November 30, 2010

Mount Bromo Dalam Mimpi !! ~~



My Next Trip.
Inilah kawasan pelancongan yang akan aku jejak nanti. Mesti ramai yang tidak berapa tahu tentang keistimewaan dan kewujudan tempat ini. Ia terletak di kawasan Malang, Indonesia. Kalau naik flight from KL, akan landing di Surabaya Airport. Then, drive ke tempat ini mengambil masa 3-4 jam macam tu. Sebuah kawasan pergunungan gunung berapi yg masih aktif.

Aku memang nak sangat ke tempat ini. Mengikut kata teman-teman yg pernah ke sini...tempat ini sangat cantik hokay!! Ia terletak di kawasan tanah tinggi dengan kesejukan yang weehaaaaaaa sejukkkk sampai 5 degree celcius. Kena pakai fully covered with warm jacket, mafla dan glove. Macam kat Swiss plak kan. :)

Tetapi...adakah perancangan aku ini akan menjadi kenyataan ????
Sebabnya.....gunung ini di katakan telah ........................


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>




MELETUSSSSS !!!!


SERTA MENGELUARKAN DEBU PANAS.
ADOYAI...PUNAH SEGALA HARAPAN KU.
JIKA NANTI SUDAH BERHENTI MELETUS PUN....
ADAKAH IA SELAMAT UTK DILAWATI???
:((





November 29, 2010

Mini Europe - It's great !!




Eksklusif !!!

Gambar di atas diambil ketika aku berada di Brussels. Waktu tu aku berjalan-jalan di Mini Europe. Kat dalam tu boleh hantar email secara online siap dengan gambar aku sekali secara langsung terus sent ke mana-mana email address yang aku tuju. Masa tu aku hantar ke my sis in law's email address and cc to my email too. Entah aku dah lupa apa ke nama benda alaah ni....huhuhu. Free ajer!!!!

Korang ampak tak gambar aku pada gambar belah atas kiri tu. Machine tu siap snapkan gambar kita. Heheh macam excited plak masa ni. Tujuannya untuk memberitahu orang-orang yang terdekat dengan kita bahawa di ketika ini kita memang berada di Mini Europe Brussels...tak tipu punya. Gambar-gambar replika di dalam Mini Europe tu pun ada (lihat gambar di atas). Siap ada message "Mini Europe - it's great !! ". Yelah nak tunggu kita upload gambar...pastu nak cari internet..lambat plak kannn. Lain ler pakai BB or IPhone.


p/s - entry ni sajer nak mengimbau kembali anniversary setahun aku berkelana di bumi Eropah - Brussels.

Gossip Rumahtangga Artis



Kali ni aku nak jadi wartawan gossip jap melaporkan tentang gossip perkahwinan seorang artis terkenal . Tetiba .... blog ni jadi gossip artis plak kan...hehehe!!

Korang ada tengok tak rancangan Melodi semalam tentang artis ini menafikan sekeras-kerasnya gossip keretakan rumahtangga dia. Entahlah aku no komen buat masa ni sebab aku lama dah dengar tentang gossip tu sebelum bulan puasa lagi. Kesahihan tentang gossip tu...mai sini aku nak citer.

Citernya begini.
Pada mulanya member baik aku ada habaq mai citer ni kat aku. Kawan opis dia ada pi ke Mahkamah Syariah kerana ada urusan dan tetiba dengan kuasa Allah...dia sudah terserempak dengan si artis ini dan suaminya. Kuar ikut pintu belakang naaaa. Setelah di risik dengan orang sana...ghopanya baru lepas hadiri sessi kaunseling rumahtangga. Macam tak percaya jer kannn!! Nampak sungguh romantik tetapi ghopa-ghopanya rumahtangga sedang bergolak. Jangan terkejut si suami pun boleh tahan jugak perangainya...womanizer. Sebelum mereka berkahwin ... si suami juga pernah bercinta dgn seorang artis janda yg sungguh ayu lagi meletop. Siapakah itu????? Ada lahhhhh......

