January 31, 2012

Thanks To My Blog Readers......




Salam. Terima kasih semua...
Tetiba hari ini my blog panas kejap. Panas naper yea???......sebab ramai yang hantar message kat ruangan comment tu nak dapatkan FM percuma hehehe. Terharu plak tetiba. Yang menjadi silent reader...tetiba bersuara. Yang tak pernah tegur aku...tetiba muncul. Hehehe...

Sebenarnya bukan apa....aku saja nak buat surprise. Semenjak aku wat entry pasal Medan trip ni...my blog punya graf daily traffic naik mencanak. Terkejut yang amat. So, tetiba aku terpikir...dari mana mereka semua ini datang agaknya. Aku buat assumption sendiri....mungkin mereka sedang mencari info pasal Medan dan akhirnya terjumpa my blog. Sebabnya...yang tanya aku pasal Medan....punyalah ramai. Bukan takat di blog....kat FB pun ramai yang tanya. Padahal kat FB aku tak upload lagi pic Medan pun. Terima kasih banyak2 setia membaca aku berceloteh di sini....kalau ada bahasa aku yg kasar dalam ni...harap maafkan yea.

Tetiba aku terpikir....camana nak kenal pembaca2 blog ni? Apakata kita bagi gift/souvenir kepada pembaca yang bertuah...wahhhhh tetiba hari ni ramai plak yg responds. Terima kasih banyak2 atas respond dan comments anda semua. Memandangkan aku kata nak bagi kepada pembaca pertama yg memberi komen...makanya seorang sahaja yang berjaya iaitu KASIHREDHA (kak hanim)....tahniah kak!!! Ada satu lagi pemenang.....aku pilih secara rawak aku bagi juga kepada yg bertuah iaitu JOHARI2701@GMAIL.COM (walaupun dia panggil saya Tuan Tanah...takpalah sy bagi juga dia FM free :p)

Kepada : Kak Hanim, John (kakberangan), Syieda, NiL, Suhailizulkifli, Nanie, Mie, Mint, AnggerikBerduri, Rozita, Malina, Harasho, Sue, Johari2701, Ain2984 dan Khai

TERIMA KASIH BANYAK2 MEMBACA BLOG INI....SAYANG ANDA SEMUA !!!!!



Oh yea....bosankan kalau baca blog takda gambar. So, aku tunjukkan 2 keping gambar ketika aku mengikuti aktiviti white water rafting di Kuala Kubu Baru minggu lepas. Best sangat2 pengalaman ini. Nanti next entry aku citer lebih detail lagi yea. Ok byeeee......






p/s - trip ke Melaka belum update lagi...tungguuuu yea.




Medan Trip - Shopping Items & Souvenirs



Salam semua.
Entry pasal Medan trip dah habis. Entry kali ni aku nak citer pasal apa benda yang aku shopping beriya-iya kat sana tu. Tapi maaf.....banyak yang aku tak pasti harganya sebab main bayar ajer (macamlah kaya benor). Kalau dah pegang duit berjuta-juta tu...haruslah jadi kaya uolsss!!!

Duit banyak habis for food ajer. Tu pun masih bawak balik duit rupiah. Jom kita tengok apa yg aku beli di sini.


 bika ambon Zulaikha. Harga ialah Rp50,000 (RM17.50) - utk perisa original. Kalau yg ada perisa tambah lagi Rp5,000

 lapis legit Zulaikha utk kotak besar belah kanan. Harganya Rp80,000 (RM28) - perisa original. Untuk yang perisa lain tambah lagi Rp5,000. Untuk kotak kecil belah kiri tu aku lupa dah berapa harganya,.

 jus buah-buahan ini aku betul-betul lupa harganya. Setiap perisa punya harga yang berbeza....yang aku ingat sikit2...ada yg harga Rp25,000, Rp40,000 dan Rp50,000. Korang agak-agak lah yea.

 makanan ringan kekacangan yang dibeli di Paten. Setiap satu kotak tu berharga Rp15,000 (RM5). Ada pelbagai jenis makanan ringan kekacang.

