Ads

August 29, 2011

Salam AidilFitri


Dikesempatan bulan yang mulia ini, nak ucap Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih masih setia menjadi tetamu blogku ini. Maaf zahir batin atas segala kesilapanku....kuhulur sepuluh jari maafkan diriku.

Tahun ini seperti biasa....aku akan beraya di KL sahaja. Takda kampung..huwaaaaaa!!. Takpalah still meriah jugak beraya di sini. Cumanya yang best jalanraya tak sesak...siap boleh golek2 tengah jalan raya tu ahaksss!!! Kepada sesiapa yang beraya kt KL tu....sudi-sudilah datang beraya ke teratakku. Message me ajer. Insya Allah makanan lazat akan dihidangkan kepada tetamu semua.

Ok...nanti jumpa lagi after raya. Sibuk bebenor skrg ni. Nak update blog ni pun tengah malam bila nak tidur...hehehe.



August 24, 2011

Busy!!



Title macam gempak mengalahkan PM. Entah apa yang busy sangat tu. Tapi sempat pulak nak update blog tu. Yelahhh...demi pembaca semua aku gigihkan juga update blog ni. Tak best pulak biarkan blog ni bersawang. Pasni dah sibuk berhari raya lagilah ia bersawang. So, better aku update apa yang patut.
Lately ni aku memang busy betul lah...banyak benda nak kena fikir dan buat. Sampaikan aku stress balik hehehe. Apa yg busy sgt tu???

1. Nak siapkan kueh raya yang orang order. Mama ku sebenarnya yang buat tapi aku jadi master mind uruskan senarai order. Tapi moist choc cake ...aku yang buat sendiri. Tu pun pening nak handle ....nak confirmkan dgn customer bila nak amik cake tu. Cookies tu pun sama...aku duk message tiap sorang utk ingatkan mereka bila nak collect cookies tu.
2. Asik ulang alik gi kedai barang bakery.....kejap2 mama call itu habis..ini habis. Aduhhhhh penat aku ulang alik gi kedai tu. Bila last minit ada yg nak order cookies...aku terpaksa ulang alik kedai bakery beli barang2 tu semua. Sib baik beli kat Bangi ajer. Kalau dulu aku kena gi Chow Kit nak dapatkan bahan-bahan tu.
3. Letih uruskan event cabaran sihat yang aku organize ni. Boleh dikatakan tiap hari aku ada appointment luar dengan penaja. Lokasi utk launching belum settle lagi...aduhhhhh pening kepala ahkak tau!!!! Dah few times location cancel. Sesapa yg belum hantar borang penyertaan....ada masa lagi boleh hantar. Tarikh tutup 15th Sept depan.
4. Busy nak uruskan hal jual-beli rumah. Aku plan nak jual rumah yg tenant aku duduk sekarang. Bank tu tak habis-habis call aku mintak itu ini dokumen. Letihlah aku nak layan. Otak stress tau.
5. Nak kemas rumah lagi. Raya dah tak lama lagi. Aduhhhhh letih ahkak tau. Sekrang ni pelan-pelan aku kemas rumah dan tukar langsing mana yang patut. Cuba citer sapa lagi nak harap. Ahkak jugak. Tu pun kami hire pembantu utk bersihkan rumah buang segala habuk sana sini. Aku sekarang ni memang sensitif dgn habuk.
6. Busy fikir nak tukar duit raya. Aku terhegeh2 punya pasal sampaikan duit baru dah habis. Terkilan ahkak. Minta tolong member atas member tolong tukarkan. Itupun dapat duit RM1 sahaja. Duit RM5 dan RM10 elekkkkk dah habis. Uwakkkkkkk.


Itulah serba sedikit kisah busy aku ni. Huhuhuhu...kalah PM kan. Ahaksssss.


p/s - Alhamdulillah dah selamat pulang ke tanah air. Terima kasih doakan utkku.





