February 12, 2014

Beginning A New Life.....Insya Allah


Salam semua pembaca budiman.
Terima kasih semua masih setia bersama blog ku ini walaupun tuan tanah asik on and off lately ni. Agak susah sekarang ni nak berblogging sekerap dulu. Banyak sangat agenda yang perlu diuruskan. Tapi jangan risau aku akan tetap bersama uols jika ada masa terluang InsyaAllah.

Bermula hari ini buat sementara waktu aku akan berehat seketika dalam dunia blogging kerana sibuk menguruskan majlis yang sangat bermakna dalam hidup ku ini. Then aku akan terbang ke negara orang selama 2 minggu bersama yang tersayang. Doakan semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah aku akan sambung semula aktiviti berblogging ini sebaik aku pulang ke tanahair nanti. 











Doakan semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar


Beberapa hari selepas majlis... pertama kali akan terbang bercuti bersama yang tersayang...InsyaAllah


Perjalanan menuju frasa kehidupan yang baru...InsyaAllah



p/s - Rabbi Yassir Walla Tuassir Rabbi Tammim Bikhoir










February 11, 2014

Day 10 : Journey to New Zealand - Back to KL


Salam sahabat semua.
Minta maaf banyak2 di atas kelewatan mengupdate blog ini. Busy yang tak terkata sebenarnya. Ni pun gigih mengupdate jugak walaupun banyak kerja nak buat. Sebab nanti aku akan bercuti panjang......entah bila nak update lagi. Ok kita sambung hari terakhir kami di bumi NZ.

Awal pagi kami dah bergerak ke airport sebab ikut planning flight kami akan bertolak pada jam 1 tengahari pada hari yang sama. Kami dah booking shuttle van melalui owner hotel yang kami stay ini. Rasa berat hati nak meninggalkan bumi Kiwi ni. Sebab banyak sgt kenangan manis di sini.


cuaca mendung pada hari ni...sementara tunggu van hantar first trip...aku dan siti bergambar dulu di sini.

bestkan kalau cuaca mcm ni kat negara kita.....





musim bunga maka bunga pun berkembang mekar

inilah beg aku yg padat sepadatnya....3 beg masuk dalam dan hanya satu beg aku hand carry

ada kesilapan teknikal berlaku semasa di airport...maka kami melepak beberapa jam di sini....sambil tu borak2...makan2...sambil menunggu flight kami.

balik ke KL kami menaiki MAS flite....oklah selesa dan boleh tidur dengan nyenyaknya.


Ok sekian sahaja cerita aku untuk hari terakhir di bumi kiwi ini. Kenangan manis di sini memang sangat mengujakan...ada juga yg pahit tapi biarlah menjadi simpanan peribadi kami. Entah bile aku nak jejak ke sini lagi...kalau ada rezeki boleh jer. 

Ada yg tanya berapa banyak aku habiskan duit di sini....hmmm sila tengok detail di bawah.

Flite termasuk Sydney + New Zealand      RM2,600
Pocket money di Sydney                          RM1,500
Pocket money di NZ                                RM3,500
Total                                                       RM7,600 sahaja 

Pocket money tu termasuk hotel, transport, makan dan shopping. Murah kan???? So...cepatlah beli tix ke NZ..hehehe

Oklah...sekian sahaja entry ttg NZ....berbulan aku nak habiskan hehehe. Maafkan aku sebab aku busy sangat dgn pelbagai perkara.

p/s - 2 minggu lagi....doakan yea.