 kuah pecal atau gadho-gadho. Ada dah rasa kuah ni...sedap!!! Cara buatnya....campurkan air sedikit dan panaskan. Pastu digaulkan dengan sayur-sayuran seperti kacang panjang, kobis, tahu, tempe dan taugeh yg telah dicelur.

 baju Universal Studio Singapore yang dibeli di Sun Plaza...original okay!! Harganya Rp75,000 (RM26.000)

 tshirt Lake Toba yang dibeli di Kg Tomok, Pulau Samosir. Harganya Rp25,000 (RM9.00) sehelai. Kainnya agak keras sedikit. Aku belikan ini untuk my sis in law.

 baju sepasang dengan seluar ni aku belikan utk anak buah. Harganya Rp30,000 (RM10.50)

 3 pasang telekung yang aku beli di Pajak Ikan, Medan....kain cotton. Adanya harga Rp220,000 dan Rp80,000 bergantung kepada jenis kain.

 selipar Berastagi ini aku belikan utk my bro seorang satu. Harganya Rp15,000 - beli di Pasar Buah Berastagi.

 FM Lake Toba beli di Kg Tomok, Pulau Samosir. Harga sekeping ialah RP10,000 (RM3.50). Dah tak boleh nak kurang lagi. Aku pujuk punya pujuk....pun tak dapat jugak. Pergi ke kedai lain....pun sama harga.

 Beli FM Berastagi ni di Pasar Buah Berastagi. Harganya juga Rp10,000 (RM3.50)

FM Medan ini beli di Pajak Ikan. Harganya entah lupalah....haishhhhh!!! 

Keychain Lake Toba dan Berastagi. Setiap satu harganya Rp5,000 (RM1.75). 


Ok semua....itu ajer yang aku sempat membeli di Medan ni. Tak banyak mana pun. Yang penting aku dapat membeli FM dan Keychain - benda wajib setiap kali aku gi melancong. Ada sesuatu untuk pembaca semua. Kepada pembaca yang pertama memberi comment pada entry ini...aku akan bagi sekeping FM Berastagi, FM Lake Toba dan juga keychain setiap satu. Cepat-cepat hantar komen anda sekarang pada ruangan comment. Pastu jangan lupa bagi email masing-masing utk aku hubungi.

p/ s- Kepada blogger kakiberangan.....maaf akak belum ada kesempatan nak mengepost hadiah yang dijanjikan. Tunggu yea....benda nya pasti ada. Cuma agak lewat sedikit.


January 30, 2012

Day 3 : Medan Trip - Shopping @ Pajak Ikan & Lunch @ Garuda Restaurant



Bersambung lagi. Adoi lotih nak menghabiskan entry ini. Selepas selesai membeli juice dan kek lapis...kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Pajak Ikan. Ada sesetengah orang panggil Pasar Ikan....oklah tu mana-mana pun ok. Aku tanya Pak Rizal...dia kata orang sana panggil Pajak Ikan. Mesti korang tertanya apa tu? Pajak Ikan ialah tempat membeli-belah terkenal di Medan. Tempat ni bukan mall tau atau bukan kedai jual ikan hehehe. Biasanya orang datang membeli-belah di sini untuk membeli kain, telekung, baju kebaya, kain pelekat dan sebagainya. Ala serupa mcm Pasar Baru Bandung tetapi di sini tak lah semeriah di Bandung. Bangunannya pun mcm rumah kedai ajer.

Masa kami sampai ni pada hari Ahad..makanya banyak kedai yang tutup. But ada a few kedai yang dibuka. Masa ni aduhai panasnyaaaa....aku tidak begitu selesa. Yelah dah 2 malam duk tempat sejuk...tetiba bila panas tak selesa plak kan. Mengada betul minah ni. Macam lah duk KL tu ada salji..ngeh3.

