July 31, 2009
July 30, 2009
Wedding Day Shafique & Ida : Day 3 - Jawa Wedding
Sungguh ayu si mempelai ini berbaju Jawa Sunda......aduhhh sungguh cantik sekali.
Senyuman melirik di saat hendak melintasi permaidani merah.
Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada kedua-dua mempelai...Ammie Shafique dan Zuraidah. Persalinan Jawa yang didatangkan khas dari Jakarta dan Bandung.
Mempelai diiringi dengan alunan muzik dari bag pipe askar. Tetamu undangan yang hadir terpaku seketika dengan iringan muzik ini. Selalunya kan pengantin mesti diiringi dengan pukulan kompang. Tetapi majlis perkahwinan ini memang ada kelainan sedikit.
Berkampung 3 hari 3 malam di Ipoh memanglah penat tetapi sangat berbaloi kerana majlis perkahwinan konsep Jawa ini telah berjaya direalisasilkan dengan begitu meriah sekali. Kepada pengantin....nak honeymoon ke mana tu???? Huhuhu......
bag pipe askar
July 29, 2009
Wedding Day Shafique & Ida : Day 3 : Persandingan Rumah Pengantin Lelaki
Wedding of the year....
Jawa Wedding Concept....
Memilih tema Jawa untuk majlis perkahwinan my cousin yang diadakan di Ipoh. Segala persiapan membeli-belah baju Jawa telah dilakukan di Jakarta. Akhirnya tema Jawa ini berjaya juga. Memilih sedikit kelainan daripada majlis-majlis kahwin yang biasa kita lihat. Kebetulan kami sekeluarga pun memang ada darah keturunan Jawa, maka konsep Jawa yang dipilih.
Majlis perkahwinan yang sangat meriah. Meriah kerana boleh dikatakan seluruh sanak-saudara begitu sporting memakai baju Jawa. Yang lelakinya siap dengan blongkon dan samping Jawa. Manakala yang perempuannya dengan kain corak Jawa. Majlis persandingan ini diiringai dengan lagu Gamelan Jawa. Sungguh meriah sekali.
Jom kita lihat fesyen-fesyen baju Jawa yang telah digayakan oleh kami sekeluarga.