February 28, 2010

Teater Muzikal "ANTARA ..." @ Istana Budaya



Pada hari Khamis malam yang lepas aku menghadiri pra-tonton teater muzikal "Antara..." di Istana Budaya bersama Kak Rose. Lepas habis kerja terus cabut ke Istana Budaya. Traffic jem ke sana jangan cakap ler..perhhh menahan kesabaran aku. Teater hari ini ramai dihadiri oleh wakil dari media.

Walaupun aku tension dengan keadaan traffic jem tadi tetapi setelah menonton teater ini aku merasakan kepuasan yang amat bernilai. Teater ini mempunyai unsur-unsur keinsafan dan dakwah. "Antara..." diterbitkan sempena menyambut Maulidur Rasul dan ini merupakan teater ketiga yang diterbitkan oleh Erma Fatima untuk menjunjung serta mengingati perjuangan Rasulullah SAW.

"Antara..." juga antara lain mahu membawa masyarakat melihat dan merenung kehidupan manusia kini yang sudah makin jauh tersasar dari landasannya. Ia dibintangi pelakon handalan tanah air seperti Fahrin Ahmad dan Nasha Aziz yang memegang watak sebagai Adam dan Hawa. Alahai kejap ajer part dorang berdua ni. Tetapi lakonan yang paling bagus sudah tentulah yg memegang watak sebagai 'Syaitan' dalam teater ini iaitu Azahan Rani. Memang sangat superb and beliau berjaya membawa watak itu sangat berkesan.

Penyanyi-penyanyi popular yang terlibat dalam pementasan teater arahan bersama Ellie Suriaty Omar ini ialah Jamal Abdillah, Ziana Zain, Hattan, Iqwal, Wana serta Azlan & The Typewriter. Yang pastinya, gabungan nama-nama besar dalam bidang lakonan dan nyanyian itu membantu memantapkan lagi perjalanan cerita "Antara..." yang banyak mengundang keinsafan dan kesedaran.


dengan officemate aku, Kak Rose
watak syaitan lakonan Azahan Rani...gambar atas ni aku curi-curi snapping...
Hattan nyanyi malam tu.....lagu2 dakwah yg berunsur keinsafan
alahai abg Jamai...pun best....menghayati sungguh...nyanyi 4 lagu malam tu
Ziana Zain ..... pun ada malam tu

persembahan terbaik malam tu sudah tentu daripada Azlan Typewriter...dulu dia ni penyanyi Meet Uncle Husein...best giler vokal dia......sangat mantap!!!!!... ishhh jatuh cinta plak dgn vokal si Lan ni..huhuhu



barisan pelakon teater yg memegang watak Syaitan dalam teater ini....sgt mantap

beramai-ramai melafazkan pujian ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW...


lafaz pujian ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW diketuai oleh abg Jamal..


ketika ini semua hadirin bangun...sangat menginsafkan....Nasha menangis!!!

Hattan pun turut menitiskan air mata...

Ziana, Jamal, Azlan dan Nasha.....

anak Hattan duk belakang aku...

berborak jap dgn Umie Aida....

masa nak balik jumpa Nana and Sein....

koreografer Ray Sehati Berdansa yang lepas......



p/s - Lepas ni tak sabar nak tengok konsert Amy Search plak kat IB.....


February 25, 2010

Tiada Pemenang.... Maaf Ibu-ibu dan Bapak-bapak!!!

Kepada :


1. Epelijau - Thanks, setia membaca blogku ini

2. Inzarin - Intan, wahhhh sangat bagus sentiasa peka dengan kuiz di blog ini

3. Iena Penang - Iena, rindulah bila kita nak jumpa lagi?

4. Siti - Suka tak FM tu?

5. Moly - Tak sabar nak jumpa this weekend...nak borak-borak

6. SingAsong - Jgn lupa dating kita next week kat Putrajaya...opps!

7. Rizal - Salam perkenalan, adalah saya mengenali anda? Thanks sudi participate dalam kuiz ini

8. Zarirah Zabidi - Juga salam perkenalan dan thanks sudi mengikuti blog ini

9. Engkuazam - Laaa..naper azam tak teka harga tu? Hmmm...dah terlepas hadiah..hehehe!!!

10. Miraini - Kak Aini cayang, saya beli beg tu melalui kawan yg lain dan bukan melalui Zul Vietnam

11. Paksu - Oooo main tipu yea...teka dua kali.

12. Zaidi - Salam perkenalan , adakah saya mengenali anda?

13. Sepul - Salah lah jawapan tu sepul. Anyway, nanti kak leez bagi hadiah perfume tu this weekend

14. Burn/Qis - Salah tekalah...cuba lagi yea. Jumpa both of you this saturday kay!!!..windu-windu

15. Shima Ctos - Ada silap sikitt ajer...hampir-hampir tepat. Kena buang +++ tu baru betul. Tapi maaf yea takda hadiah.


Maaf kepada anda semua....tiada siapa yang memberi jawapan yang tepat dan betul. Ada yang sipi-sipi dan hampir tepat. Tetapi saya hanya menerima jawapan yang tepat sahaja. Saya perlu adil kepada semua orang kay!!!


Jawapannya :


RM600
(harga di butik Coach = Above RM1,500)


(jawapannya disahkan oleh kawanku Nani dan Sarina)


February 23, 2010

My New Handbag ..... Cuba teka berapa harga???



Bukan niat nak show off kay!!
Just nak share with you guys beg yang paling mahal pernah aku beli. Aku ni susah sikit nak spent duit beli branded beg. Paling branded pun beg Guess... itupun aku ada 2 buah ajer. Tapi kali ni sebab aku beli melalui teman yang gi USA...so dapatlah murah sikit.