Aku ke sini memang plan nak beli telekung. Yelah dah 3 tahun tak gi Jakarta/Bandung....so tetiba rasa nak membeli telekung baru kan. Biasalah trend sekarang ni telekung sulam berwarna....aku tak minat lah. Aku tetap suka telekung yang warna putih dan juga sulam putih berseri. Jom tengok gelagat kami membeli belah di sini.


banyak betul fesyen jubah mcm ni kat sini...fesyen cantik but material kain ada kureng skit....

 kami singgah di kedai telekung ini.....pilih punya pilih.....tetiba aku mcm tak puashati. Susah sangat nak bagi harga yang aku nak...pastu telekung tu takda kain sekali. Mahal!!!!

 ada macam-macam fesyen telekung di sini...

 pastu aku gi kedai lain plak...mencari telekung lagi. Pekerja ni duk melayan aku kuarkan satu demi satu telekung. Aikkk...aku ternampak tokeh kedai yg mula2 tu datang ke sini. Oooo tokeh yang sama...pompuan. Alamak.....mesti lebih kurang jugak. Harganya? Still mahal dan tidak berbaloi. Pastu aku kata taknak...terus angkat kaki. Tokeh pompuan tu menjerit "Mbak...dari tadi kain nya terus diselungkar satu demi satu...tapi ngak dibelinya" Aku buat2 tak dengar...terus cabut. Sudahlahhh....mahal mcm tu sapa nak beli. Patutlah kedai dia lengang jerkk.

 beginilah style kedai-kedai di Pajak Ikan ni

 baju batik, kain ela, kain lace semuanya ada. Harganya? aku tak tau sebab tak beli pun...

 t-shirt pun banyak di jual di kaki lima di sini. Aku tak beli pun sebab kualitinya lebih kurang mcm kat Berastagi dan Lake Toba....kain agak keras.

 jeng jeng jeng. Aku terus jalan dan jalan lagi. Pastu terjumpa plak kedai telekung ini. Akhirnya aku beli 2 pasang di sini. Harganya murah sikit daripada kedai yang tadi. Pastu telekungnya beserta dengan kain sekali. Oklah tu....tu yg aku cari. Komen aku....kalau beli telekung di Jakarta/Bandung lebih murah dan lagi cantik. Kalau di Sumatera ni....beli kat Bukit Tinggi lagi cantik rasanya sebab di situ memang terkenal dengan sulaman.

 sila pilih tudung yang menjadi idaman hati sahaja ok. Jangan plak pilih muka yea.....Kenapa tetiba patung yang paling depan tu kepalanya lagi besar....kwang kwang kwang (ayat feveret orang tu)

 terjumpa lagi satu kedai telekung. Baik betul mbak yang meniaga ni. Kain telekung dia pun murah lagi. Aku suka kalau berurusan dengan orang mcm ni...sejuk skit hati nak membeli. Aku beli sehelai lagi di sini. 

 jom beli FM Medan. Beli 2 bijik di sini. Tak cantik sangat tapi beli lah jugak daripada tidak.

 Beg kami dah sendat dan penuh.Pastu aku dan azim beli beg corak batik tu. 

 Ok everything done. Jom kita pi makan...pewut dah lapaq naa. Mereka bertiga ni duduk di belakang. Sila tengok space utk beg di belakang sekali.....dah nak hampir sampai bumbung. 

 Aku duk depan dengan Pak Rizal......mak datin sangat!!!! (bak kata ajim)



Ketika ini jam menunjukkan ke pukul 1.30 tengahari. Tadi Pak Rizal bagi kami shopping kat Pajak Ikan selama 3 jam sahaja. Cukuplah tu....lama-lama sangat pun bukannya best sangat kat sana. Banyak kedai tutup dan tidak meriah sangat. Satu lagi...orang-orang yg meniaga di sana agak kerek sikit. So, mood aku nak membeli lagi.....terus hilang. Syukur....selamat skit duit aku huhuhu.

