April 27, 2011

UK Trip : Bicester Village



Maaf semua di atas kesibukan aku sehinggakan tiada masa untuk update blog ini. Dah seminggu nampaknya bersawang. Puas dah cuba kibas sawang ni.....tetap ia datang lagi...ahakss. Sorry yea...aku tidak berapa sihat lately ni. Mental masih tidak stabil. Insya Allah minggu depan lepas cuti Hari Buruh aku akan kembali normal. Aku mahu menjadi diri aku yang dulu. Aku mahu jadi diri aku yg sentiasa gembira...tak mau sedih-sedih lagi. Setiap hidup dugaan tu tetap datang....doakan aku semakin tabah menjalani hidup ini.

Aku nak citer lagi aktiviti shopping aku semasa di London. Hmmmm...tak habis-habis shopping. Celik mata ajer...terus bersiap keluar gi shopping. Tempat yang aku nantikan untuk bershopping ialah di sini... Bicester Village. Perkampungan factory outlet yng mengumpul segala branded stuff dengan harga yg sangat berpatutan. Tetapi item disini semuanya agak out-dated...not like di mana-mana boutique yg anda pergi. Sebab tu harganya murah. Jarak dari rumah kawan aku ke sini lebih kurang 45 minit sahaja....dokat jer....boleh lah pergi selalu hehehe.

Aku ni sebenarnya tidak mampu nak berbelanja di tempat ini...sajer jer nak tinjau-tinjau kot ada yg berkenan di hati. Ikutkan semuanya aku berkenan tetapi keadaan poket yg tidak mengizinkan ahaksss. Jadi gilosss jap tengok jenama2 yg ada kat sini. Jom tengok brand apa yg ada.....jommsss ~~~~



aku sampai awal pagi gak....tetapi parking keta dah penuh uolssss




Tommy Hilfiger


ketika aku sampai ni...Polo Ralph Lauren di tutup bcoz renovation


kat Timberland murah gilossss....aku belikan kasut my nephew disini


Burberry still tak mampu...mahal lohh.


punyalah ramai orang dalam butik Prada ni....aku suka perfume Prada.....masa ni berbelah bagi nak beli ke tak.....hehehe


YSL aku tak masuk pun.....berposing ajerlah ahaksss


masa ni orang dah start ramai....menggila tengok dorang bershopping...kiri kanan bawak paper bag.....perghhhhh


butik Dior


butik TOD'S


Ralph Lauren Home...mahal banget





Hugo Boss...murah


aku beli 2 pasang Clarks di sini.....beli satu dan satu lagi dapat setengah harga...memang murah


Polo Ralph Lauren for children memang cantik2 belaka....aku jadi gila jap tengok baju Polo ni....murah pun


Butik Gucci...ayohhhhh ahkak tak mampu dik


D&G and Armani


kat sini Guess mahal sgt....better beli kat KL ajer


Jimmy Choo


PINK



orang ramai berpusu-pusu


Fendi

Celine


DKNY ada discount masa ni....aku sempat sambar wallet DKNY dengan potongan 20%......jadilah yg mampu beli brand ni ajer :)


orang ramai duk lepak di luar.....


Diesel


S. Ferragamo




memang puashati gi tempat ini. Sebelum anda datang ke sini...better check kat website depa.....brand apa yg sedang buat promotion.....so grab the opportunity...yeahhhhhaaaa.














April 21, 2011

UK Trip : Cheshire Oaks Designer Outlet


Shopping time is began....hehehe. Sebenarnya tempat yang aku kata surprise tu ialah di sini iaitu Cheshire Oaks Designer Outlet yang aku tunggu-tunggu kan. I heard about this factory outlet from someone yang pernah stay di sini. Branded stuff yang ada di sini boleh dikatakan sesuai dengan kemampuan kita lah. So, memang i likeeeee. :) .....brand mahal-mahal i tak mampu u....

Dari Manchester ia mengambil masa about 45 minutes to reach this place. Tempatnya agak ke arah hujung dunia jauh dari town. So surprise memang kereta yang berbondong-bondong ke sini. As u all know...kalau dah namanya factory outlet sudah tentulah harganya murah kan...memang murah wahai kawan-kawan. Masa aku sampai ke sini i only have 2 hours to do shopping activiti. Ayohhhh....sebab dah suntuk masa pergi sana sini...only 2 hours left. Masa aku gi ni ialah hari minggu dan di sini memang tutup awal...jam 5 petang dah tutup. Aku sampai kul 3 petang......ayohhhh sedihnya. I know myself...2 hours utk shopping memang tak cukup. And can you just imagine this place is so big. I siap bgtau kawan aku.....both of you if lapar sangat pls go ahead....shopping is more important for me now ahaksss. So, dengan selambanya aku sorang2 bergerak dari kedai ke satu kedai. Dah janji jumpa kat parking ajer. Heheheh....gitulah aku.