Aku berkongsi cerita ini dengan salah seorang editor hiburan di tempat aku bekerja. Then, tak lama kemudian keluar pulak cerita ini di ruangan hiburan akhbar mingguan. Tetiba macam gossip panaskan. Walau bagaimana pun artis ni pandai cover line you!!!!

Tetiba.... wartawan Melodi pun tanya soalan yg sama kat artis ini semalam. Aku sempat jugak tengok. Takkan lah dia nak mengakukan. Macam nada melenteng ajer si artis ni. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Tak kisahlah kan...kita wait and see ajerlah. Sekarang ni pun kita tengok jarang dah keluar cerita dan gambar mereka berdua kat paper or tv. Sama juga macam kisah dia bercerai dengan bekas suaminya yang pertama dulu. Pun menafikan gossip keretakan rumahtangga mereka...tup tup pergi mahkamah untuk bercerai. Gitulah artis. Hidup penuh dengan hipokrit semata-mata nak mengabui mata masyarakat.

Kalau kawan aku tu nak tipu aku...maka tipulah cerita ini. Korang jangan pulak percaya 100%...aku cuma berkongsi cerita ajer. Baca dan nilaikan sendiri. We wait and see ajerlah. Kita cuma mampu mendoakan agar rumahtangga mereka berdua kekal aman bahagia hingga akhir hayat. Kesianlah kat anak yg comel tu.

November 26, 2010

Rindu Europe Trip ~

Mengimbas kembali kenangan semasa Europe Trip tahun lepas.
The best trip i ever had in my life. Walaupun sudah setahun ia berlalu tetapi setiap saat dan inci pergerakan di sana masih segar di dalam ingatanku. Banyak sangat kenangan manis. Sukar untuk di gambarkan. Hanya foto yg bisa berkata-kata setiap kenangan itu.

Izinkan aku mengimbas kembali kenangan lalu buat seketika. Coretan ini dibuat sempena kenangan setahun aku bercuti di sana. Di ketika tarikh ini juga aku masih lagi di sana.






1. Kenangan di London

a) Kejutan cuaca ketika di sana. Sejuk giler macam nak pengsan. Walaupn tidur pakai heater but still aku kekejangan kesejukan. Bisa seluruh badan sampai ke tulang. Tidur pun tak nyenyak asik terjaga kerana sejuk sangat. Kulit mukaku menjadi kering, merah dan mengelupas terlalu teruk.
b) Dapat menjejakkan kaki ke London Tower Bridge buat pertama kali. Excited sangat sampai snapping pic berpuluh-puluh keping di tempat yg sama ajer. Huhuhu.
c) Terkilan tidak sempat menjejaki Oxford Street atas sebab kesuntukan masa. Sampai sekarang aku masih tidak berpuashati. One fine day Insya Allah akan pasti ke sana lagi.
d) Kenangan aku dgn dia beberapa jam sebelum aku fly back to KL. Ada yg gembira, romantik dan sedih. Semua tu tersemat rapi dalam minda aku. Miss u dear!!!








2. Kenangan di Switzerland

a) Pertama kali melihat, menyentuh, memegang dan meramas snow. Huhuhu. Sebab gembira sangat sampaikan aku berguling-guling atas salji nan putih itu. My dear sempat merakamkan video ketika aku melemparkan snow ke arah dia dan ke atas awangan. Hehehe.!!!
b) Ketika di sini aku mengalami sakit tekak yg amat teruk. Susah nak makan...susah nak tidur dan susah nak bernafas.
c) Terpaku seketika dengan keindahan negara ini. Sangat cantik yg aku sendiri sukar hendak gambarkan dengan kata-kata. Sempat aku berkata pada diri ini...betapa indahnya ciptaanMu Ya Allah. Benarkah aku berada di sini??....bergenang sekejap air mata aku. Syukur dengan rezeki Allah sehingga dapat menjejakkan kaki ke sini.
d) Tidak terpikir dapat menjejakkan kaki ke Zurich - antara bandar termahal di dunia dan dapat explore bandar ini di seluruh ceruk bangunan, jalan dan lorong. Walaupun menahan sejuk yg melampau dan kaki yg sakit penat berjalan...tetapi aku sangat puas. Syukran!!!







