March 25, 2013

Day 6 : Korea Winter Trip - Back to KL



Hari terakhir kami di bumi Seoul.
Awal pagi jam 4 kami dah bangun sebab pada jam 5 pagi kami nak bertolak ke airport pulak. Tidur pun tak lena sangat sebab takut tak terjaga nanti. Ahjussi rumah ni dah bagi breifing kat aku malam sebelumnya camana nak check-out nanti. Yelah pada waktu itu...semua orang tengah tidur sapalah nak layan kami ni huhuhu. So, aku hanya tinggalkan kunci di rak kasut ajer sepertimana arahan daripada dia.

Sebelum tu...kami dah siap booking sebuah teksi untuk ke airport. Ahjussi tu kata...nanti teksi tu akan sampai jam 5 pagi di depan gate. Sebaik aku keluar...waduhhhhhh penuh salji memenuhi bumi. Sejuk jangan kata lah.....kejang semua otot. Aku sempat snap gambar mana yg sempat ajer. Kelam kabut jugak nak balik sebab tak pasti yg mana satu teksi yg akan bawa kami ke airport. Rupanya teksi tu dah siap sampai awal...tetapi pemandunya tengah tidur dalam teksi. Percaya tak...aku yg kejut dia bangun. Kalau aku tak kejut....dia terus dibuai mimpi sampai siang hari hahahaha.

Berjalan atas salji sambil membawa beg besar bukan perkara mudah. Sib baik tak tergelincir sebab aku pakai kasut boot biasa ajer (bukan yg warna merah tu). Sepanjang perjalanan....jalanraya penuh dengan salji dan pemandu itu memandu dengan penuh berhati-hati. Kalau laju sangat.....kereta boleh tergelincir di atas jalan raya. Di tengah jalan raya penuh dengan timbunan salji......fuhhhhh.


sebaik aku membuka pintu.....waduhhhhh salji dah penuh lah.

camana nak pijak ni......takut licin

aku kena turun memikul beg dan memijak jalan yg penuh dengan salji.....licin takut tergelincir nanti

sib baik pemandu teksi tu datang dan tolong aku angkat beg.

ini dikatakan taklah tebal sgt....kalau tebal camana ntah

kereta ahjussi tu dipenuhi dengan salji

sempat tu merasa dengan tangan...salji yg fresh turun

ambil gambar sendiri.....sebab masa ni masing-masing sibuk dengan beg...huhuhuhu

tadaaaaaaa......dah selamat sampai di airport. Urusan beg semua berjalan dengan lancar. Then....kami solat subuh di airport dan terus singgah cafe minum hot choc dan makan muffin utk breakfastt. Tetapi tetap rasa lapar sebab sejukkkkkk. Takpa....tunggu dalam flight baru pikir nak makan apa.

di luar airport yg dipenuhi dengan salji. Sayonara Seoul....gonna miss this place. Entah bila aku nak sampai ke sini lagi. Mungkin beberapa tahun lagi kot.....untuk memenuhi hajat tak dapat main ski...huhuhuhu. 


Alhamdulillah selesai sudah percutian singkat yg tidak dirancang aku ke Seoul untuk kali kedua. Walaubagaimanapun aku rasa puas dan teruja juga sebab percutian musim sejuk ini meninggalkan kenangan manis yg tidak dapat dilupakan....sejuk hingga -16C. Seumur hidup merasai sejuk melampau ini. 

Maaf jika catatan percutian ini mengambil masa berbulan-bulan utk dihabiskan. Sibuk memanjang aku di tahun 2013 ni. Otak pun tak boleh nak fokus. Nampaknya aku takkan pergi bercuti kemana-mana sehinggalah bulan Jun akan dtg ini my 1st overseas holiday in overseas. Tungguuuuuuuuuu.


p/s - tak sabar nak tunggu Mr. H minggu depan...yehaaaa.



March 23, 2013

Day 5 : Korea Winter Trip - Coex Mall & Snowing @ Seoul



Salam semua.
Bersambung lagi jalan-jalan di hari ke -5. Sebaik selesai bergambar sakan di Gangnam...kami bergerak ke subway untuk ke Coex Mall pulak. Apa yg istimewanya di sini yea? Di sinilah shopping complex paling popular di Seoul. Ramai artis Korea membeli-belah di sini (agaknya lah hehe). So, kononnya kot-kot terjumpa kekasih hatiku itiewww di sini mana tau kannn. Tapi nan hado!!!! Frust.....