Kalau just nak habiskan ribu raban beli kat butik Coach sini...hmmm...mungkin tak beli kot. Lebih baik aku spent duit tu kat holiday...hehehe. Tapi yang ni murah aje tak sampai pun ribu. Anyway i like this beg....sesuai dengan taste aku. Bak kata kawan aku....pergi kerja tempat baru kena serba serbi kena baru. Kasut baru, baju baru..hmmmm beg pun baru. Ada lagi satu.....nak cari bf baru plak...oppppssss!!!!

Jom kita main teka teki. Cuba teka harga beg Coach ini.
Ada hadiah untuk anda hokay!!!! Tetapi kepada beberapa teman yang dah tau harga beg ini.....maaf yea anda tidak layak untuk menjawab teka teki ini.



February 22, 2010

Fridge Magnet Collection...... Tambah Lagi !!

FM from Philippines.....pemberian my bro, Izam......he just back from there..


aku beli sendiri kat Hadyai...suka yg gambar tuk-tuk tu....

pemberian daripada Shima Ctos....masa dia makan angin di Kuching...thank your dear!!!!

beli sendiri di Nite Market, Batu Feringgi, Penang...masa kenduri kahwin Sepul

hadiah from Sarina....beli masa dia balik kampung halaman...thank you dear!!!

pemberian daripada EncikSepul..... beli masa dia gi pre-honeymoon di Langkawi.....thanks!!!!


aku beli sendiri di AFamosa Melaka masa ada kursus di sana..... ingatkan nak beli utk kawan2....alamak tak jadi...mahal sangat beb...harga RM8.00....mahal kan!!!!!



Gift For Me... Thanks!!

Gift dalam paper beg cantik ni...

thanks to my dear friends for this gift .... i like it!!!

my pic when i was kid...hehehe....just wondering where they took it from???...hehehe




February 20, 2010

Another Farewell Party For Me...Thanks!!!



Thanks for this 2nd farewell party for me. But this time organized by Kelab Sukan dan Kebajikan. Terharunya dan terkejut pun ada. Tiba-tiba ajer they all bgtau esoknya ada high tea for me. Aduhh...segannya. Macam-macam makanan disediakan pada petang hari terakhir aku di opis lama last Friday.

Bukan itu aje, aku kena bagi sepatah ucapan di depan semua staff...belasah beb!. Thanks juga pada sumbangan wang dan gift yang diberi. Alhamdulillah rezeki gak tu. Minggu terakhir aku di opis lama, aku sibuk mengemas barang. Banyak betul barang-barang yang aku duk mengemas memandangkan sudah 10 tahun aku berkhidmat dalam bidang penyelidikan. So, kena hand over assignment yang ada kepada staff lain.

So, sekarang aku dipinjamkan ke anak syarikat yang mengendalikan majalah terkemuka dan popular di Malaysia. Tak payahlah aku sebut company apa. Mesti ada yang dah tau dan bagi yang tak tau lagi tu..... carilah sendiri yea..huhuhu. Aku beralih arah ke bidang yang baru. Banyak benda aku kena belajar dan satu cabaran hebat bagi ku. Bidang baru ni aku kena ringan mulut, banyak idea, selalu jumpa client, banyak paper work, mungkin selalu outstation dan yang paling penting kena committed pada kerja walaupun di hujung minggu. Perrrghhhh...suatu cabaran baru bagiku dan tentunya aku akan selalu busy. Insya Allah aku akan cuba yang terbaik untuk company. Doakan sinar kebahagiaan utkku di tempat baru ini yea!!!!


dengan rakan-rakan seoffice..

terima kasih banyak-banyak







February 17, 2010

Cowboy Town Show @ AFamosa Melaka


Malam hari pertama kami pi Cowboy Town Show. First time gak aku masuk ke sini. Aku tak tau berapa harga masuk untuk show ni coz semuanya dibayar oleh company. Agak ramai gak malam tu. Ramai pelancong tempatan dan pelancong Arab. Start lebih kurang pada jam 9.00 malam macam tu.

Disebabkan akan menyambut Tahun Baru Cina masa tu, so banyaklah hiasan tanglong di sini. Keadaan kedai-kedai di dalam ini bercirikan Cowboy Town. Nak kata menarik suasana dalam ni...hmmmm aku rasa biasa ajer. Cowboy Town Show plak bagi aku biasa-biasa ajer gak. Aku memang tak berapa minat tengok benda-benda mcm ni. Tidak begitu teruja bagiku.


temanku Laila dan Munira

ada lagi...pak harimau ni....

gong xi gong xi...
jualan t-shirt and souvenir dalam ni

persembahan api daripada abang-abang cowboy api....

aku tengok dorang ni bukan mcm cowboy tapi mcm red indian ajer...







sajer nak tunjuk skill aku amik persembahan api guna dslr...

masa break...dorang bukak lagu arab.....berduyun-duyun mak pak arab ni beronggeng. Menyampah pulak aku...over giler. Yang orang kita ni melopong tengok dorang...Hmmm aku memang anti Arab-Arab yg dtg ke Malaysia ni.....

pastu ada show parade mcm ni.....hmmm biasa-biasa ajer..

pastu binatang-binatang tunjuk skill lalu depan penonton....

ni badut memperbodohkan diri.....very the low class show..


then sebagai acara penutup...ada persembahan bunga api...kelam kabut aku tukar setting...jadi tunggang langgang gambar aku...oklah tu...first time try..



hari ketiga masa nak balik after selesai sessi brainstorming....Munira and Kat
aku dgn Munira...

shuttle bas masa nak balik ke banglo kami
aku dgn Kat...

inilah banglo yg aku duduk...ada 4 bilik....weekend ratenya RM700-RM800....ada swimming pool belakang banglo tu

ni lagi banglo yg lain....nampak tak pool depan tu...