August 22, 2011

Iftar Dan Persiapan Hari Raya 2011







Sekejap ajer dah nak raya kan. Pejam celik pejam celik tetiba esoknya dah raya. Rasanya baru jer start berpuasa hari tu. Alhamdulillah aku dapat mengerjakan ibadah ini dengan tenang-setenangnya. Semoga Allah memakbulkan doa-doaku di bulan yang mulia penuh barakah ini.


Jeng-jeng nampak tak gambar lemari cermin kat atas tu?? Aku hanya mampu beli yg murah-murah ajer. I have no choice kena beli jugak sebabnya lemari yang sedia ada dah penuh sarat barat....nak bagi tetamu tengok pun rasa malu. Ada hati tu nak masuk segala benda dalam tu tetapi lemarinya kecik ajer. So aku tekad beli ajer lagi satu...lebih kurang ajer mcm yang lama. Yang penting ada cermin boleh nampak koleksi piring hiasan aku tu..ahaksss. Benda ni sangat berharga bagiku....kenangan ole-ole overseas. So sekarang aku dah susun bagi cantik....barulah sedap mata memandang. So, jemputlah datang umah aku yea raya ni...ngeh3.


Masa aku duk mengemas almari tu...ada seorang budak kecik ni pun turut mengemas. Aku bukak lemari...dia pun nak bukak lemari. Aku susun barang...dia pun sibuk nak susun. Aku kata jangannn.....nak tau apa yg dia buat???? Campak kusyen merata rumah....buang alas meja ke lantai, sepahkan barang-barang. Ya Ampunnnnnnnnnnnn...pengsan aku dibuatnya. Siaplah raya nanti....segala alas meja, hiasan bunga meja dan kueh raya menjadi mangsanya. Camna tu???Nak tengok tak rupa budak kecik tu??? sila ke bawah...


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


>>


inilah dia anak buah kesayangan aku yg bertambah comel dan bijak. Keletah dia buatkan kami seisi rumah ketawa berdekah-dekah. Sekarang ni dah pandai semangat raya. Dulu pantang letak apa sajer atas kepalanya dia tak suka...tapi so surprise dia suka bila mummy dia cuba pakaikan songkok...wahhhh perkembangan baik hahaha. Pastu dulu takut dengan orang...tapi sekarang dah pandai salam dan cium tangan lagi..huhuhuhu. Ada sebab tu naper mummy nya ajer mcm tu. Sebab nak minta duit raya ler tu..muahahaha.



budak comot..... Zarieff in the houseeeeee.......







Lihat gambar di atas. Ia diambil ketika aku menghadiri majlis jemputan berbuka puasa seniman dan seniwati lagenda di Saloma Bistro. Seronok nyahhh....dapat jumpa face to face artis2 pelakon lama. Yang masih tampan dan segak ialah Dato' Jins Shamsudin dan Dato' Mustafa Maarof. Maaf sekarang ni aku kurang mood utk berfotografi pikul DSLR...so aku pakai camera hp ajer....tu pun blur jer gambarnya. Siap ada show lagi...persembahan daripada Ahmad Fauzi and the gang.


Makanan di sini memang sedap....siap ada kambing golek uolssss. Buffet Ramadan di Saloma Bistro ialah RM65 utk tanpa show dan RM80 with show. Mahal kauuuu. Takat free aku bolehlah datang. Kalau nak kena bayar...hmmmmm kim salamlah nak membazir tak tentu fasal macam tu. Makan pun ala kadar ajer. Mekasih juga atas duit raya yang diberi kepada para media....dapat RM30 sorang...weehuuuu rezeki. Alhamdulillah.






Gambar di atas pulak semasa aku membeli hiasan bunga meja di Jalan TAR - syurga membeli belah di KL. Aku gi sorang ajer. Awal pagi Sabtu aku dah keluar rumah....parking cantik punya. Senang nak keluar nanti. Tujuan aku ke sini ialah nak cari tudung raya. Konon nak beli sehelai dua ajer....sekali aku terbeli enam helai gitu...waduhhhh. Bukan apa...murah pulak tu. So, alang-alang dah ke sana....boleh beli untuk pakai ke tempat kerja sekali.


