May 30, 2012

Day 3 - Korea Be Inspired : Korean Halal Food & Seoul Mosque @ Itaewon




Sambung lagi hari ke-3 di bumi Korea.
Dari Yeouido Park kami bergerak pula ke Itaewon. Kena naik subway lagi. Adoii penat ahkak and the gang naik turun tangga lagi. Memang dugaan betul kat sini. Apa yg menarik di Itaewon ni? Di sini ramai foreigners yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan Muslim - Turkish, Pakistani and Middle East Country ppl. Kalau nak cari makanan halal ...kat sinilah tempatnya. Ada orang suka cari hotel di area sini sebab senang nak makan. Tapi jauh sikitlah nak gi tempat lain. Nak cari nasi, kebab, roti...semuanya ada di sini ...i mean yg halal lah. Nak makan western food pun ada. The most popular shopping district for foreigners.

Aku nak sangat merasa makanan Korea yg popular tu iaitu Kimchi. So, di sini lah tempatnya. Dapat juga aku merasa di sini. Kalau kat KL pun ada....kat area Ampang ada Little Korea...dekat sangat dengan rumah aku...ada restoran makanan Halal Korea. Tapi aku tak pernah terfikir nak makan kat situ. Tapi bila dah balik dari Korea ni...tetiba gatal kaki nak makan kat situ. Tunggu lah nanti dah habis event Cabaran Sihat...aku akan ke sana. Jom kak Zila!!!


Direction from Yeouido to Itaewon (subway)

Take Yeouido Station to Gongdeok Station
Then take Line #6 ke Itaewon Station
Exit # no.3


naik jangan tak naik hoiii....aku bila nampak ajer tangga....kepala pening mcm nak pengsan hehehehe

masuk ajer subway...kena berdiri lagi sebab always penuh.


Itaewon, you might find you have to pause to wonder if you are, in fact, in North America or Europe. It is the most popular shopping district for foreigners visiting and living in Seoul. While its rival Myeong-dong is favored more among Asians, especially the Japanese and Chinese tourists, the foreigners to be found in Itaewon are predominantly Western tourists or people on business trips. Itaewon is also well known for its abundance of restaurants offering a wide variety of authentic cuisines from other parts of the world – many of these restaurants have even hired chefs from the country of their specialty. Itaewon is a great place to find imported clothes. The clothing shops here also sell the larger sizes that cater to a Western build, although a significant portion of their customers are Koreans who prefer a looser fit. The Central Mosque and War Memorial of Korea are close to Itaewon’s busy commercial district and worth visiting.
In the past, most of the foreigners walking through Itaewon were American military men and women from the 8th US Army Unit located in the vicinity, but the area has now become an international district where ex-pats living in Korea gather. 

This commercial district, created for US customers in the past, offers something relatively familiar to foreigners from other countries, and this has laid the cornerstone for Itaewon’s growth as an international tourist destination. You will feel right at home, even on your first visit here.



keluar ajer dari subway exit no. 3....kami dah sampai Itaewon. Alhamdulillah rasa segar mata dan senyuman di bibir bila nampak byk kedai Muslim. Ada ais krim Turki lahhh...wajib aku mencubanya. Ais krim Turki ialah ais krim yg paling sedap di dunia auwwwwww.

mari kita ramai-ramai mencuba ais krim turki....

wahhh dah nampak kedai halal

nak beli ayam dan daging mentah yg halal ada dijual di sini...banyak kedai ada jual

Little India Seoul pun ada korang. Finger Licking Good gittiewww!!!! Tapi tak masuk pun

ternampak Islam Information office. Tapi kesian tengok tempat ni....kecik dan nampak buruk ajer. Untuk pengetahuan semua....kebanyakan warga Korea menganut agama Budha dan Kristian manakala agama Islam sangat minority.

jalan punya jalan akhirnya kami nampak kedai ini. Kedai makan ini sangat popular di kalangan warga Malaysia. Aku tunjukkan direction ke sini.


Dari Subway Itaewon exit # 3
Sebaik keluar...jalan terus
Nampak simpang ke kanan....belok kanan
Jalan terus lagi...kiri kanan banyak kedai Muslim (agak berbukit)
Nampak simpang ke kiri...belok kiri (naik bukit)
Jalan terus...Murree Korea Muslim Food di sebelah kanan...dah sampai.



kami makan di sini...jom tengok apa yg kami makan

menu makanan halal Korea

jom kita cuba...first time nak try

kedai ni cantik tetapi service sangat lembap.....sejam menunggu. Makanan boleh tahan sedap. Kenapa lembap?? Sebab dia lah yg ambik order...dia lah yg masak dan dia lah yg jadi cashier....boleh????

Bibimbap KRW8,000 (RM24). Makanan ni  satu set dengan lauk pauk tu...ada Kimchi sekali

inilah Kimchi. Sayur kobis dijerukkan dengan cili serbuk dan cuka. Simpan dalam tempayan...boleh tahan berbulan-bulan.