3. Kenangan di Paris

a) Terpaku seketika pabila melihat Eiffel Tower. Menakjubkan!!! Akhirnya aku dapat melihat sebuah mercu tanda negara Perancis yg juga keajaiban dunia. Kota romantis yg akan aku kenang sampai bila-bila.
b) Menjejakkan kaki ke Paris Disneyland. Terkejut dan kagum dengan keindahan rekabina bangunan di sini. Sangat cantik!!! Macam mimpi pun ada. Adakah aku berada dalam dunia fantasi???. Tempat ini sangat besar dan luas. So impressed!!!
c) Falling in love dengan senibina bangunan lama yg banyak di sepanjang Sungai Seine. Bangunan di sini sangat unik dan cantik. Aku tidak puas merhatikan bangunan di sekitar bandar ini kerana masa kami yg sangat suntuk.
d) Sebuah kota fesyen. Suka tengok mereka berfesyen. Terkejut juga kerana di sini terlalu ramai orang kulit hitam. Orangnya kurus dan tinggi lampai. Walaupun mereka berkulit hitam tetapi sangat stylo dan berfesyen.






4. Kenangan di Brussels

a) Kenangan yg sangat manis dengan my dear. Sangat sabar dan terlalu baik melayan kerenah aku di sini. Sebabnya? Kerana hari-hari terakhir kami Europe Tour sebelum balik ke London....perangai aku pun mengada-ngada lah. Sikit punya hal nak merajuk.... kwang-kwang. Aku ni suka sangat mengambil gambar....pulak tu mengambil masa yang lama. Jawabnya kena tinggal dgn dia. Bila merajuk...aku tak nak bercakap dengan dia. Bila ingat balik....hahaha entah apa2 lah. Walaubagaimana pun...semua kenangan itu sangat berharga.
b) Sepanjang 2 malam kami berada di sini...hujan renyai-renyai tanpa henti sepanjang hari-hari tersebut. Sejuk yg sangat melampau.
c) Rasa terlalu lama sangat di sini hinggakan tak tau nak pergi mana lagi. Actually kat Brussels ni kalau stay 1 malam pun dah mencukupi.
d) Sangat suka makan choc waffle. Di sini memang terkenal dengan makanan ini dan antara negara yg banyak mengeksport chocolate.





5. Kenangan di Amsterdam
a) So impressed dengan keindahan perkampungan Volendam. Best sangat tempat ini. Ada windmill, cheese dan clog. Pengalaman yg sangat indah.
b) Pertama kali masuk Sex Museum. Muahahaha. Entah apa-apa. Banyak sangat replika lelaki punya tuuut. Hahaha.
c) Berjalan dengan dia di sepanjang kawasan Red District. Giler punya romantik. Hahaha. Boleh pulak aku gelak-gelak tengok dorang berurus-niaga nak cari ayam. Ayam apa? Ayam serama di waktu malam. Huhuh.
d) Tak puas stay 1 nite ajer di sini. Tak sempat nak pi jalan-jalan kat shopping area. Terkilan gak. Rasa mcm nak repeat lagi Amsterdam.






November 25, 2010

Resipi TRIFLE - Selamat Mencuba !!









Sejak aku masukkan gambar hidangan TRIFLE ni kat FB dan blog...ramai dok tanya aku resipinya. Entah aku pun dah lupa mana aku amik resipi trifle ni. Rasanya kat blog someone...but lupa dah sapa punya. Sebab aku surf banyak blog....then aku pepandai sendiri tokok tambah mana yg patut. Maka jadilah trifle ini. I like...... and family aku pun suka sebab tak berapa manis pun. Kena kurangkan gula dalam makanan.


Jom tengok resipinya. Simple ajer tapi agak renyah nak buat. Lepas satu....satu lagi. Step by step. Selamat mencuba semua!!

