December 31, 2009

Welcome 2010 !!!... Good Bye 2009....




Tahun 2009 meninggalkan kita... Maka tahun 2010 pula menjelma..

Banyak sangat kenangan-kenangan indah aku di tahun 2009 yang sudah tentu akan tetap menjadi ingatan aku sampai bila-bila. Kenangan pahit pun ada juga.... aku tak mahu fikir pasal tu. Biarlah ia berlalu begitu sahaja.

Kenangan indah 2009 :

1. Sejak aku start blogging tahun 2008, aku sudah mengumpul lebih ramai teman-teman yang terdiri daripada blogger dan juga bukan blogger. Mereka terdiri daripada follower blog aku ini, pelanggan business Crocs, pembeli choc cake/kueh raya dan pencinta travelling blog. Thanks pada anda semua. Andalah sumber inspirasiku untuk bekerja keras mendalami selok-belok dunia blogging dan terus mencintainya. Hidup aku sudah kembali ceria dengan dikelilingi teman-teman blogger yang serba-sedikit mengisi ruangan hidup aku.

2. Rezeki aku murah tahun ini. Sebelum ini aku segan nak berniaga dan menjual barang. Tetapi dengan adanya blog ini, aku start berani mencuba dunia perniagaan kecil-kecilan. Satu perasaan yang seronok dan membuatkan aku busy seketika dengan dunia baru ini.

3. Aku suka travelling. Alhamdulillah aku sempat berjalan-jalan ke beberapa tempat. Tahun ini aku dah berjalan ke Jakarta/Bandung (walaupun dah pergi banyak kali), Bali (juga dah banyak kali pergi) dan destinasi yang paling aku idamkan iaitu Europe Tour. Semua destinasi tu menjadi kenangan terindah dalam hidupku.

4. Sejak aku mengenali Facebook, aku jumpa balik kawan-kawan lama aku yang dah lama terpisah sejak zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan teman tempat kerja lama. Selepas itu, ada yang aku hanya contact melalui phone dan ada juga yang aku membuat pertemuan dengan mereka. Seronok sangat. Macam-macam cerita lama terkeluar dan sudah tentu kenangan indah dalam hidup aku.

5. Aku peliklah tahun 2009 saham aku betul-betul naik. Huhuhu. Macam-macam orang aku kenal dan macam-macam orang nak berkenalan dengan aku. Ada yang dari Malaysia dan ada yang di luar Malaysia di mana aku kenal mereka melalui percutian aku di tempat-tempat tersebut. Semuanya aku layan baik dan ada yang aku tolak dengan penuh diplomasi. Di tahun ini juga aku makin rapat dengan M.

Azam aku di tahun 2010 :

1. Bekerja keras mencari rezeki lebih sikit. Memberi yang terbaik kepada syarikat yang aku bekerja sekarang.

2. Lebih mendekatkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan amalan akhirat. Kita hidup ni pun entah sampai bila. So, bersiap sedialah apa saja amalan. Insya Allah semoga doaku dimakbulkan Allah.

3. Ingin selalu disayangi dan dikasihi oleh sesiapa sahaja yang dekat dengan diriku sama ada keluarga, teman-teman dan orang tersayang.

4. Azam nak meneroka lagi ke negara-negara lain yang aku belum jejak lagi. Aku aim nak jejak Australia pulak. Insya Allah ada rezeki aku akan sampai juga. If ada duit lebih nak pi London lagi..jumpa yang tersayang.

5. Kalau jodoh dah sampai...tentulah itu yang aku harapkan. Semua tu rezeki Allah. Jika pintu rezeki tu nak datang...tentulah ia akan datang juga. Insya Allah. Doakanlah yang terbaik untuk aku dan masa depan aku. Dengan siapa...itu semua urusan Allah.



December 29, 2009

Day 14 : Europe Tour ( London, UK - Part 2 )




Hari ini kami ke London lagi sebab semalam punya trip tak sempat nak cover semua tempat. Sepatutnya plan kami kalau dapat cover semua tempat semalam hari ni nak gi country side pulak macam kat Birmingham atau Leicester. Tetapi memandangkan tak dapat nak cover semalam, so kami kena pergi gak hari ni. Esok malamnya kami dah nak balik KL...dah tak ada masa.

After breakfast di rumah M, kononnya nak bertolak awal pagi sikit tetapi tak sempat gak sebab terkial-kial patah balik masuk rumah M semula aku nak pakai long john sebab tak tahan sejuk. Hari ni sudah semakin sejuk iaitu 3 degree celsius. Masa hari pertama kami sampai London hari tu, hanya 10 degree celcius sahaja. Now dah 3 degree pulak. Memang sejuk giler kat sini.





this is Camden Town




Seperti semalam, kami parking kereta di Camden Town dengan harga GBP12....sama harga macam semalam. Kali ni kami jalan-jalan dulu kat Camden Town beli souvenir lagi. Kedai yang kami pergi ni memang sangat murah. Semalam menyesal beli kat kedai yang mahal sedikit padahal barangnya sama aje. Old Englishman yang jual ni memang baik sangat. Kalau kita mintak diskaun mesti dia bagi punya. Lagipun kedai dia mcam gerai tepi jalan aje. Bukan macam kedai lot yang kami pergi semalam. Sebab tulah murah kot.