Cheshire Oaks Designer Outlet:
Kinsey Road, Ellesmere Port, South Wirral, CH65 9JJ, United KingdomTelephone: +44 (0) 151 348 5600

Opening Hours : Monday - Friday 10am - 8pmSaturday 10am - 7pm
Sunday 10am* - 5pm. *Larger shops will open at 11am.
Bank Holidays 10am - 6pm



kat sini...di mana2 factory outletnya sama jer stylenya.....tempat pertama yang aku tuju ialah Mark & Spencer outlet.....besar....murah gilossss....aku beli 2 helai seluar kerja (RM50 sehelai) dan sehelai jeans di sini (RM50 jugak). Baju plak...aku tak beli coz tidak begitu menepati citarasaku. Aku belikan kiriman adik aku tshirt brand Hugo Boss...beli baju baby Pumpkin Patch.

ni outlet brand Burberry


penuh parking uolsss......


Polo Ralph Lauren outlet.....aku singgah kejap ajer sebab byk brg2 kiriman adik2 aku yg aku kena cari dulu....


ni kedai perfume....aku beli satu ajer brand Calvin Klein...menyesal betul beli sebotol ajer (tapi memang murah)






Yang paling tragis dan sedih....by the time aku nak masuk outlet Timberland ni......tetiba SA tu pi kunci pintu...uwaaaaaakkkkkk...masa dah jam 5 petang. Padahal aku baru cover half of the outlet...lagi half of it aku tak sempat jejak. Nak jejak kedai Clarks pun tak sempat wahai kawan-kawan. Aku dah muncung masa ni. Dok pi pujuk kat kawan aku utk pergi tempat ini lagi next time. He said jauh sangat.....it takes about 2 hours and 45 minutes untuk ke sini dari rumah dia. Tolak duit minyak ajer....lebih kurang harga nya...hmmmmm Apa nak buat...takda rezeki aku nak jejak lagi ke sini. Yang penting.....tempat ini sangat best and highly recommended.






gambar di atas plak ialah supermarket yang aku sempat pergi di sana. Just snap randomly. Aku suka gi supermarket kat sana coz banyak choice and really menepati taste aku. Kalau nak beli coklat...bagai nak gila coz macam2 brand ada tetapi kena berhati-hati melihat ingredient nya. Jangan terkejut...coklat di sana sangat murah dan sedapppp!!!










pelbagai jenis coklat di sini...











April 20, 2011

UK Trip : Hard Rock Cafe Manchester




Selepas sakan spent few hours berada di dalam Old Trafford Stadium....kami bergegas keluar dari situ untuk ke destinasi seterusnya. Tempat yg kami tuju ialah ke Hard Rock Cafe Manchester. Wah agak jauh gak from Old Trafford...lebih kurang setengah jam perjalanan. Pusing sana sini masuk dalam town....akhirnya jumpa. Pastu tu susah plak nak parking....so kami kena masuk dalam shopping complex utk parking kereta seketika. Then....kena jalan sikit and barulah nampak HRC yg terletak di Exchange Square.

Masa ni dah tengahari dan perut pun mula lapar sangat. Yelah dari tadi duk telan coklat dan chips ajer. Mana nak kenyang. Kami terpaksa skip lunch because kesuntukan masa. So, nak lepak lama-lama kat HRC ni memang takda masa. Lepas beli tshirt and short glass...terus balik semula ke parking dan keluar dari sini. Tengok restoran halal memang banyak kat sini...tapi telan air liur ajerlah. Masa begitu berharga bagi kami ketika ini.

Sebelum sampai HRC tu....aku sempatlah jugak snap sedikit keadaan bandar Manchester. Tempatnya aman dan tidak sesibuk di London. Tenang jer aku tengok. Jalan pun okay tak traffic jam....or adakah sebab masa tu hari Ahad...maka kereta pun tak banyak. Mengikut temanku yang pernah belajar di sini dulu...katanya di Manchester ni paling ramai komuniti Melayu jika dibandingkan daerah lain di England ni. So jangan terkejut kalau anda akan jumpa muka Melayu student kita bersepah-sepah di sini.


wahhhh... ada sale kat sini lah

nampak tak...satu biji keta pun takda di atas jalanraya ini





banyak rumah flat di sini....


weather so nice but still cold




KFC and McD pun ada....



ni plak supermarket kt sana....



ni dalam shopping complex yg kami parking kereta tu...lalu ajer tak singgah pun sebab nak kejar masa


tadaaa.....dah sampai pun dalam HRC Manchester.....rock shop dia agak kecil dan susah nak membeli sebab kita kena suruh depa ambilkan dalam kandang tu kalau nak tengok......



ini di luar kawasan HRC Manchester


me @ HRC Manchester





sekian sahaja laporan di bumi Manchester ahakssss. Lepas tu kami menuju ke destinasi lain pulak yg mengambil masa 45 minit perjalanan dari bandar Manchester....mana tu???? Surpriseeeeeeeee....tunggu next entry kay!!!!!