Bulgogi KRW15,000 (KRW45)     ...daging hancur yg marinate dgn soy sauce, black pepper, garlic, onion, ginger and sugar tapi rasanya agak manis skit. 

Kimchi Jeon KRW8,000 (RM24)...mcm pancake

belah kanan tu Chicken Beriyani... kami order bermcam2 lauk dan makan ramai-ramai.

Bulgogi Ddukbaegi KRW12,000 (RM36).....macam sup dan dalam tu ada daging hancur. Sedap jugak tapi sup agak manis dan rasa herba.

kak Azimah menunjukkan cara-cara camana nak makan Bibimbap...kacau semua bahan dalam mangkuk tu....pastu masukkan dalam mulut....nyam nyma nyam

cantikkan interior design dalam kedai makan ni..............


Lepas kekenyangan kami beredar dari situ dan bergerak ke hadapan lagi dan sehingga nampak pintu gerbang ke dalam masjid belah kiri. Kami nak solat di Seoul Mosque. Nak masuk ke perkarangan masjid ni kena mendaki lagi uolsss. Pastu amik wuduk di luar dulu. Lepas tu nak solat masuk masjid kena naik tangga hingga tingkat 3...mendaki lagi uolsss. 

Difahamkan masjid ini dibina oleh kerajaan Arab Saudi. Rasanya the one and only mosque di sini. Kalau aku salah tolong betulkan. Kepada sesapa yang datang ke sini dan bersolat di masjid ini...bagilah sedekah mengikut kemampuan masing-masing. Mereka memerlukan bantuan untuk kos maintenance di sini. Apa salahnya bersedekah di rumah Allah walau di mana sahaja...insya Allah ada rezeki lain kita akan dapat nanti. 


Allahhu Akhbar

masjid ini terletak di atas puncak...boleh nampak bandar Seoul



di dalam masjid di tempat jemaah lelaki

di dalam masjid di tingkat 3 tempat jemaah wanita

depan masjid ada Prince Sultan Islamic...tempat belajar agama

ada seorang warga Korea yg baru habis belajar agama tolong ambilkan gambar kami

on the way balik nampak kedai Salam Bakery....aku membeli baklava dan honey nuts...sangat sedap tp baklava kureng sikit

noney nuts yg belah kiri sekali tu....sangat sedappppppppppppp

bandar Itaewon....sesak dengan pelancong

juga sesak dengan pelbagai manusia pelbagai kaum serata dunia....

kereta banyak...



pelbagai fesyen baju ada....tetapi sangat mahal hokay!!!!


Okay selesai entry pasal Itaewon. Lepas tu kami plan nak shopping di Dongdaemon....tetapi apa yg terjadi???? Tunggu next entry kay..........


p/s - letih sangat lately ni




May 27, 2012

Day 3 - Korea Be Inspired : Bicycle Ride @ Yeouido Park






Hari ke-3 di Korea.
Bangun pagi bersemangat baru untuk exercise kaki lagi. Korang mampu jalan beribu2 kilometer dan naik turun tangga beribu2 anak tangga? Pecah rekod aku di hari ke-3 ni sebab hari yang paling penat dibanding hari-hari yg lain di bumi Seoul ini. Sebabnya? Jom ikuti kisah aku di sini.

Pagi tu jam 8.00 pagi kami dah bertolak naik subway untuk ke Yeouido Park yang terletak disepanjang Han River di Seoul. Kawasan rekreasi ini memang sangat terkenal di kalangan orang Korea untuk mneghabiskan waktu di hujung minggu bersama family dan kawan-kawan. Masa kami sampai ni agak awal pagi dan cuaca sangat sejuk berkabus. Masa ni kelihatan orang Korea dah start datang beramai-ramai bawak family memacak khemah di sepanjang kawasan rekreasi ini. Ada juga yg datang bersama kawan-kawan dan dorang akan create apa aktiviti yg akan diadakan di situ. Kalau kat negara kita time mcm ni memang tak sesuai sebab panas berbahang. Tetapi di sini sejuk dan nyaman ajer.

Selain daripada itu, di sini juga ada aktiviti sihat seperti berjoging dan berbasikal. Baguslah dorang mengamalkan gaya hidup sihat mcm ni. Sebab tu kalau korang tengok orang Korea ni slim melim...tak nampak pun yg berbadan besaq. Apa taknya....kerja dorang asik duk turun naik tangga 24 jam. hehehehe.


 musim bunga...sudah tentu banyak bunga

 ketika ini cuaca sejuk dan berkabus

 ada trek untuk berbasikal. Kami semua plan nak sewa basikal....jalan punya jalan nak cari tempat sewa basikal. Di sini memang terkenal dengan pokok cherry blossom yg berbunga lebat pada musim bunga. Akan tetapi masa kami sampai dah habis gugur bunganya....sedihkannn. Seelok2nya uolss gi dari awal April hingga pertengahan April.


