TEMPAHAN COOKIES RAYA DITUTUP


Salam semua.
Minggu yang sangat penat sebab gigih menyiapkan tempahan kueh raya dari customers especially tempahan my beloved blog readers. Terima kasih banyak2 kepada yang sudi menempah dari saya. Walaupun kita saling tidak mengenali dan hanya melalui alam maya tetapi sudi menempah cookies raya dari saya. Terharu pun ada. Customer saya bukan sahaja di sekitar Lembah Klang tetapi ada juga di Perak, Pahang, Tganu, Melaka dan Johor....siap hantar melalui Poslaju....terima kasih banyak2. Ada sesetengah yang saya dah hantar personally di KL ni ada setengah lagi belum sempat hantar...tunggu weekend ni yea. Kalau berpuashati dengan cookies saya,......next year boleh tempah lagi yea :)

TEMPAHAN COOKIES RAYA TELAH DITUTUP.
Minta maaf jika ada yang tempah last minutes dan kami tidak dapat memenuhi permintaan anda sekelian. Bukan tak nak terima tetapi kami risau jika tidak dapat siapkan. Yang ada sekarang pun banyak lagi belum disiapkan. InsyaAllah kami nak settlekan by this weekend. Lepas tu sibuk plak nak buat moist choc cake tempahan dari customer juga. Then sibuk nak menghias rumah...nak pasang langsir dan buat persiapan sikit2 sempena kedatangan Syawal.

Ikutkan perjanjian dengan suami...kami akan berhari raya di kampung suami di Besut, Terengganu. Tetapi masih lagi tak pasti boleh balik ke tidak...sebab suami saya baru sahaja melaporkan diri sebagai penjawat awam pada 1 July yang lepas....maka sudah tentu susah untuk mendapat cuti panjang. Tengok keadaan...jika dia dapat cuti...maka baliklah kami ke Terengganu dan jika dia tak dapat cuti....kami beraya di KL ajer bersama-sama keluarga saya di sini.












Nanti bila-bila free saya akan sambung lagi journal percutian honeymoon di London. Sekarang tgh mood raya...so kita citer pasal raya plak yea.


p/s - excited pertama kali beraya sebagai suami isteri...alhamdulillah.




July 7, 2014

JOM TEMPAH COOKIES RAYA ....CHOC CHIPS, TART NENAS, RED PEARL & COCONUT COOKIES



Salam teman-teman pembaca blog semua.
Maaf lama dah tak update blog. Saya baru ajer baik dari demam virus yang agak teruk. Badan suhu tinggi, muntah, sakit2 sendi dan batuk yg agak teruk. Dah check darah, influenza dan xray. Alhamdulillah takda apa2. Cuma demam virus biasa doctor kata.

Di dalam entry kali ni nak buat promosi raya sikit. Kepada sesapa yang hendak menempah cookies raya boleh lah tempah dengan saya. Mutu dan kesedapan adalah terjamin. Ni adalah homemad cookies dan kami mementingkan kualiti rasa dan bahan2 yang digunakan untuk membuat cookies ini kebanyakannya imported dan berkualiti.


1. COCONUT COOKIES
HARGA : RM25 (60++ pieces)

Coconut cookies ini saya pernah bagi kepada tetamu yg hadir pada majlis perkahwinan saya ...as wedding gift. Memang ramai yang puji kesedapannya. So, untuk tahun ini pertama kali saya mengambil order cookies ini di atas permintaan yang tinggi daripada rakan2 dan saudara mara yang pernah merasa


Untuk tempahan boleh whatsaapp atau sms di no ini 013-6280817
atau boleh
LIKE Page FB Sesedap Air Tangan Isteri

Penghantaran percuma di sekitar KLCC, Ampang, Cheras, Bangi dan Putrajaya.


satu balang ada 60++ pieces dengan harga RM25

siap untuk dihantar kepada customer di Terengganu





2. RED PEARL CONFLAKES COOKIES
HARGA : RM25 (45-50 pieces)

Red Pearl Cornflaked cookies ini sangat sedap dan rangup. Bahan-bahan yang digunakan ialah campuran cornflakes + walnut dan choc chips. Sekali dah rasa...memang nak rasa lagi. Tidak rugi anda membelinya. Jom tempah sekarang.


Untuk tempahan boleh whatsaapp atau sms di no ini 013-6280817
atau boleh
LIKE Page FB Sesedap Air Tangan Isteri

Penghantaran percuma di sekitar KLCC, Ampang, Cheras, Bangi dan Putrajaya.







2. TART NENAS
HARGA : RM25 (50 pieces)

Tart nenas ini ialah resipi turun temurun dari keluarag belah my mum. Jem nenas yg digunakan kami buat sendiri. Tart ini sekali dah rasa...memang nak rasa lagi. Tidak rugi anda membelinya. Jom tempah sekarang.


Untuk tempahan boleh whatsaapp atau sms di no ini 013-6280817
atau boleh
LIKE Page FB Sesedap Air Tangan Isteri

Penghantaran percuma di sekitar KLCC, Ampang, Cheras, Bangi dan Putrajaya.








4. CHOC CHIPS COOKIES
HARGA : RM25 (60++ pieces)

Choc chip cookies ini sangat sedap dan rangup. Bahan-bahan yang digunakan adalah bermutu dan imported...seperti chips, hazelnut dan serbuk koko. Rasanya sebijik macam cookies Famous Amos. Sekali dah rasa...memang nak rasa lagi. Tidak rugi anda membelinya. Jom tempah sekarang.


Untuk tempahan boleh whatsaapp atau sms di no ini 013-6280817
atau boleh
LIKE Page FB Sesedap Air Tangan Isteri

Penghantaran percuma di sekitar KLCC, Ampang, Cheras, Bangi dan Putrajaya.











JANGAN LUPA TEMPAH KAY.....THANKS.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YG MULIA INI.