Selain daripada tu aku juga ada beli sedikit hadiah hari raya utk family dan sedara mara aku. Sesekali bersedekah di bulan penuh barakah ni ....tinggi pahalanya. Yang penting kita ikhlas. Ada rezeki lebih apa salahnya kita berkongsi rezeki dengan mereka.


Sempat jugak aku membeli hiasan bunga meja di kedai pada gambar di atas. Sebenarnya aku malas nak raya sangat tahun ni sebabnya hati aku mcm kosong ajer lately ni. Tetapi bila kita selalu dengar syarahan dan tazkirah agama masa terawikh...walaupun hati kita kurang gembira apa salahnya kita gembirakan hati ibu dan bapa kita selagi mereka masih ada di muka bumi ini. Banyak pahalanya.


Satu ajer niat aku....aku buat semua tu demi mama ku. Aku nak dia gembira di hari yang mulia ini. Dia nak rumah cantik dengan kehadiran tetamu...so aku cantiknya rumah ini utk mama ku. Dia nak aku sambut raya dan pakai baju raya cantik-cantik. So, aku turutkan kehendak mamaku...akhirnya aku beli jugak sehelai dua baju. Ikutkan hati dan plan aku...memang aku tak nak raya, tak nak beli baju raya dan tak nak berada di sini. Aku nak gi jauh-jauh buat seketika. Tetapi bila aku pikir balik....selagi mamaku masih ada apa salahnya kita berkorban sedikit utk dia. Nanti kalau aku tak beraya kat sini mesti mama ku akan sedih. Akhirnya aku pasrah.







Malam tadi juga aku berbuka di luar dengan teman-teman. Seorang tu teman masa di universiti dan seorang lagi tu teman blogger yg baru balik dari mengerjakan umrah....berseri-seri tengok muka dia. Agak-agak korang kenal tak mereka itiewwww? Hehehe....alaaa yang sama-sama gi Perhentian dengan aku hari tu. Dah lama tak berkumpul sejak kami balik dari Perhentian. So, di kesempatan semua ada di KL...kami berbuka puasa sama-sama di Restoran Nasi Ayam Penyet Best di Desa Pandan.


Lepas berbuka, kami pi solat maghrib, isyak dan sunat terawikh di surau Taman Maluri. Alhamdulillah selesai sudah. Then, teman blogger tu nak balik Penang malam tu jugak. Semoga selamat sampai ke destinasi. Nanti Raya kita jumpa lagi...Insya Allah. Jangan lupa plan kita nanti.





August 19, 2011

Juadah Berbuka Puasa @ Ramadan







Jangan pulak korang terliur di siang hari bulan puasa ini pabila melihat kambing golek di atas. Ngeh-ngeh-ngeh. Memang sangat mengancam dan terliur wahai kawan-kawan ku. Gambar di atas di ambil ketika aku berbuka puasa di Hotel Residence, Bangi bersama-sama teman sepejabat atas jemputan dari anak syarikat sebelah opis aku.


Difahamkan harga buffet Ramadan di sini ialah RM60 per person. Makanannya fulamakkk sangat banyak pilihan dan sedap. Tak terlarat aku nak makan semua. Just pilih-pilih yang aku minat ajer. Malas nak bawak camera...so aku hanya sempat snap kambing golek ini yang begitu menarik nafsu berbuka puasa ku..hahahaha. Sedap kambing ni....rempah ratusnya terasa bebenor.


Then di hari lain, aku juga berkesempatan berbuka puasa di Radius International Hotel atas jemputan Majlis Aids Malaysia. Ada beberapa orang artis turut hadir di majlis ini iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaezah dan Fahrin Ahmad. Aku bergambar dgn Fahrin jerkkk tapi gambar itu ada di camera temanku....lupa nak mintak kat dia. Dorang kata pakaian kami berdua sedondon gitu ahaksss....kebetulan ajer. Aku taklah minat sangat si Fahrin ni...tapi oklah sajer suka2 nak bergambar. Makanan di sini..so-so ajer. Syukur dgn rezeki Allah....terima kasih kepada yg menjemput.

