November 30, 2011

Part 1 : Jalan-jalan @ Temerloh - Majlis Kahwin


Kali ni nak cerita pasal jalan-jalan kami sekeluarga ke Temerloh sambil mengisi undangan ke majlis perkahwinan sedara. Sebelum kami bertolak ke Temerloh...singgah dulu di Ampang untuk satu lagi majlis kahwin yang diadakan di sebuah dewan. Nice place coz dewan ini baru ajer dibina. Lokasinya betul-betul di sebelah rumah my bro yg baru dibeli tu....di dewan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)....cantik dewan ni.


Kami sampai pukul 11 pagi dan sempat lagi makan nasi sekejap di sana. Rasanya kami adalah tetamu yg pertama sekali sampai...huhuhuhu. Alhamdulillah dah kenyang...bolehlah memulakan perjalanan kami ke Temerloh. Lebih kurang pukul 11.45 pagi kami pun bertolak.


Perjalanan melalui Karak Highway pada mulanya smooth ajer. Bila sampai ajer kat terowong sebelum ke R&R Genting Sempah...tetiba jalan dah start jammed. Panjang woohhh....lebih kurang setengah jam jugak kami caught in traffic jam. Rupanya ada lori simen terbabas tepi longkang besar. Tapi masalahnya tak ganggu pun lalu lintas. Habis tu...semua duk peratikan lori tu....maka tak pasal2 jalan jadi jammed...gilosss. Sakit jer hati masa tu.......padahal bukan aku yg drive...ahaksss!!!


selesai sudah makan...kenyang soiii...

lihatlah dibelakang kami takda owang....cantikkan dewan ni




Gambar diatas ialah majlis kahwin satu lagi yg diadakan di Temerloh. Kami sampai sana lebih kurang pada jam 2.30 petang....huhuhu. Terkezut gak sebab masih ramai tetamu yg tengah makan masa kami sampai. Ohhh...sib baik masih sempat lagi. Actually kami dah kenyang pun tetapi untuk mengambil hati tuan rumah.......kenalah jamah sikit.


Sempat bergambar dengan pengantin baru. Selamat pengantin baru Aiza dan hubby...semoga berbahagia hingga akhir hayat Insya Allah. Pastu kami semua lepak di rumah besan my mum sementara menunggu my bro yg sorang lagi sampai dari KL. Dia lambat skit coz his wife kerja balik half day. Lebih kurang jam 3.30 petang gak dia sampai. Then, jam 4 .30 petang kami semua berangkat ke Rest House Temerloh. Plan asal nak balik hari ajer....tapi my bro Izam suh lepak kat Temerloh satu malam and he arrange everything booking Rest House tu....oklah!!


wajah pengantin baru...


ini adalah.....reception di Rest House Temerloh. Aku terlupa daaa nak snap gambar bilik. For me...oklah biliknya ada 2 katil queen. Bilik juga sangat besar dan bersih. Boleh lah anak buah aku berlari-lari main kejar2. Ada wifi gitiewwww!!!! Rate ialah RM100 utk satu malam...murah!!!



balik bilik kami bermandi-manda....then lepak kejap di cafeteria rest house ini....minum teh tarik gitiewww...



Then, kami semua bergerak untuk melihat panorama Sg Pahang di Esplanade Temerloh. Huhuuuu.....air sungai sangat keroh weiii.... musim hujan kan. Sib baik masa ni tak hujan pun...tetapi masa kami berada di rumah pengantin tu....hujan selebat-lebatnya.


As you know...Temerloh adalah terkenal dengan ikan patin. Orang yg datang jauh sanggup berhenti di Temerloh semata-mata nak makan ikan patin tempoyak special dari Temerloh. So, malam tu kami satu family memang plan nak cari ikan patin tempoyak. So, before that...kami nak mencari durian kampung pulak. Alahai...tak jumpa lah. Agak frust jugak sebab teringin sangat nak makan durian. So, petang tu kami just lepak-lepak menikmati panorama Sg Pahang yang keroh itiewww...ahakssss.