Bahan-bahan :

Kek swiss roll (perisa butter, pandan dan coklat - bergantung taste masing2. Aku belasah semuanya)

1 tin fruit cocktail

1 tin buah peach

1 tin susu cair

4 sudu besar tepung kastard

2 kotak jelly crystal (jenama Nona) - amik 2 perisa yg berbeza (strawbery dan orange)

soft whipping cream (jual dalam kotak atau spray)

hirisan kacang badam (almond)

sedikit gula



Cara membuatnya :

1. 1st layer- kek swiss roll dipotong dan susun rapat2 di dalam bowl. Suggest guna bowl tinggi dan warna jernih. Supaya nampak cantik dari luar.

2. Air yg telah ditapis dari tin fruit cocktail di siram sedikit demi sedikit ke atas kek swiss roll tadi. Supaya kek lebih sedap dan moist.

3. 2nd layer - masakkan jelly crystal follow apa yg dicatatkan pd kotak tu. Guna perisa strawbery warna merah. Tuangkan ke atas kek tadi. Biarkan sejuk dan keras.

4. 3rd layer - campurkan 4 sudu penuh tepung kastard, 1 tin susu cair, gula dan air satu tin susu cair tadi. Gula mengikut citarasa masing2. Aku lebih suka yg kurang gula. Kacau dan masakkan atas api yg perlahan. Kacau sampai kastard jadi likat. Tuangkan rata ke dalam bowl tadi. Biarkan sejuk dan mengeras.

5. 4th layer - tuangkan buah-buahan dari fruit cocktail tadi ke atas castard tadi.

6. 5th layer - kalau ada lagi kek swiss roll tadi, susun sekali lagi ke atas adunan ini.

7. 6th layer - masak sekali lagi jelly crystal. Kali ni guna perisa orange pulak. Seperti biasa tuangkan ke dalam bowl tadi. Biarkan sejuk dan mengeras.

8. 7th layer - buat layer kastard sekali lagi. Tuangkan ke atas adunan.

9. 8th layer - Jika guna whipping cream yg jenis spray, spray kan ia ke atas adunan sehingga rata. Jika guna whipping cream jenis kotak. Kena tambahkan air dan putarkan ia. Then tuangkan ke atas adunan.

10. 9th layer - Susunkan buah peach ke atas whipping cream tadi.

11. 10th layer - bakarkan badam hiris sehingga garing. Tabur ke atas adunan. Dah siap!!!

12. Sedia untuk dimakan....yeehaaaa!!




Senang tak? :D. Selamat mencuba !!!!
Kena sentiasa simpan di dalam fridge.

November 24, 2010

Makan-makan @ River View Seafood Restaurant



Maaf cerita tentang entry ni dah lama sebenarnya. Masa bulan raya puasa lepas iaitu sebelum aku terbang ke Melbourne. Perjumpaan makan-makan ini dibuat untuk meraikan Song Boon Chong sempena birthday nya yang ke-40.....opppssss silap lagi. Sorry Song....akak asik silap type jer. Jangan marah hah!!! Birthday yg ke-30 sebenarnya. Sebelum tu dah celebrate potong cake kat rumah Qis and Burn. Esoknya plak kami meraikan makan-makan di sini iaitu di seafood restaurant di Pasir Penambang, Kuala Selangor. Nama tempatnya nya River View Seafood Restaurant.

Jauhnya aduhaiii.....penat punggung duk dalam keta. Masa ni kami berlima naik satu kereta iaitu, aku, qis, burn, song dan maksu. Yang lain pulak naik kereta masing-masing. Kami bertolak dari KL...so memanglah sangat jauhh. Aduhhh...tak larat aku nak pi tempat ni lagi. Balik KL semula dah lapar balik...huhuhu. Pastu jalannya sangat complicated sebab tak biasa ke sini kan...rasa mcm balik kampung plak. Pulak tu hujan dan malam...gelap kiri kanan. But kereta still banyak on the road.


muka kelat sebab penat jauh sangat....




Malam tu kami order seafood semuanya. Ada macam-macam lauk. Mostly memang masakan chinese style. Pasal makanan kat sini...ada yg sedap dan ada yg tak sedap. Aku bersemangat nak makan ketam tapi malangnya aku rasa kureng sikit dengan masakannya. Macam rasa minyak bijan but belasah ajerlah. Dah lapar bebenor kami malam tu. Huhuhu.