Hari-hari lain aku banyak berbuka di rumah....aku lebih suka dan selesa sebenarnya. Sebab senang nak solat maghrib dan berterawikh. Kalau berbuka kat luar...almaklumlah terkejar-kejar nak pi solat maghrib...terawikh dah tentu burn gitu ajer. Last week aku tinggal terawikh gak beberapa hari coz keadaanku yg kembali tidak sihat....sakit tekak, flu dan batuk yg tidak selesa sangat. So, terawikh di rumah ajer lah.



juadah berbuka di rumah....aku minta mamaku masakkan spaghettie carbonara my favourite dan kueh-mueh lain beli ajer di Pasar Ramadan

ni juadah di hari yg lain....mamaku masak nasi lemak dgn sambal sorong & ayam berempah. Sedappppnyaaaa....sehinggakan aku terus mengantuk lepas berbuka. Perghhh penangan nasi lemak begitu dahsyat sekali....cannot-cannot !!!!




Ada lagi satu majlis berbuka puasa di luar juga atas jemputan....diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan. First time aku gi tempat ini. Subahanallah cantik dan besarnya masjid ini. Majlis ini diadakan di ruang tempat makan muslimin dan muslimat. Nak tau...majlis atas jemputan siapa??? Tadaaaaaaaaaaaaaa.....


>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>

>>


inilah dia...kakakku Datuk Siti Nurhaliza....opppppsss sapa yg kakak sebenarnya? Cuba korang peratikan betui-betui sapa yg kakak? Hahahaha...
Ramai pulak yg kata muka kami seiras...adakah?????
entah????


Majlis berbuka ini sebenarnya anjuran SimplySiti produk kecantikan tuan punya diri Datuk Siti Nurhaliza. Terima kasih atas jemputan. Dapat jugak aku bergambar dengan dia. Comel ajer kan. This is my third time bergambar dgn Datuk Siti. Sebelum ni ada juga beberapa kali jumpa beliau.


Oklah sekian sahaja beberapa sketsa berbuka puasa aku utk tahun ini. Pasni ada lagi jemputan berbuka daripada client tapi belum tetapkan hari nak pergi bila.....sibuk memanjang tiap petang keluar menguruskan event cabaran sihat aku tu.....penat wehhh. Alhamdulillah so far good responds dari para pembaca. Nanti aku akan update lagi kayyyy.


p/s - Sedih sebab asik terlepas panggilan phone dari Mekah/Madinah. Rasanya ada dekat 8 kali missed call waktu yg berlainan. Aku tak sempat nak pick up sebab tgh tidur, tgh mandi, tgh meeting dan tgh busy...alaahhhhh sedihnya. Rindu lahhhh.





August 15, 2011

Cabaran Sihat 6 Minggu Bersama Kevin Zahrin & iSihat






Nampak tak gambar di atas?
Aku tak retilah camana nak besarkan gambar ini lagi. Tolong bantu.

Iklan di atas telah keluar di akhbar Utusan Malaysia pada hari ini 15hb Ogos.
Akan keluar lagi di akhbar yang sama pada 18hb Ogos.
Esok pula pada 16hb Ogos dan 19hb Ogos keluar di akhbar Kosmo.

Kepada sesapa yang menghadapai masalah lebihan berat badan (obesiti) dan berazam nak langsing dan sihat...bolehlah masuk pertandingan ini. Borang penyertaan boleh dapatkan di akhbar yang dinyatakan diatas.
Kalau nak tahu lagi tentang pertandingan ini dengan lebih lanjut...boleh hubungi saya di syarliz@hotmail.com.

Hanya terhad kepada 24 orang peserta terpilih sahaja (dikenakan bayaran RM370)
Hadiah??? Sangat lumayan.
Tempat pertama : RM3,000 & hadiah sampingan
Tempat kedua : RM2,000 & hadiah sampingan
Tempat ketiga : RM1,000 & hadiah sampingan


Disamping itu ada beberapa aktiviti yang diWAJIBkan (hari sabtu-hujung minggu) :
1. Latihan kecergasan - 8hb Okt
2. Jungle Trekking - 15hb Okt
3. Futsal - 22hb Okt
4. Amazing Race - 29hb Okt
5. Berakit - 5hb Nov


Di samping itu juga ada sessi kaunseling secara individu bersama pakar pemakanan Kevin Zahri. Dia akan menerangkan cara-cara pemakanan yang betul mengikut program diet yang dia amalkan.