Then, kami gi lunch di Restoran Garuda makanan minang. Restoran ini memang ada banyak cawangan boleh dikatakan di setiap daerah di Indonesia ni. Dulu pernah makan di Jakarta. Yang kat Medan ni...oklah sedap pada tekak aku. Tekak orang lain aku tak tau lah. Aku suka ikan gurame goreng yang dihidangkan tu tapi lagi sedap jika ikan tu digoreng panas. Masa kami makan tu...ikan tu dah sejuk. Lupa dah berapa total kami makan masa tu.


suasana di dalam restoran ini...cantik. Ada tempat yg beraircond dan tiada.

 jemput makan semua...aku dah lapaq masa ni.

 meriah betul lauk-lauk makanan nasi padang ni. Pilih jer yg mana berkenan. Ayam goreng penyet tu sedap....aku suka.

alhamdulillah dah kenyang. Kami ingat di sini ada Wifi....sebab nak check nama Factory Outlet yang ada kat Medan ni. Sekali tu....memang tiada Wifi  di sini. Uhukk..uhuukk

 singgah solat dahulu di Masjid Raya Al-Mashun....adalah masjid terbesar di Medan. Dari luar nampak besar tapi bila masuk kecik ajer dalamnya. 

 senibina masjid ini so nice...

 kesibukan kotaraya Medan. Medan  merupakan bandar terbesar di Sumatera dan juga bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Pertama kali aku sampai di sini...terkejut dengan kepesatan bandar ini. Banyak mall yg besar-besar di sini dan juga hotel yang berbintang-bintang. Rupanya ramai jugak org Malaysia yang menjalin perniagaan korporat di sini. Pak Rizal kata orang kaya di sini kebanyakannya orang Cina Indonesia. Tengok rumah depa...wahhhhh lumayan.

 hanya orang kaya yang mampu buat ucapan tahniah perkahwinan guna board berwarna-warni di atas

 selalunya orang yang melancong di sini mesti pergi ke Istana Maimon seperti gambar di atas. Tapi kami tak singgah pun...sebab tidak cukup masa. Lalu ajer. Lokasinya berhampiran juga dengan Masjid Raya tadi.

Then, kami mintak Pak Rizal singgah ke Sun Plaza sekali lagi. Tujuannya sebab nak merasa Es Teller di restoran ini. Hari tu masa kami sampai hari pertama tu....restoran ini belum dibuka lagi. So, bila ada masa lebih ni...kami nak singgah kejap. Masa nak masuk ke parking Sun Plaza ni...punyalah traffic jammed. Ohh yeeaa....hari ini ialah hari Ahad....ramai yg bawa keluarga bershopping di sini. We only have one hour here before we back to airport.


beginilah rupa Es Teller. Dalam ni ada hirisan isi kelapa, nangka dan avocado. Pastu letak santan dan ais yang telah dikisar. Hmmm.....dah pernah rasa dulu masa kat Surabaya. Pernah rasa yang lagi sedap meletup2 masa bercuti ke Bukit Tinggi. Kenapa kat sini tak jumpa yg sedap mcm tu...huhuhu.

 Harga semangkuk es teller ini ialah Rp13,000 (RM4.50)

 ingat tak kami ada singgah di sini masa hari pertama sampai di Medan. Masa tu takda orang langsung sebab baru bukak. Nahhh sekrang cuba lihat....masa ni ialah hari Ahad dan orang sangat ramai. Nak bayar pun kena beratur panjang...adoiii. Tapi aku tak beli pun masa ni. Azim sempai capai seluar jeans katanya. 

 masa on the way nak ke airport kami nampak kat tepi jalan tu ada jual kuah untuk buat pecal. Ada jugak yang jual lontong daun pisang. Aku beli kuah pecal tu ajer.



Kami dah sampai airport. Alhamdulillah segalanya on time dan kami tidak terburu2 nak sampai ke airport. Kata Pak Rizal tak lama lagi airport ini akan dipindahkan ke tempat lain dan lebih besar daripada yang ini. Sebabnya atas faktor lokasi airport ini di tengah-tengah bandar dan tidak sesuai berdekatan dengan tempat kediaman dan bandar. Yang baru nanti agak jauh sedikit...lebih kurang 40 minit dari bandar Medan ini.