Masa ni rasa mcm lapar sangat. So....kami duk tengok restaurant di sini kot ada yg best. Tapi.....mahal gitiewww.....tak mampu ahkak!!! Window shopping ajerlah dik non. Cuci mata sambil telan air liur. Ke hulur sana...ke hulur sini....aku just membeli make-up murah ajer. 


muka kekwat cehhhhh!!!

Zara pun ada di sini...kebanyakannya kedai di sini ialah branded stuff

orang kaya shopping di sini....org biasa2 window shopping ajerlah



pelancong pun ramai di sini

rasa hauslah....jom lepak minum hot choc di cafe

jemput minum.....esok dah nak balik....saki baki duit Won ada lagi...layan hot choc. Ok dah kenyang...alas perut ajer. So, kami pun pulang ke pangkal jalan. Jom balik....kita solat dulu dan barulah cari makan pulak. Tetiba sebaik kami keluar dari subway....apakah yg terjadi???

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

its  snowing here.....boleh tahan lebat snow turun uolsssss....horeyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!


nampak tak titisan snow yg turun??? Seronoknya tidak terkata.....setelah 5 hari di sini barulah merasa snow turun depan mata. Syukur alhamdulillah dengan pengalaman yg indah ini. Esok dah nak balik....dapat gak merasa. My 2nd time experience merasa snow turun...dulu 1st time masa kat Edinburgh.

ketika ini jam 4 petang........tadaaaaaaaaaaaaa.....snow jatuh atasku

aku di depan EO Residence. Yang ada kat atas jalanraya tu....snow yg lama. Tunggu esok aku tunjukkan apa akan jadi kat tempat ni.

lepas solat di bilik...kami keluar balik jalan kaki ke Myeongdong untuk cari makan pulak. Lapar giler masa ni. Kami gi makan di tempat yg jual octopus masak sambal tu....nak mamam lagi sebab sedap sgt.

masa kuar tadi siap pakai snow cap di atas sebab snow turun...kesejukan dan basah tudung kalau tak pakai snow cap.

Then kami jalan-jalan di sekitar Myeongdong sebelum nak balik esok. Aku tetiba teringin nak makan strawberi dan air susu pisang. Hari tu aku ada merasa strawberi yg diberi oleh teman pelancong dari Singapore....masa tu kat kitchen. Manis gilerrrr strawberi tu. Air susu pisang ni aku sajer beli untuk bawak balik KL.....boleh percaya ke aku ni???? Hehehe.


mengancam tak tengok strawberi ni??? Manis giler dan sangat sedap. Harganya ialah KW10 or RM30. Aku sempat bawak balik Mesia....masih sejuk uolsss.

Malam tu jugak aku beli kimci...kiriman my sis in law. Aku taklah minat sgt kimci....mkn gitu2 ajer.


Then aku terus balik bilik sebab dah penat. Malam tu aku tidur awal...sebab nak bangun awal bersiap sedia nak ke airport esok paginya. Malam tu aku jenguk kat tingkap....ntah apa yg bising2 tu. Rupanya ahjussi owner rumah ni tgh menyapu snow yg turun di depan rumah rehat ni. Bila snow turun memenuhi depan gate tu akan menyukarkan kami untuk berjalan. Tengok tu.....cerewet tak?? Tapi oklah tu...at least dia memberi keselesaan kepada customer.

Ok sambung lagi nanti....aku citer di saat2 hendak meninggalkan bumi Seoul. Tungguuuuuu!!!!!

p/s - nak cuti...nak cuti...nak cuti....tapi busy :(



March 18, 2013

Day 5 : Winter Korea Trip - EO Residence & Gangnam


Salam kerinduan.
Jom cepat-cepat habiskan citer Korea ni...pastu bolehlah citer benda lain plak. Hari ke 5 di sini. Pagi lagi kami dah siap dengan beg besar. Dah nak check-out. Sebenarnya belum nak balik lagi. Kami kena cari hotel lain sebab Namsan Guest House tu dah penuh untuk tarikh tu. Masa booking.....dah takda bilik kosong untuk tarikh tu. So, we have no choice kena cari hotel lain. Sib baik temanku itu dah booking awal hotel lain yg berdekatan. Tak nak lah duk jauh sebab tak larat nak hurung beg besar sana sini. 