Best tak????? Mestilah bestkan....

Cepat-cepat jangan lepaskan peluang anda!!!!!
Kepada 100 penyertaan pertama akan menerima rawatan Tummy Flat dari Bizzy Body dengan nilai harga RM280




p/s - letih aku urus event ni....bukan sajer participant yg akan kurus....organizer pun kurus gak ahakss...harap2lah Insya Allah :p


August 12, 2011

Kerja Tertangguh ~~



Nak berkongsi cerita benda yang sudah tertangguh-tangguh nak buat tapi tak buat apa-apa pun lagi. Sebabnya....mood belum datang, malas dan kesibukan. Apa benda yang tertangguh tu?

1. Aku dah janji dgn reporter majalah Harmoni nak bagi article pasal percutian aku ke Edinburgh tetapi sampai sekarang aku tak buat apa-apa lagi. Dah 5 bulan aku balik...tapi satu apa tak buat. Sibuk pun yea....malas pun yea. Camna tu? Tolong bagi aku semangat sikit

2. Tertangguh masa nak service kereta aku tu. Dah lebih 5,000km tapi takda masa nak gi car service centre. Salah satu sebabnya aku malas nak tunggu lama kat situ....menunggu adalah benda yang aku benci.

3. Anti virus kat laptop aku ni dah expired date. Aku dah beli pun yang baru utk renew tetapi sampai sekarang aku tak buat apa-apa. Serba serbi malas dan tertangguh. Aduhaiii...naper ni?

4. Dalam almari baju aku dah sarat dengan baju-baju. So, aku nak let go baju-baju yg aku dah taknak pakai. Tapi nak mengerjakan satu-persatu dari satu pintu ke pintu almari tu....fuhhhhh memang bercinta sangat. Almari baju aku ada enam pintu. Korang imagine....pintu satu dan dua ialah baju harian & t-shirt jalan. Pintu tiga dan empat ialah baju kurung, jubah dan segala winter coat yg sarat tu. Pintu lima dan enam pulak ialah baju kerja aku, baju jalan, slack and jeans. Penuh dan sarat sampai kan takda space nak letak baju baru. Aduhaiiiiii......pening aku. Ada sesapa nak tolong aku ?...ahaksss.

5. Majalah yang melambak-lambak dan terlalu banyak. Tu pun banyak majalah yang mama ku dah jual kat "cina paper lama". Aku nak belek satu persatu dan nak buang mana yang patut pun sangat malas. Rak majalah tu sampaikan dah melimpah makin tinggi...hahahaha.

6. Nak wat rebonding rambut....asik tertangguh ajer. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan buat rebonding. Tapi tahun ni aku tak ada kesempatan nak buat....asik tertangguh ajer. Tengoklah nanti next week rasa nak buat. Rambut pun dah panjang....nak potong takat bahu cukuplah.

7. Aircond kat bilik aku tu dah patut kena service...tapi aku asik lupa ajer nak call cina aircond tu. Bila dah lupa....jawabnya asik tertangguh jugalah. Isshhhhhh....kenapa asik malas ajer sekarang ni???

Cukuplah tu....hehehehe. Actually ada byk lagi...tapi biarlah yg lain menjadi rahsia ahaksss. Tolong bantu aku camana nak buang rasa malas dan nak atur masa yang selalu kesibukan ini. Pening ahkak tau... :p

p/s - aku menyampah tul org yg busy body pasal kehidupan aku. Aku tak kacau life kau....so tak payahlah nak jadi mulut kak nam yg suka menyampai hal org lain. Mind your own business cukuplah. Bila aku dah berpatah arang dengan orang tu....yang kau sibuk-sibuk apasal. Ishhhh bahaya org mcm ni. Lebih baik kau jadi orang lain yg buat tak tahu ajer.