Sekian percutian aku di Medan-Lake Toba-Berastagi. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Tiada apa2 yang tidak menyenangkan berlaku sepanjang percutian ini. Syukur sangat. Bagi aku percutian 3 hari 2 malam di sini sangat-sangat mencukupi. Tak payah lama sangat dan tak perlu nak stay di Medan jugak...sebabnya takda apa sangat yang menarik di bandar Medan ini. Day trip yang mcm kami buat ni pun just nice and sangat tersusun masa nya. Yang menjadikan percutian ini menarik ialah Lake Toba yg sangat cantik dan kedinginan Berastagi. Enough for it. 

Next entry ni aku ceritakan apa barang yang sempat capai di sini hehehe. Actually aku tak banyak mana pun bershopping di sini. Banyak spent utk food ajer. Duit rupiah yang aku bawak tu...masih berlebih lagi. Bagi sesiapa yang nak bercuti di sini...make sure stay kat Lake Toba dan Berastagi. Aku pelik orang yg stay di Medan bermalam2...pastu gi Lake Toba dan Berastagi just balik hari. Sebab tulah korang akan rasa tak best. Stay lama2 kat bandar Medan ni bosan ...baik tengok scenery yg cantik2 kat Lake Toba tu. 

Satu lagi sesapa yang tanya aku pasal phone number Pak Rizal...tolongggggglah lihat pada entry pertama aku tu...semua ada aku nyatakan di sana tu. Tak payahlah korang tanya aku banyak kali...aku letih lah nak reply pertanyaan yg aku dah pun mention pada entry ini. Sila baca entry Medan ini sampai habis sebelum tanya aku apa2 soalan. Kalau soalan yg dah ada jawapan pada entry ini...aku takkan layan. Kalau soalan yg lain...Insya Allah aku akan bantu korang. Ok...sekian sahaja.


p/s - adoiiii badanku sakit sangat...penangan white water rafting di KKB.



January 26, 2012

Day 3 : Medan Trip - Shopping Fruit Juice, Kek Lapis Legit & Bika Ambon @ Medan





Hari ketiga kami di bumi Sumatera Utara. Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk terus berkelana. Pagi tu selepas Suboh aku terus mandi dan bersiap-siap untuk breakfast di cafe hotel. Dah janji dengan Pak Rizal nak bertolak pada jam 7.30 pagi dan semestinya kami breakfast jam 7.00 pagi. Kesejukan yang amat pagi tu....sehingga bercakap pun keluar asap hehehe. Feeling oversea yea tuan-tuan dan puan-puan. Rate hotel kami memang termasuk dengan breakfast sekali.

Makanan yang dihidangkan adalah cara buffet. Di antaranya ialah nasi goreng, meehoon goreng, ayam goreng, bubur nasi, keropok, kueh mueh dan buah-buahan. Hmmm...makanan di sini biasa-biasa ajer....x berapa sedap di tekak kami. Tapi kami tetaplah menjamah sedikit untuk mengalas perut pagi tu. 


 masih memakai jacket pagi tu...menahan kesejukan

 lepas breakfast...wajiblah kami bergambar di luar hotel. Semalam masa sampai waktu malam...so tak cantik jika bergambar.

for me this hotel oklah untuk tidur satu malam. Nak kata best sangat...hmmmm lagi best Niagara Hotel tu hehehe.

 swimming pool pun ada uolsss tetapi cuaca sejuk di sini larat ke korang nak berendam di dalam pool ni. Sedangkan kat Parapat yg kurang sejuk berbanding di Berastagi pun kami kesejukan mandi pool...apa tah lagi yang sejuk menggigil ini. Ohhh tidakkkkkkk!!!!