Temerloh here i am...



ini adalah jambatan gantung....tapi frust sebab masa ni ditutup...


my bro izuan and family


my bro idham and family




me @ Esplanade Temerloh


bergambar beramai-ramai di sebalik nama Temerloh tu...






malam tu kami menikmati makan malam di cafe Rest House ajer......... yg terkenal dengan steamboat....ramai betul orang malam tu di sini. Makanan di atas ialah ayam masak halia...sedap!!!!


ayam masak cashew nut....pun sedap


kailan oyster...


kangkung belacan


the one and only tempoyak ikan patin.....sedap gilosssss!!!!!


butter prawn...sedap


ikan patin steam..... biasa-biasa ajer....



gambar ini adik aku sajer nak snap candid masa aku tengah makan sambil duk check FB di phone.....huhuhuhu.....rasa muka mcm kartun pun ada hahahaha.



ok next entry aku sambung citer apa yg kami buat di pagi hari di temerloh....tungguuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!









November 29, 2011

Sembang-sembang !!

Semalam my streamyx line buat hal lagi. Dah buat report dial 100 tapi still tak jumpa apa silapnya. Ni yang buat aku hilang kesabaran. So, malam tadi tak sempat nak update blog. Apa lagi....terus tidur ler jawabnya.

Nak harap Unifi.....hmmm entah bila lah dorang nak pasang kat area umah aku ni. Dah berbulan aku register but til today still takda apa citer lagi. Hidupku tak lengkap tanpa internet line. Sib baik ada BB kesayanganku buat hilangkan boring.

Ok nak citer pasal travel lagi. Sekarang ni dah tahap boring gilosss wei. Padahal byk proposal nak kena siapkan before new year ni. Aku nak kuar dari kepompong ini...dah tak sabar nak kuar dari sini. Next 2 weeks aku nak gi jalan-jalan cuci mata, cari makan dan cari angin baru. Tak pi jauh mana pun....sebelah ajer. Tapi the journey will take about 13 hours.......fuhhhhh berpinau kepala. I wanna try something different with a new environment. Nak relaxkan minda dan cuci mata satt...muahahaha. Tunggu yeaa!!!!

Nak buat pesanan pada cik abg UMNO yg sedang berconference di PWTC tu. Saya dah tak reti nak terangkan pada abg camana lagi. Move on pls. You're waiting for something you know will never happen. Kalau ada jodoh...ada lah tapi jangan paksa saya. Ok!!


p/s - selalu berlaku....kita takkan dapat apa yg kita nak tapi...kenapa kita selalu dapat apa yg kita tak nak...camna tu??

November 25, 2011

Cabaran Sihat - Majlis Penutup & Pengumuman Pemenang @ AEON AU2 Setiawangsa


Alhamdulillah dah habis program cabaran sihat ini dan tetiba terasa sebak pulak sebab dah takda lagi berjumpa dengan para peserta dan penasihat kecergasan yg disegani Mr.Kevin Zahri. Kalau tak...setiap hari Sabtu pagi aku dah bangun awal untuk aktiviti kecergasan bersama-sama para peserta semua. Lepas ni...dah takda lagi....alahai sedihnyaaaaa (nangis!!!!!).


Gambar di atas ialah pagi Sabtu yg lepas ketika mereka berada di sebuah studio tarian bagi latihan menari tarian pocho-pocho twist dibawah pimpinan seorang peserta juga iaitu Shaiful Sazli. Masa ni aku kat Jusco Setiawangsa tengah sibuk membuat persiapan majlis penutup petang tu. So, aku memang takda masa nak tengok camana dorang semua buat latihan menari. Oklah tu...as long as ada rentak dan ikut step. Tak bolehlah perfect mcm penari-penari profesional.