Direction ke Yeouido Park

From Myeong-Dong Station
Direct to Yeouido Station (Seoul Subway Line 5)
Take Exit #3 walk 5 minutes towards National Assembly building


 di sekitar park ini banyak perumahan flat

 nampak anak Korea ni duk sakan main air ni.

 tengok tu...dah ramai duk sibuk memacak khemah dan tikar



Yeouido Park is a large recreational area located on Yeouido Island in the central part of Seoul. It was once originally covered with black asphalt, and people frequented the place for bicycling and roller-skating. The construction began in 1997, and opened officially in February 1999. It is now the place where many people in the city come to rest and enjoy strolling around, play sports, and cultural events. 


The park is divided into theme-based sections: the Traditional Korean Forest, Grass Square, Culture Square, and Nature’s Ecosystem Forest. In the Traditional Korean Forest, only traditional Korean trees are planted, and it has a pond and an octagonal pavilion, with a trail walk that completes the feel of an elegant Korean garden. Grass Square has a low hill, with grass field and various trails, and nearby there are evergreens and deciduous trees to reflect the changing of the seasons. Many performances and events are held at the Cultural Square, and because there are many zelkova trees lined up nearby, it is a great place to rest. One particular part of the park that is most enjoyed is the Nature’s Ecosystem Forest – it is where you can observe nature and learn from an ecologically sensitive pond and forest, right in the middle of the city. Composed of a swamp area, waterline area, grassland area, and a forest, you can observe various kinds of life forms living in these areas. 

One of the must-see areas is the Yunjunro Street, behind the National Assembly Building. This place is famous for having the loveliest cherry blossom street in Seoul. Cherry blossom trees, 30 to 40 years old, line up for about 6km, and is very popular in the spring.



 yeahhhhh dah nampak basikal. Waduhhhh jauh sgt kami berjalan di sini nak cari basikal

 shima baru nak belajar naik basikal....dah terlambat dik oi!!!

 aku dah jumpa basikal yg sesuai. Tengok kat belakang tu...Kasma tengah cuba nak bawak Shima naik basikal 2 seats. Akan tetapi.....apa yg telah terjadi???

 depa buat trek khas untuk basikal...bestkannn.

masa ni makin bertambah ramai warga Korea datang sini untuk beriadah

Kepada pengikut Drama Korea....bila korang tengok sampan angsa ni teringat citer apa? 

Han River ni memang sangat luas dan menjadi daya tarikan kepada pelancong....sungainya bersih.

masa ni dah nak tengahari.....kabus mulai berkurangan dan nak mengambil gambar pun nampak clear skit.

akhirnya aku tukar basikal. Aku ambil basikal yg dua seats ini dan membawa Shima sekali di belakang. Kesian tengok Kasma terkial-kial nak carry Shima dengan basikal ni. Dalam gambar ni Siti...bukan Shima. Sajer jer nak berposing masa ni.


ticket ke cruise

sebenarnya ada 2 tempat utk sewa basikal. Better korang gi yg bersebelahan dengan tempat cruise berlabuh. Kami pi tempat lain yg satu lagi...agak jauh nak menapak masa tu. Setelah sejam berbasikal...kami nak naik cruise plak. Harganya ialah KRW11,000 (RM33) untuk seorang. Cruise ini bergerak setiap setengah jam.

jom kita naik cruise menyusuri sepanjang Han River. 

sebaik kami masuk dalam cruise...tempat duduk di luar dah penuh. Kami duk dalam ajerlah....ada aircond. 

melepak dalam cruise sampai merehatkan kaki yg kepenatan berjalan. Kami berada di dalam cruise ini selama sejam.

tempat duduk di bahagian luar cruise...dah penuh uhukkkkk.

boleh nampak pertunjukan fountain di sini.

dah selesai sejam dalam cruise. Jom kita balik....

makin ramai warga Korea yg datang beriadah di sini...tak kira tua muda besar kecil. Best tengok dorang beridah macam ni. Kalau negara kita sejuk...mesti bestkan. 

masa berjalan menuju ke Yeouido Station (subway)...nampak ada orang meniaga di tepian jalan ini. Family Mart pun ada.

orang Korea ni tengah meniaga ulat goreng..errkkkkkk. Korang nak cuba??

sebelum kami turun ke subway belah kiri ni...tetiba nampak ada orang jual sotong bakar. Jom kita cuba.

Memang sangat sedap!!!!!


Ok sekian sahaja entry beriadah ini. Esok aku sambung lagi destinasi kami seterusnya lepas tu. Ke manakah kami? Kami gi solat di sebuah masjid yg terletak di Seoul ini...dan juga kami try Korean Halal Food. Tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!!!


p/s - sangat stress dengan event aku next week.