 bilik-bilik di hotel ini terletak di luar bangunan.....so memang kena naik buggy

 ini ialah permandangan di hadapan hotel. Suasana di sini pada waktu pagi memang segar bugar..... permandangan padang kehijauan sungguh mendamaikan. Tetapi pada waktu malam agak bising sikit dengan bunyi kereta di jalanraya depan tu. Hmmmm...bila dah penat sangat.....terus tidur tak sedar diri hehehe.

 sebelum pulang.....sekali lagi posing di sini...feeling main golf lettiewwwww :p

 ok guys!! jom kita check-out. Dah tak sabar rasanya nak bershopping di Medan pulak.

 pada frame gambar di belakang aku ni mungkin owner hotel ini. Aku kurang pasti siapa ownernya. 

 mesti korang tertunggu-tunggu nak tengok mobil Pak Rizal. Yelahhh....mukanya dah keluar di sini....bila lagi nak tunjukkan mobilnya. Tadaaaaaaaa........ inilah mobil Pak Rizal khas untuk tontonan korang semua. Mobil dia mantap dan dihias cantik uolsss. Interior design mobil ni cantik siap dihias dengan langsir, alas dashboard warna merah dan tinted gitiewwwww. Ok kami sangat berpuashati dengan kondisi mobil innova ini.



Lebih kurang jam 8.00 pagi kami berangkat keluar dari Berastagi ini dan maneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke bandar Medan. Memang kami plan nak ronda-ronda bandar Medan on our last day trip. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila dah keluar di awal pagi.....kurang macet kata Pak Rizal. Kalau lambat sikit memang sangat macet di sini. Yelah jalan raya di sini boleh dilalui sebuah kereta sahaja untuk sehala. Selalunya orang Medan akan berlibur di Berastagi pada hujung minggu. Masa kami balik ni ialah hari Ahad.

Masa dalam perjalanan tu....Pak Rizal dah janji nak bawak kami singgah di ladang strawberi. Then, dia berhenti di satu tempat ni....alamakkk masih awal pagi.... belum bukak lagilah. Lagipun kami lihat pokok-pokok strawberi tu mcm togel ajer...takda buah. Sebabnya...pada cuti tahun baru minggu lepasnya ramai sangat tamu yang berlibur di sini. Makanya...buah strawberi banyak yang sudah kehabisan dipetik oleh tamu-tamu tersebut. Waduhhhhhhh pakkkk....frust plak aku. Hmmmm...ok takpalah apa susah....kat Cameron Highland pun melambak strawberi kan hehehe. Tapi orang kata buah strawberi di sini sangat manis berbanding di tempat kita tu. Uwakkkkkkkkk...melopehhh ahkak dik non!!!!!


 ini ialah kebun pokok bunga yang tumbuh subur di sini...

 nak balik ke Medan jalannya agak menurun seperti di Cameron Highland jugak...berliku-liku. Masa ni aku dah pening.....tutup mata aku terus terlena.

 masih ada kereta di jalan raya. Kalau macet.....jalan ni boleh sampai tak bergerak langsung. Fuhhhh lega gak ...sebab kami memang mengejar masa nak balik ke Medan. Flight kami balik ke KL petang tu jugak

 Alhamdulillah selamat sampai di bandar Medan. Pak Rizal bawak kami gi membeli juice buah-buahan pulak. Dia kata di Medan ni memang terkenal dengan perusahaan juice buah-buahan tempatan seperti nama-nama di dalam gambar atas ni. Kami pun ok ajer.....kita singgah sini dulu.



Sila lihat gambar di atas....inilah di antara juice-juice yang aku kata tu. Kalau nak minum...kena tambah dengan air sikit sebab dah manis. Kami diberi peluang untuk mencuba setiap perisa di atas. Mula-mula cuba satu perisa...ohhhh sedap....ok nak beli yg ini. Then cuba lagi perisa yg lain...ohhh sedap jugak...ok nak beli yang itu. Akhirnya setelah aku dah rasa 5 perisa....aku terus membeli kesemua perisa tersebut. Ya ampunnn pompuan ni....ganas betul semua dia nak beli....hahahahah. Nanti kalau aku rasa perisa yg keenam mesti aku nak beli jugak. " Ok sudahhhhh!!!! mbak, terus dibungkus semua botol-botol 5 perisa ni " tergelak mbak tu hehehe.