Overall makanan kat sini murah. Semua makanan termasuk minum ialah RM270...lebih kurang mcm tu. Ada udang, ketam, sotong, ikan, sayur dan roti. Sorry gambar sotong tak sempat nak snap. Sakan makan....sotong goreng tepung tu plak lambat sampai.


sayur kacang buncis


butter prawn


crab black pepper


entah apa namanya....aku tak minat sgt


ikan kerapu masak stim limau


crab sweet sour...rasa minyak bijan....aku kureng skit tapi tetap belasah..huhuhuhu


roti ni sedap.....panas, fresh dan lembut


betapa kusyuknya ketuk ketam....org yg terakhir habis makan...bagus makanan pun tak membazir kannn...


bagai diserang tsunami...alhamdulillah dgn rezeki Allah



happy kami satu family. Now dah bertambah seorang lagi ahli dalam family kami...si comel Umar Shadiq. Ketika ini masih di dalam kandungan Nita. Tahniah!!!

Tidak lupa terima kasih banyak-banyak pada Song birthday boy yg belanja kami makan pada malam tu. Toceh...toceh !!!!! Nanti belanja lagi yea. :p





November 23, 2010

Juadah Aidil Adha 2010





Salam Aidil Adha semua. Dah nak seminggu baru nak wish kan..huhuhu.

Nak citer sikit pasal pengalaman aku beraya raya haji ni di negara orang pada tahun lepas. Pertama kali aku beraya di perantauan. Ingat lagi pada petang menjelang hari raya, ketika itu aku masih berada dalam train dari Brussels menuju ke London. Sampai London petang tu .... sempat tolong M memasak kat rumah dia. Then, malam after dinner kami pi tengok cinema. Orang duk bertakbir aku plak selamba gi cinema..huhuhu.

Esok paginya plak, awal pagi dah berangkat ke London for sight seing and shopping. Takda langsung suasana beraya. Dalam keta M, aku sempat call my mum to wish Selamat Raya Haji..hehehe. Macam kelakar plak rasanya. Siap bgtau my mum kami nak pi beraya kat London ni..huhuhu...beraya apa bendanya....tapi berjoli shopping. Hahaha. Itulah kenangan aku beraya di London. Gambar di atas mengimbas kenangan di hari raya....tak kuasa mak nak pakai baju kurung gi London. Mak siap posing gitu di London Tower Bridge....wehuuuu.

Tahun ni aku beraya sakan dengan bermacam-macam juadah yang aku buat sendiri. Sakan naaa!! Masa raya puasa lepas macam-macam nak buat tapi sebab aku busy sangat tiap kali hujung minggu dan masa raya tu jugak aku kan baru lepas baik sakit....tak berkesempatan. Sempat buat choc cake ajer.

Kali ni sempena raya haji aku pulun sakan nak masak macam-macam. Bukan pasal ada open house ke apa tapi pasal aku bersemangat nak buat macam-macam. Maka jadinya aku buat choc cake, caramel puding, trifle, sheperd pie dan mak aku buat sandwich cake. Mak aku jugak masak nasi beriyani, ayam beriyani, daging dendeng dan acar timun. Licin semua lauk pada hari raya haji tu. Kepada yang datang raya haji tu memang rezeki korang lah yea. Pada yg tak datang tu...hmmmm memang anda rugi...hehehehe!!!

Semoga di tahun akan datang, aku dapat beraya di tanah suci sambil mengerjakan rukun Islam ke lima. Insya Allah. Doakan semoga rezeki aku ada di sana. Ameenn!!!




sandwich cake...made by my mum


caramel puding...aku yg buat


moist choc cake....aku ler yg buat...saper lagi??


first trial for trifle...aku juga yg buat.....siap buat 2 bowl lagi....yg ini utk kami yg makan


yg ni plak trifle untuk tetamu yg hadir...


penuh satu meja dessert yg disediakan


nasi beriyani yg meletop....my mum ler yg masak


ayam beriyani....lauk dendeng dan acar timun aku lupa plak nak snap..huhuhu


ini plak...sheperd pie....wehuhuuuuu....!!!