Hotel kami ni masih di Namsan jugak cuma nya di lorong lain ajer. Tak perlulah naik turun tangga uolsss. Memandangkan kami stay one nite ajer...maka aku dah asingkan pakaian untuk hari balik ajer dalam beg kecil. Tak payah bawak naik atas beg besar. Letak kat bawah cukup. Nak tau camana rupa nya??? Jom tengok......


ok dah nampak gate ke EO Residence...kalau jalan terus anda akan menuju ke Namsan Tower

semasa kami sampai di sini...kelihatan cebisan salji di persekitaran kawasan ini. Kita tunggu dan lihat apa jadi esoknyaaaaa...hahaha

inilah bangunan EO Residence tu....tinggi hingga tingkat 5

sebelum check-in...wajib posing. 

tempat ni sangat bersih dan selesa. Tetapi yg tak larat ialah....takda lift. Kalau anda bawak beg besar mmg rasa mcm nak putus nyawa kalau usung beg naik tangga. Tapi jgn terkejut...depa ada sediakan lorong utk gelongsor beg roda....but bukan semudah itu sbb sempit giler. Baik tak payah. So, aku simpan beg besar di bawah ajer....aku cuma bawak naik beg kecil utk satu malam. 

aku dah tak ingat berapa harga satu malam..korang rujuklah kat website. Dalam bilik ni ada fridge, washer machine, microwave and sinki. Semuanya dalam bilik. Owner tmpt ni ialah seornag pakcik yg agak tua.....punyalah cerewet nak mampuss. Dia akan check berapa org satu bilik. Korang jgn nak seludup ramai2....nanti kena marah dgn dia. Satu lagi...jgn buat sepah dalm bilik. Plastik sampah kena buang sendiri okay kat bawah. 

bilik air sgt bersih dan selesa...besar jugak

itu beg kecik aku. tapi katil kecik skit lah....size small queen.

after check-in kami keluar semula untuk gi jalan-jalan lagi. Ke manakah kami??
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Oppa Gangnam Style !!!!!


Bandar Gangnam yg sangat high-end

pelancong kaya ramai yg stay di sini...banyak hotel mewah uolsss tapi ku tak mampu huhuhu.

dulu masa gi Korea bulan 5....aku tak sempat jejak sini sbb belum popular lagi Oppa Gangnam Style. Skrg sebb lagu tu popular satu dunia dan menjadi satu fenomena...so aku kata amatlah wajib datang sini...walaupun takat 3-4 langkah ajer daripada subway hahahaha.

banyak bangunan pencakar langit di sini

ketika ini aku dapat merasakan titik titik salji mula turun.....tapi sikit ajer

nampak tak tiang sebelah aku yg tulis Gangnam tu......menang bukti ini ialah bandar GANGNAM yang sgt popular itu. Nama lagu itu diambil sempena bandar ini.

ketika ini temanku sdgn ambiklan gambar ku.....tetiba ada yg menyapa kami volunteer ambilkan pic kami berdua....Kamsahanida!!!!!

tadaaaaaaaa....our pic @ Gangnam. Suka plak tgk pic ni sbb berlatarbelakng kan pokok2 tanpa daun

kejap ajer kami di Gangnam...sebab kami nak pergi ke satu tempat ni.....juga menjadi tumpuan warga Korean terutamanya artis2 ternama mereka....ke mana kah??? Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!


Ada yg bertanya pada ku....kampung ku di mana? hehehe....jauhhh sagt kampungku. Kalau naik flite amik masa 13 jam...ahakssss. tak sabar rasanya.


p/s - Masih menunggu Mr. Right yg boleh bersama hidup berkasih sayang sampai hujung nyawa. 



March 12, 2013

Day 4 : Winter Korea Trip - Itaewon & Seoul Olympic Stadium


Salam teman-teman semua.
Bertemu kembali di alam maya. Bersawang lagi nampaknya blog ini. Tuan tanah seperti biasa kesibukan melanda. Bukan takat sibuk...kemalasan pun ada. Camna tu? Ikutkan hati mcm nak pergi bercuti lagi sekarang ni. Tapi kekangan waktu....ku pendamkan sajer. Tunggu akhir tahun ni aku pulun dengan 2 trip sekali. Ke mana kah??? Tungguuuuuuuuuuuuu. 