Malam sebelum tu aku dah terpacak di sini untuk persiapan dekorasi pentas. Aku balik rumah dalam pukul 1 pagi jugak. Then, pagi tu lebih kurang jam 8.30 aku dah sampai di sini semula. Fuhhh...penat giler masa hari tu. Dalam kepala aku ni...banyak benda nak fikir. Syukur Alhamdulillah dengan bantuan teman sepejabat dan team iSihat yang lain...majlis ini berjalan dengan lancar. Aku sangat-sangat berterima kasih atas kerjasama yang diberikan.



peserta baru sampai...sempat lagi posing di pintu depan Jusco Setiawangsa iaitu di area yang aku letakkan bunting promosi...hehehe



sementara menunggu majlis bermula...peserta mencuba kehandalan masing-masing dalam game gusti lengan


rehat sebentar.....tengoklah muka masing-masing...dah kecut skit berbanding pada majlis pelancaran yang lepas...6 minggu sudah berlalu.


majlis dimulakan dengan persembahan tarian pocho-pocho twist oleh para peserta....cayalah korang!!!


next ialah demonstrasi pemakanan pintar oleh Dr Aishah daripada Sg Petani


next...ucapan ringkas daripada Mr. Kevin Zahri...pakar pemakanan dan kecergasan juga merangkap penasihat bagi program ini. He did mentioned my name ketika ucapan ini di atas kejayaan menganjurkan program ini dengan jayanya....bertungkus lumus selama 2 bulan lebih. Hehehe...malu dan nevesnya masa ni sebab semua mata memandang ke arahku. Thanks Kevin for that appreciation.


para peserta bergambar dengan YB Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Sri Zulhasnan Rafique yang merasmikan acara penutup ini. Terima kasih YB .....


para pemenang bersama YB dan pengurusan kanan syarikat tempat aku bekerja


tahniah kepada ketiga2 pemenang ini. Aduhai Shah...ko posing mcm tu mcm nak bagi penumbuk jer kat juru foto ni..hahahaha


next...persembahan tarian Bollywood dan Belly daripada Shah Crew Dance


terima kasih yg tidak terhingga kepada para penaja yg bermurah hati menaja sumbangan wang tunai, barangan dan lokasi bagi program ini. Penaja utama ialah Kementerian Kesihatan Msia dan diikuti oleh Adidas, Celebrity Fitness, Bizzy Body, FRIM, Figos, Jari Spa, Temasek Growth, Go Cell dan Adabi. Juga terima kasih diucapkan kpd YB Setiawangsa di atas sumbangan tajaan makanan kami petang itu.


peserta meraikan kemenangan peserta tempat pertama...Fadhlul Hadi....tahniah yea!!



ini satu-satunya gambar aku....tu pun sempat ditarik oleh peserta utk bergambar bersama. Aku bawak camera tetapi mana ada masa nak snapping sebab busy yang teramat sangat. Kepada teman-teman blog reader yg hadir ke sini dan tidak berkesempatan nak jumpa aku....maaf byk2...alaahhh frustnya. Memang aku busy giler masa ni....sehinggakan ada seorang reader yg takut nak tegur aku masa ni...hehehehe...kenapa takut plak? Tegur ajer...Insya Allah aku cuba layan mana yg termampu.



pemenang bergambar dgn Kevin.....


beginilah telatah setiap peserta bila melihat pic masing-masing di atas pentas...so apalagi masing2 duk sakan tunjuk tangan ke arah gambar masing2...heheheh lawaklah korang ni. Aku yg kat bawah tu...senyum jer tengok dorang....hehehe.


jamuan minum petang kami hari tu ialah di Restoran Black Canyon. Masa ni aku busy urus pasal makanan tetamu dan VIP...so tak sempat nak duduk makan2 bersama peserta semua. Anyway...aku seronok bila tengok dorang semua enjoy petang tu. Syukur Alhamdulillah.



Ok...sekian sahaja majlis penutup pada hari tu. Fuuhhhhh lega sangat bila dah selesai semuanya. So, sekrang ni aku sakan duk nak buat report mengenai program ini untuk disubmit kepada penaja utama kami. Insya Allah jika report ini berjaya memikat mereka berdasarkan sasaran dan objektif yang diinginkan....kami nak sambung lagi tahun depan dengan budget yg lebih besar Insya Allah. Aku kena buat postmortem skit mana2 aktiviti yg tidak sesuai mungkin akan dikaji semula utk tahun depan. Harap ada lagi penaja di luar sana yang sudi nak menaja program ini tahun depan...sangat2 kami alu-alukan.