August 9, 2011

Stress!!!


Aku seorang yang tak suka mencampur adukkan hal kerja dengan my personal life. Ramai di antara my blog reader yang message me...bertanyakan aku kerja apa dan di mana? Hmmm...aku kerja biasa ajer..masuk office hour pagi sampai petang.

Lately ni aku sangat stress dengan kerja. Sebabnya sekarang ni aku dalam proses learning something new and different. Stress wei....iklan dah nak kuar paper next week tapi sponsorship tak confirm lagi. Aduhhhh....stress sangat. Stress aku ni sampaikan aku tak boleh nak tidur malam. Mata duk pejam tapi dalam kepala otak ni berfikir macam-macam. Percaya tak... pernah satu ketika aku gi opis tak tidur satu malam....dari malam hingga ke sahur aku tak leh nak tidur...hinggalah bawa ke pagi. Sampai opis aku tak mengantuk pun tapi kepala sakit mencengkam wei. Pastu lately ni aku asik sakit ajer (masalah tonsil)....berulang ke klinik amik ubat. Doktor kata antibody aku lemah sangat...hmmm memang pun.

Aku mengharapkan apa yang aku buat sekarang ini berjalan dengan lancar dan memberi impact yang bagus kepada diri aku sendiri dan syarikat. Cewahhh macam bagus jerkkk...muahahaha. Nasib baiklah aku takda trip mana-mana after Raya ni....sebabnya boleh dikatakan setiap minggu aktiviti aku penuh hingga pertengahan bulan November. Perghhhh...pengsan. Harap planning oversea trip aku for next year berjalan dengan lancar.....susah hati sebenarnya takut bos tak approve cuti lama-lama. Habislah planning aku tu nanti...uwaaaaaakkk.

Ok sekian borak-borak utk hari ini. Maaf pic takda...sebab tak tau nak letak pic apa....hehehe.


p/s- Dengar citer election bulan Nov ni kan? Hope tak overlap dgn event aku nanti. Habis kena rombak balik nanti.






August 8, 2011

Jom Futsal @ Sports Planet Ampang !!




Mari kita beriadah dengan aktiviti sihat.....jom kita berfutsal. Gambar futsal ini merupakan aktiviti riadah kami sekeluarga...adik-beradik aku dan anak buah aku semua ada. Ia diadakan di Sport Planet Ampang...berdekatan dengan Ampang Point dan bersebelahan dengan Bora Ombak. Dah few months ago...baru kesempatan nak buat review. Gelanggang futsal di sini memang bertaraf antarabangsa....dan diiktiraf.

Untuk sewa di gelanggang ini aku tak pasti berapa harganya tapi kalau anda ada membership ratenya ialah RM120 sejam. Kalau nak buat perlawanan futsal di sini boleh berurusan terus dengan pihak Sports Planet Ampang.

Baru-baru ni aku ada berurusan dengan dorang utk menganjurkan satu event...ada perlawanan sekali. Sesapa di sini nak joint friendly match boleh contact aku eh. Event ini akan berlangsung after raya ni bulan Oktober....so sesapa nak joint as one group or individual boleh ajer. Takda di kenakan bayaran kay.....friendly match ajer. Yang pasti ada artis yang akan joint. Nanti minggu depan aku bgtau event apa.




my bro and nephew sdg menggelecek bola


masa ni si kecik tu belum pandai jalan....tapi dia bersemangat nak main jugak

gelanggang futsal di Sports Planet Ampang


aku suka dengan flooring gelanggang ni....bertaraf antarabangsa






maaf kualiti gambar tak bagus...sebab aku guna hp camera ajer



cewahh anak buah aku bersemangat....yg sorang lagi tu semangat Malaysia....siap nyanyi lagu Negaraku....patriotik sungguh hehehe


ini player utama...striker gitu...hahaha boleh percaya? kau mampu? ahaksss


rest sekejap minum air


masing-masing sakan...huhuhu


yg kat belakang sekali tu....over sangat huhuhu


penat gitu.....