tetamu pertama yg hadir....teman-teman opisku. Yang sebelah aku tu Kak Shikin (editor Mangga), Nik (reporter Wanita) dan Aqilah (secretary bos)...thanks uols datang ke rumahku...agak2 kenyang tak makan hari tu?..heheheh


ni plak tetamu kedua...opssss silap...budak kecik ini dah dikira tuan rumah...bukan tetamu. hehehehe....


bersama 2 og anak buah yg sering menggamatkan suasana rumahku


dua cousin yg sangat rapat......teman bergumpal.


inilah family ku yg ada di pagi raya tu.....adikku izam takda masa ni...dia beraya di temerloh.


petangnya plak.. my uncle and family datang beraya tapi aku terlupa plak nak snap gambar....sorry kak nor.....lupalah nak snap gambar!!!! Gambar makanan di atas ketika opismateku datang...kak Rose and family.


anak dara kak rose....ameerah dan alia


ni dia pengantin baru...ahkak rose and hubby....bak kata kak rose hari2 pengantin baru...hahahaha.


kami bergambar beramai-ramai. Azuan pun hadir ketika ini. Then lepas makan, kami bergerak ke Pusrawi melawat abg Joha yg sakit.


malam tu jugak adikku izam and family dtg ke rumah. Danish anak buah ku itu seorang peminat choc cake. Bak kata Danish...."kek olet along best!!!!!" ..yeahhhhhhaaaaa. Walaupun daddy dia belikan cake cake di bakery tapi dia tetap nak kan choc cake mak sedaranya ini...wehaaaaaa.



ni plak adikku izam and family sedang menjamah dessert yg ada. Malam tu jugak makanan habis...Alhamdulillah dengan rezeki Allah dan terima kasih kepada tetamu yg hadir.



November 14, 2010

Pemenangnya : Zaryna ...tahniah !!!

Maaf dah lama tak update blog. Kesibukan melanda dan faktor pc saya yg telah diserang virus malware....kurang asam betul. So, kena pakai netbook yg comel ini. Tak puas nak tgk gambar pada skrin. Pastu pic aku yg telah diedit byk disimpan pada my pc tu. Adoi malas nak edit yg lain. Pastu kemalasan melanda juga.

So, sekarang nak umumkan pemenang kuiz yg lepas. Mesti ada yg tertunggu2 kan.
Pemenang utk kuiz yg lepas ialah Zaryna.
Minta Zaryna untuk menghubungi saya di syarliz@hotmail.com
Sila nyatakaan alamat surat-menyurat, email dan phone number untuk urusan penghantaran hadiah yg dijanjikan.

Agak ramai yg menjawab tetapi memberikan jawapan yg salah.
Zaryna sahaja yg memberikan jawapan yg tepat. Tahniah!!!!!

Jawapannya ialah :

1. Phuket, Thailand
2. World Park Beijing, China



Terima kasih byk2 pada yg sudi coorperate di dalam kuiz ini. Pada yg tak sudi pun diucapkan terima kasih. :p

November 10, 2010

Kuiz Lagi ~ ~ Selamat Mencuba !!!!



Mari kita berteka-teki lagi.....rugi sapa tak mencuba. Ada hadiah tau!!!!

Pembaca blog kesayanganku sekelian.....teka-teki ini terbuka kepada anda semua tak kiralah sama ada anda seorang blogger ke.....bukan blogger ke. Open to anyone!!!
Anda hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja jawapan. Sila nyatakan jawapan di bahagian comment sahaja. Kalau anda letak jawapan di shoutbox....maaf yea tidak dilayan. Kalau anda semua seorang yang kaki jalan mesti dapat tau jawapannya. Ok...selamat mencuba!!!!!!!!



Soalan :

1) Berdasarkan pada gambar pertama di bawah , penulis blog ini makan angin ke tempat ini beberapa tahun yg lepas. Nyatakan nama tempat tersebut dan nama negaranya sekali.



Gambar Pertama




2) Sila lihat gambar kedua dibawah. Nyatakan replika apakah yg terdapat pada foto tersebut? Di negara manakah penulis blog ini berada ketika itu?