Yang paling kelakar, everytime aku beli, mesti dapat harga yang aku nak. Siap Englishman tu tegur aku "You are so sweet and warm!!!!" Huyoooo...M terdengar terus datang kat aku and tanya Mat salleh tu. "What??? u said she's so warm...hello.. she's my girlfriend you know!!!" Hahahaha...nak tergelak aku. Cemburu rupanya Mr. M ni.


kat sinilah tempat aku beli t-shirt.... sebijik mcm Petaling Street...dpt sehelai GBP5...good quality

ni kedai souvenir Englishman yang tegur aku tu....tepi jalan aje..aku lupa nak amik pic dia




Kami menaiki London Underground dari Camden Town Station dan menuju ke Westminster Station. Di sini kami dapat melihat Big Ben & House of Parliament, Westminster Bridge and London Eye. Dari kejauhan dah nampak London Eye...just amik gambar. Di
antara Big Ben dan London Eye di pisahkan oleh Thames River dan kami kena melalui Westminster Bridge.

Cantiknya permandangan di sini. Tetapi yang tak bestnya, masa nak ambil gambar di Big Ben & House Parliament macam tak cantik coz kami disinari oleh matahari waktu tengahari. So, gambar nampak gelap. Puaslah aku cari angle yang bagus...still macam tu gak. Bangga jap coz waktu itu tepat jam 12 tengahari dan jam di Big Ben tu berding dong sebanyak 12 kali.


me @ London Eye
I'm here babe @ London Eye


me @ Big Ben



Big Ben is the nickname for the great bell of the clock at the north end of the Palace of Westminster in London,[1] and is often extended to refer to the clock or the clock tower as well.[2] Big Ben is the largest four-faced chiming clock and the third-tallest free-standing clock tower in the world.[3] It celebrated its 150th anniversary in May 2009 (the clock itself first ticking on 31 May 1859),[4] during which celebratory events took place

The Palace of Westminster, or the Houses of Parliament as it is also known, has changed dramatically over the course of nearly a thousand years of history. Transformed from royal residence to the home of a modern democracy, the architecture and cultural collections of the Palace and the wider Parliamentary Estate have continually evolved, sometimes by design, sometimes through accident or attack.

I'm here babe @ Palace of Westminster
London Big Ben sharp at 12pm

Palace of Westminster or House of Parliament

nearby Thames Rives
Wesminster Bridge


Westminster Bridge was esteemed one of the most complete and elegant structures of the kind in the world. It is built entirely of stone, and extends over the river at a place where it is 1,223 feet broad, which is above 300 feet broader than at London Bridge. On each side is a fine balustrade of stone, with places of shelter from the rain. The width of the bridge is 44 feet, having on each side a fine Footway for passengers. It consisting of fourteen piers, and thirteen large and two small arches, all semicircular, that in the centre being 76 feet wide, and the rest decreasing four feet each from the other; so that the two last arches of the thirteen great ones are each 52 feet. It is computed that 40,000l. value in stone and other materials is always under water.

This magnificent structure was begun in 1739, and was finished in 1750, at the expense of 389,000l., defrayed by parliament. It was built after a design of Mons. Labelye, an ingenious French architect.




Berjalan kaki sikit melalui Westminster Bridge merentasi Thames River, kami sampai dah ke London Eye. Tak naik pun sebab rasa macam tak berminat pulak. Aku tak tahu berapa harga kalau nak naik London Eye ni. Aku just berposing di sini. Ramai betul tourist di sini. Memang tempat tourist attraction.

Masa kami melalui jalan ni, aku ternampak ada ramai orang berkumpul di sini. Rupanya tempat ini juga dijadikan tempat cari makan untuk mereka yang nak menggayakan pakaian pelik. Depan dorang ada mangkuk menagih simpati orang ramai untuk beri derma. Macam-macam cara kan orang nak mencari makan. Entahlah aku macam tak berminat nak tengok lama-lama di sini. Aku just ambil gambar mereka dari kejauhan aje. Nothing special here!!!. Hanya orang badut just berdiri dengan berpakaian pelik.



patung Mickey yang entah apa-apa..

tengoklah pakaian pelik dorang utk tagih derma orang ramai....

ntah apa2..
yang ni plak...apa hal lah pakai baju mcm tu pastu naik basikal....sengal lah

ni plak konon buckingham palace guard..... tak sesuai...