Jujur aku cakap......memang sedap tidak terkata. Untuk pengetahuan semua...juice ini sangat original tanpa bahan pengawet. Sebab itu rasanya sangat sedap....betul-betul rasa buah yang sebenar. Memang highly recommended. Rugi kalau sesapa tak membeli di tempat ini. Nanti suruh Pak Rizal bawakkan uols ke sini. Dengan satu syarat....juice ini mesti disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.


 rakus betul minah ni....sampai 5 botol dia beli hehehe. Ada perisa durian belanda, markisa, terung belanda, kuinin dan limau kasturi. Sedappp gilossss!!!!

 jangan risau yea. Kesemua juice ini dipack dengan cantik...siap ada kotak sekali. 

 Destinasi seterusnya ialah membeli kek lapis legit dan bika ambon keluaran Zulaikha yang sangat terkenal di Medan ini. Satu yang pasti....ini ialah perusahaan Muslim. So, better kita gi tempat yg dijamin halal dan selamat. Kalau nak rasa yg bangsa Cina Indonesia buat pun ada banyak di sini. Jalan Majapahit ini memang terkenal dengan tempat jualan kek lapis legit dan bika ambon. Melambak-lambak kedai yang meniaga di sini. Kami tetapi memilih di Zulaikha.


 kami posing dulu sebelum masuk ke dalam kedai kek ini. Ya Allah punyalah banyak kereta di sini....semuanya bawak tamu untuk membeli di sini. Tapi yg peliknya di kedai lain tidaklah seramai di sini.

 masuk ajer dah nampak signboard di dalam ni...No Camera please!!! Hmmm....ada mak kisah??? Heheheh. Si paparazi bernama Azim telah berjaya menyelinap masuk dengan mambawa camera secara sorok-sorok. Akhirnya...beberapa keping gambar telah berjaya dia snap....syabas untuk anda. Anda memang hebat Ajim!!!!! Mekasih yea.....eden cilok pic hang ajer.

 manusia punyalah ramai di sini. Nak membeli pun sampai berebut-rebut. Kalau sesapa terlambat...alamat tak dapat ler. Itupun aku sempat sambar-menyambar yang mana terdaya. Sib baik sales assistant di sini membantu aku mendapatkan kek lapis dan bika ambon ini. Bila dah masak ajer....dorang letak kat depan kaunter...terus kena sambar....gitulah suasana di sini. Sales assistant tu kata.....baking banyak kali pun tetap habis. Wahhhh lumayan bisnesnya pak!!!!!

 tengoklah tangan-tangan kami penuh dengan segala jenis kek. Alhamdulillah selesai sudah aksi sambar-menyambar di sini...letih ahkak tau!!!!! Aku beli banyak untuk bagi ole2 kepada family, teman terdekat dan teman di office.

 mesti korang nak tau camana lah rupa bika ambon ni. Lihat gambar di atas....inilah Bika Ambon. Mekasih encik google...aku cilok ajer kat situ hehehe. 

gambar di atas ni pulak ialah Kek Lapis Legit. Ada bermacam2 perisa seperti cheese, rasberry, coklat dan mcm2 lagi. Harganya? Alamak aku lupalah....aku bayar ajer masa tu...malas nak pikir-pikir.


Ok uolssss.....sampai di sini dulu. Esok aku sambung lagi entry seterusnya. Mungkin entry terakhir kot. Hmmmm.....banyak nya aku nak buat. Walaupun trip ini hanya 3 hari 2 malam tetapi sangat padat dengan macam-macam agenda. Anyway, i like it and sangat berpuashati.


p/s - beban kerja di opis bertambah.....tolonggggggg!!!!