Ok jom kita sambung citer di Korea yg entah bila nak habis ni. Hari ke 4 kami di bumi Korea. Kami plan nak pi makan di Itaewon pulak. Sebelum tu...jom kita breakfast di cafe bawah tanah subway sambil menunggu teman-teman sampai. Pekena hot chocolate dulu bagi mengenyangkan perut. Dua orang teman kami...iaitu seorg dari Malaysia (baru landing) dan seorang dari Korea. Borak-borak kejap.....jom kita naik train ke Itaewon. 


pekena hot choc di sini. Huishhhh tombamnya pipi......oh tidakkkkk!!!!

sambil menunggu teman...update FB dan upload pic kat sana......maklumlah ada wifi bergerak huhuhuhu

kami naik subway and stop kat itaewon....cmaana nak gi Itaewon...kena rujuk my entry Korea bulan 5 dulu.

masa ni kesejukan melanda. Dengar citer esok snow akan turun di bumi Seoul. Owhhhhh,....mak tak sabar hokay!!!!

yang lelaki tu ialah Korean....dia yang ajak makan di sini sebab katanya ada restoran Indonesia baru bukak. Jom kita cuba....entah sedap ke tidak.

Nama restoran ini ialah Siti Sarah. Betul2 kat atas sikit masa nak naik bukit ke Masjid Seoul tu. Dulu masa aku gi...restoran ni tak bukak lagi. Rasanya ia dibuka bulan lapan yg lepas...maknanya dah 4 bulan beroperasi. Nampak makanan tu mcm mengancam ajer.

masa kami sampai....takda orang pun. Tak lama kemudia.....makin ramai dan penuh. Kecik ajer restoran ini.

my friend order soto dan nasi.......tak sedapppppp!!!!

aku order nasi dan ayam goreng (tawar hambau)......tak sedappppp!!!

jemput makan semua...pasrah ajerlah walaupun tak sedap....tapi tetap licin hahahaha

masa ni hari jumaat...so ramai masyarakat Muslim Korea menunaikan fardhu Jumaat di Masjid Seoul

singgah jap beli kueh inti kacang merah...sedap makan panas2. Cuaca sejuk dan makan masa baru pas masak. Memang terangkat!!!

sowwy aku tak tau apa nama kueh ni.

kueh ikan aku panggil namanyaaa....sendiri letak nama hehehe

singgah kat Salam Bakery nak cari honey nuts....tapi takda.


Kat Itaewon ni ramai pelancong asing. So, sesapa nak cari makanan halal di Seoul...di sinilah tempatnya. Kalau nak cari makanan Korea yg halal pun ada di sini. Tapi kali ni aku tak makan Korean food di sini. Aku cuba kat tempat lain...lebih kurang ajer rasanya.

Tapi kalau nak bershopping di sini aku tak recommend. Sebabnya...sangat mahal uolsss. Cuci mata tengok-tengok dan lambai-lambai ajer. Lambaian ratu uolsss.


bandar Itaewon

Hamilton??? Kelasss uolsss

jom kita teruskan destinasi menyopping pulak. Tak cukup masa semalam....kami ke Namdaemun lagi. Aku nak carikan barang my mum pulak. Semlm tak sempat.

perhatikan warga Korea ni. 24 jam tangan dengan hp Samsung.

selamat datang ke Namdaemun Market sekali lagi....

comelkan kasut budak2 untuk musim sejuk.

Kami balik bilik untuk solat. Lepas tu kami ke sini pulak. Di manakah ini?

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Seoul Olympic Stadium...........tadaaaaaaaaaaa.
Untuk apa?
>>
>>
>>
>>

sajer jalan-jalan. Nampak tak cebisan snow yg turun minggu lepas. Sejuk giler masa ni. Tunggu esok plakk.....ke manakah kami pergi?????


Setiap manusia ingin menyayangi dan ingin disayangi. Kalau dah ada yg tersayang....jagalah elok-elok dan bersyukurlah. Tapi jika belum jumpa lagi...berdoalah. Sekiannnnn.............


p/s - Saya rindu kampung saya.....tak sabar nak balik kampung akhir tahun ni.