Gambar Kedua






Anda sudah tau jawapannya? Bagusssss!!!
Nak tau tak hadiah apa yg aku nak bagi?? Jeng-jeng ~~~~~~~~~ !!!!!!!

Hadiahnya ialah ....


>

>

>

>

>
>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>
>

>

>



scroll down lagi :p


>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>
>

>

>

>

>




tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa......


SEHELAI T-SHIRT I LOVE MELBOURNE menjadi milik pemenang yang paling layak dan bertuah !!!










November 3, 2010

New FM Collections and Souvenir Gifts


Salam semua.

Baru-baru ni kan aku ada berjalan ke Singapore untuk menghadiri majlis perkahwinan cousinku. Kan aku ada singgah ke Mustafar Center. Tau tak apa yg aku cari di sana?? Huhuhu. FM dan souvenirs !!!! Tak cukup-cukup lagi? Bukankah FM Singapore dah melambak dalam collection aku?? Gitulahhhh perangai aku ni. Jadi giler dengan souvenir collections. Itu lah saja barang kenangan aku selama berada di luar negara. I don't mind berhabis duit untuk barangan souvenirs tersebut.

Aku juga penyimpan koleksi piring hiasan overseas. Tapi yang Singapore punya aku belum beli lagi. So, masa tu aku sempat grab piring hiasan, short glass dan replika Singapore. Jom kita tengok.



Singapore FM... tambah lagi!!

dan lagi....berapa banyak dah!!!!


short glass (dulu ada tapi terjatuh dan pecah..uwaaaa) dan replika Singapore


piring hiasan Singapore.... cantiks!!!
----------------------------------------------------------------------


Pada hari aku nak berangkat ke Melbourne, i received a call from my dear yg jauh nun di London. He said kejap lagi kawan dia akan datang rumah aku untuk hantar barangan kiriman from London untuk aku. Opssss!!! dah sampai rupanya. My dear ada kirim 2 kotak perfumes and coklat for me melalui his friend. His friend pi London for 2 months coz ada kerja di sana and singgah rumah my dear for a week. Actually ada lagi fridge magnet yg banyak untuk aku. Tapi dia kesian tengok beg kawan dia yg dah penuh banget. FM tu semua from Europe masa my dear gi jalan2 few months ago. Bestttttttt!!!!!!

Tapi frust juga FM tu tak dapat untuk dikirimkan. Faham ajerkan FM tu berat dan tak nak lah menyusahkan kawan dia. Its okay dear.... i'm coming there soon.


miniature collection.....dia memang suka belikan yg miniature mcm ni utk aku


parfums


coklat yg aku suka banget!!!! dia pun suka....


heheheh......aku tersenyum sampai ke telinga. I MISS U TOO DEAR!!!!



--------------------------------------------------------------------------




Ramai yang tahu aku adalah pengumpul tegar Fridge Magnet..huhuhu. Bulan puasa yang lepas....ada seorang silent reader blog ini memberi souvenirs from India dan Korea untuk aku. Sukanya!!! Thanks a lot to Zakiyah. Kak Leez suka dan seronok sangat dapat FM and souvenirs tu!!! Nanti bila-bila kita jumpa lagi yeak...i have something for you from Melbourne.

Selain daripada tu dapat FM from Kak Zila my officemate yg baru balik from Korea...thanks kak!!!. Juga HRC short glass Bali dari Maksu. Thanks Maksu!!!. Adik aku pun baru balik from Korea...pun ada FM untuk aku tapi belum sampai ke tangan aku lagi. Dia kata asik lupa nak bawak ke rumah aku. Huhuhu. To Azuan, bila nak bagi aku FM Cambodia tu??? Huhuhu.



India Taj Mahal FM... i like it!! ~Thanks Zakiyah ~


Replika Taj Mahal India. I like it too!! ~ Thanks Zakiyah~


Souvenir Nail Klipper from Korea. ~ Thanks Zakiyah ~


Korea FM pemberian Kak Zila opismate aku. ~ Thanks Akak~


ni pulak HRC Short Glass from Maksu. ~Thanks Maksu~



next entry - Staff Day di PD