Thames River







Masa kami nak balik dari sini, kami melalui this bridge. Ya Allah, angin punyalah kuat. Rasa macam nak melayang. Disebabkan angin terlalu kuat, aku macam kejang kaki sebab terlalu sejuk. Gigi aku pulak terketar-ketar kesejukan.

Memang aku betul-betul tak tahan sejuk masa ni. Dugaan betul. Kalau cuaca sejuk tanpa angin masih boleh tahan. Tetapi kalau cuaca sejuk dengan berangin...memanglah macam nak pengsan.



Kami berjalan kaki lagi menuju ke Traffagar Square pulak. Kat sini pun merupakan tempat wajib kena pergi kalau anda bercuti ke London. Masa kami berjalan kaki tu, aku sempatlah snap sana sini apa-apa yang menarik. Aku sempat berposing dengan London Public Bus yang merah menyala tu. Pantang nampak Telephone Booth pun nak bergambar lagi. Memang inilah merupakan salah satu daya tarikan di London. If u look at this bus and telephone booth, u will know that was London.

Semasa sampai di Traffagar Square, kami semua dah tak tahan kesejukan. M ajak lepak kat coffee house pekena coffee jap. Dia belikan aku hot chocolate. Panaskan badan jap dalam coffee house. Satu lagi aku nak bgtau, kat sini kita tak boleh nak buang air sesuka hati di mana-mana kedai ke...cafe ke...shopping complex ke. If you are one of the customer, barulah you boleh pakai toilet. Depa akan bagi code number and then only you can enter the toilet. Masa aku kat Swiss pun macam tu...siap ada sekatan jalan kalau nak masuk toilet...kena masukkan token syiling baru boleh enter. Itupun kalau u memang customer that shop.



me @ London Public Bus..... original hokay!!!!

Traffagar Square...ambil gambar dari kejauhan aje...tak larat nak jalan...sejuk sangat


me @ Traffagar Square London


sekarang dah boringlah tempat ni coz dah tak ada burung merpati....dorang hapuskan sejak kes selesema burung dulu tu...

Then, kami naik tube lagi menuju ke Ealing untuk membeli perfume. Ada sale kat sana. Lupalah nama kedai tu. Check kat internet ada sale jualan perfume di sini. Aku beli berbotol-botol perfume gak di sini. Aku beli perfume brand Hugo Boss, CK, DKNY, Paris Hilton and Ben Sherman. Ada yang aku punya dan ada yang bagi souviner dan kiriman orang. Ada satu kedai yang aku beli tu...you can get 50% off for the second perfume. Sorry aku lupa nak snapping kedai perfume di sini...sebab dah sakan bershopping kan.

On the way balik, kami plan nak pi makan mana-mana yang sempat. Lapar giler woohhh...masa tu dah menunjukkan jam 5 petang....dah mula gelap. So kami decided to try Fish and Chips pulak. Kat UK ni memang terkenal dengan makanan tu. Nampak restoran Arab yang jual Fish and Chips. Hmmm....bolehlah tapi taklah sedap sangat. Sebab ada satu benda kurang di sini. Sebab takada cili sos yang sedap mcm kat Malaysia. So, aku rasa macam kureng sikit...kurang kick!!!! Aku tak habis makan fish ni sebab besar sangat. Order yang medium tapi dapat yang large but pay for medium size lah. M yang tukang habiskan ikan aku.

fish & chips

on the way balik ke parking kat Camden Town.....lalu kat kedai ni

akhirnya beli nasi kat sini...satu bungkus GBP3....amik aje apa2 lauk....

Kami terus balik ke Northampton dan meninggalkan Kota London. Sedihnya aku sebab tak puas berjalan di sini. Aku rasa 2 hari tu memang lah tak cukup. Silapnya pukul 4 petang dah gelap di sini. Tu pasal rasa masa tak cukup nak cover every places. Ada satu tempat yang aku sangat-sangat regret....aku tak sempat gi Oxford Street....uwaakkkkkk...sedihnya aku. Itulah tempat yang aku nak gi tapi tak kesampaian. Takpalah next trip aku akan sampai juga.

Masa dah nak sampai ke rumah M, kami singgah kat supermarket Morissons untuk membeli barang makanan untuk dibawa balik ke Malaysia. Aku sukalah tengok supermarket dorang....best dan macam-macam barang ada. Malam tu aku sempat beli roti panjang perancis yang belum di bakar...aku beli coklat sikit ( ada sale...murah)...aku beli buah epal pink lady...sedap giler dan macam-macam lagilah.


best roti kat sini...mcm jenis...giler aku tengok




coklat ni sedapp...

macam-macam jenis coklat ada..... memang murah