Ok mengenai proses penurunan berat badan para peserta....average penurunan berat badan seorang peserta ialah sebanyak 6.5kg. Pemenang pertama telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13% atau 11 kg. Pemarkahan pemenang bukan sahaja bergantung kepada peratusan penurunan berat badan...tetapi juga diambil kira pada komitmen peserta terhadap aktiviti2 yg dijalankan. Peserta yg paling banyak turun berat badan ialah 16 kg atau bersamaan 10% tetapi sedihnya dia hanya berjaya mendapat tempat kelima. Takpalah Abdul Azim....boleh cuba lagi dan ini merupakan satu kejayaan peribadi yg paling bermakna bagi diri kamu....syabas!!!!




p/s - aku nak balas balik kata2 orang yg memandang rendah program ini...sekarang lihat bagaimana berjayanya program ini. Selepas kejayaan program ini....ia membuka mata ramai pihak yg datang contact aku utk joint sebagai peserta jika ia diadakan lagi tahun depan. Alhamdulillah.





November 24, 2011

My Nephew Danish 5th Pre-Birthday Party


Happy 5th Birthday to my beloved nephew Airel Danish. Actually besday dia dah lepas pada 31th Oct baru-baru ni. Dia excited sangat nak wat besday party...tak sabar-sabar sampaikan daddy dia pening kepala nak jawab soalan tu setiap jam setiap hari...hehehehe. Padahal masa tu besday dia lambat lagi....lebih kurang 2 minggu lagi. Daddy dia memang plan nak buat grand skit nak invite friends semua cuma takda masa yang sesuai ajer.....every week masing2 sibuk ....tapi besday boy memang dah tak boleh sabar. So, aku discuss with my mum nak wat party skit kami satu family ajer to celebrate his besday kat rumah.


My mum masak special skit masa tu.....nak tau apa? Nasi kandaq uolsss!!! Ingat tak masa aku gi Penang baru ni? Aku ada sempat beli rempah kari nasi kandaq yg umpphhhh. Percayalah....memang sedap rempah tu dan berhari-hari tangan kami bau kari tak hilang-hilang hahahaha. Sebenarnya nak buat nasi kandaq ni kena campurkan pelbagai jenis kari...then baru lah dinamakan nasi kandaq. But bila kami rasa my mum punya resipi ni.....satu jenis kari pun dah rasa marvelouss.


Aku sempat buatkan moist choc cake for my nephew. Dia sangat favourite choc cake especially yang mak sedara dia buat...hehehe. Sungguh.... aku tak tipu. Dia siap bagitu aku...nanti dah besar Danish nak kerja buat cokelat cake shedap macam Along!!!. Hahaha.....tergelak aku masa dia bgtau tu. Setiap kali aku buat cake utk tempahan orang...aku mesti teringatkan my nephew ni and buatkan sikit untuk dia. Love you babe..muahh..muahh!!!


my lil nephew Zarieff....si cute!!!!

my lil nephew Rayyan...si ensem!!!!


telatah my nephews .....from left Daniel, Zarieff and Danish (besday boy)


ready utk potong cake....besday boy tu excited sebenarnya....


yeahhhh...besday boy tiup lilin. Kami makan di garage kereta luar rumah ajer.


all of us....love my family so much!!!!


as usual......aksi sengal!!!


kari nasi kandaq my mum sangat meletoppp!!!


lauk hati lembu masak kari hitam.....sedapp!!!


ayam goreng berempah.....wow!!


sambal petai udang .....meletop!!!!


rojak buah dan sayur kangkung...best!!


makan time.....masing-masing dah kelaparan tak sabar nak mamam...





Majlis makan-makan di atas hanyalah pre-birthday party yang aku organize. Kat Qdess kindegarten pun dah buat....siap daddy dia hantarkan cake and goodie bag bagi kat kawan-kawan. Insya Allah bulan depan ni daddy dia nak buat lagi satu besday party for besday boy and invites few friends kat salah satu restaurant terkenal di Ampang ni. So, aku dilantik untuk handle games for kids. Alamak....apa games aku nak buat ni yea??? Any ideas?


I need a break. Insya Allah next month jugak aku nak pi holiday..huhuhuu. Nak release my mind dengan aktiviti pengembaraan pulak. Pengembaraan kali ni agak adventure skit sebab first time aku naik transport ini utk bercuti. Ke mana tu?? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!