Sesapa yang nak joint futsal friendly match ...email aku kat syarliz@hotmail.com

Nanti kita bincang-bincang camana....tattititutu....






August 5, 2011

Nasi Arab Damsyik @ Seremban, NS


Mesti korang duk terfikir nak buka puasa apa nanti yea? Kalau rasa malas nak masak...boleh mencuba makanan Arab ini pulak. Aku memang favourite makanan Arab...so kalau boleh aku nak mencuba mana-mana restoran arab yg sedap. So far aku dah pernah try kat Saba', Al-Rawsha, Hadramawt dan al-Radji. Hmmm....yang sedap tentulah nasinya dan sambal tomato nya. Perghhhh buat terliur jer tengah-tengah puasa ni.


Bulan 5 lepas aku ada mencuba satu lagi makanan Arab yg terletak di Seremban. Komen aku tentang makanan Arab ni...sangat sedappppppppppp...(panjangnyaaa). Tu menunjukkan aku memang puashati dengan makanan tu...hehehe. Nasinya memang mantapp dan sambal tomatonya pun meletop perrghhhh. Cumanya ia agak jauh sikitlah nak gi kalau anda duk di KL. Masa aku gi ni...baru pulang dari Port Dickson dengan geng blogger. Then, kami ramai-ramai singgah makan di sini. Jom tengok apa yg kami makan....




waktu perniagaan spt di atas....tapi bulan puasa aku tak pasti pulak...


gambar aku sorang takda....cuma ada gambar dgn Song. Hahaha....


menu dan harga seperti di atas...harap korang boleh nampak yea...


fuhhhh...sedapnyaaaa...sehingga menjilat kelima-lima jari. Set ini boleh makan seramai 3 orang.


terliur tengok nasi dan ayam tu....kambing pun ada dalam tu (tertimbus dalam nasi). Harga ayam+kambing = RM50


Ya Allah....licin gitu.....itu tandanya makanan ni sedap


dulang ni pun licin.....yang tinggal tulang kambing jer...huhuhu



Kalau korang nak ke sini....ini alamatnya :


No.1, Taman Bourgainvillea, Jalan Senawang

Paroi, 70400 Seremban, Negeri Sembilan



Aku tak reti nak terangkan camana nak ke sana sebabnya aku ikut orang masa ni. So, korang pakai GPS ajer senang nak cari...huhuhu.

Ok....selamat menjamu selera dan berbuka puasa di sini.



August 4, 2011

10 Benda Penting Mesti Bawa Ketika Melancong

Kita borak-borak pasal travel kay. Aku ni kalau dengar ajer pasal travel memang celik jer mata.....walaupun ketika menaip ini aku tengah mengantuk (mata kuyu). Jom kita borak-borak pasal 10 benda penting yang aku mesti bawak ketika melancong. Ini cara aku lah....tapi kalau orang lain memang berbeza skit daripada aku. Aku ni kalau diikutkan segala benda nak bawak...hehehe. Sebab tu bila travel....baru pergi beg aku dah berat...ahaksss. Tu belum lepas balik...segala mak nenek harta benda ada dalam beg tu....campur tolak barang2 yang dibeli lagi.

Jom kita tengok...apa yg aku selalu bawak tu.....huhuhu:

1. Camera - aku mesti bawak 2 camera (DSLR dan compact camera). Utk compact tu biasanya aku masukkan dalam pocket seluar ajer. Kalau rasa malas nak keluarkan DSLR...aku capai compact ajer...mudah dan senang. Satu lagi aku tak berapa suka gantung DSLR di leher....tak selesa. Aku mesti bawak style sling bag utk menyenangkan letak DSLR yg bagak tu.
2. Sunglass - satu kewajiban ketika melancong ialah aku mesti melaram. Mak nak nampak vogue dalam gambar hokay!!!. Dah jalan jauh2....rugi ler kalau tak melaram kat negara owang..huhuhu.
3. International Adaptor - woooo benda ni sangat wajib especially jika ke oversea. Benda ni digunakan utk charge hp, camera dan laptop. Lain negara lain pula socketnya. So, international adaptor ini sangat penting.
4. Netbook - dulu aku memang tak bawak sebab berat nak bawak laptop. Tapi sejak ada netbook yg lebih kecil....aku memang bawa ke hulu ke hilir benda ni. Tak sah jika berada di negara orang aku tak update apa2...huhuhu. At least mesti update or upload sikit2 gambar kat FB tu. Pasni aim nak beli ipad2 pulak...lagi senang dan ringan....huhuhu Insya Allah nak beli gak nanti.
5.Selipar jepun - mesti korang tengok nampak pelikkan. Itu lah aku namanya hehehe. Sebab apa aku mesti bawak selipar jepun ialah untuk senang ambik wuduk utk solat bila travel singgah mana2. Pastu bila nak balik...aku tinggalkan ajer selipar tu kat hotel. Setakat ini dah berpuluh selipar jepun aku sedekah di setiap negara yg aku pergi huhuhu.
6. Beg xtra - kalau gi oversea....aku mesti bawak satu small luggage yg muat2 dalam flight for hand carry. Pastu beg besar memanglah mesti ada kan. Dalam beg besar tu mesti ada satu lagi beg. Almaklum aku ni kan giler bershopping....so tujuan beg itu ialah nak memikul barang2 yg aku shopping tu. Macam ada sorang kawan aku ni....dia asik lupa nak bawak beg xtra dan setiap kali gi oversea dia mesti beli beg baru...huhuhu. So kat rumah dia dah melambak2 beg...hahaha.
7. Ubat-ubatan-memang wajib bawak juga. Selalunya aku akan bawak panadol, pain killer, pil cirit birit, plaster dan minyak angin. Stok ubat memang aku bawak lebih sikit. Just standby if anything happen kan.
8. Topi/serkup/snow cap - lately ni aku suka melaram yang bukan-bukan. Kalau orang nampak pelik...do i care? huhuhu. Kalau gi laut aku bawak topi....kalau gi negara sejuk aku suka pakai snow cap dan kalau jalan-jalan biasa aku suka pakai style serkup datuk ct tu (kalau korang perasan masa aku gi UK baru2 ni)
9. Kain batik - nampak pelik sebab kat rumah tak pernah pakai kain batik tapi kalau gi travel mesti bawak kain batik. Tapikan tak pakai pun sebenarnya kalau aku travelling....tapi aku sajer2 nak bawak...memang wajib. Pelikkan....bawak tapi tak pernah guna.
10. Wallet khas - kalau travel aku tak bawak wallet yg biasa aku pakai di sini. Aku ada wallet khas yang aku akan guna bila travel ajer. Dalam wallet tu ada 2 bahagian utk duit note. Satu bahagian aku letak duit matawang negara tu dan satu lagi bahagian aku letakkan duit matawang ringgit atau dollar. Dalam wallet itu hanya ada duit dan credit card sahaja. Segala mak nenek harta benda dalam wallet yg biasa guna tu aku tak bawak pun. Even kad pengenalan pun aku tak bawak...sebabnya dah ada passport cukuplah.

Sekian....itulah serba sedikit penerangan benda2 yang aku bawak ketika travelling. Lain orang lain cara. Dan inilah cara aku yang aku amalkan sejak dulu. Sebab tu beg aku selalu sarat dgn baarang...sebabnyaaa...ialah benda-benda yang diatas tu lah...ahakssss.

August 3, 2011

Koleksi Cenderahati



Alhamdulillah dah 2 hari kita menjalani ibadah puasa dan solat terawikh. Tetiba sedih teringat arwah Papa. Sejak pemergian papa....kemeriahan menyambut raya sudah berkurangan. Aku menyambut ala kadar ajer....dah tak seronok macam dulu. Nasib baik dengan kehadirian anak buah yang dah bertambah....serba sedikit mengubati kekosongan jiwa ini ketika beraya. Selalunya pada bulan Ramadhan....arwah papa orang yang paling sibuk. Aktiviti arwah ialah ke masjid, mengaji Al-Quran dan satu lagi ke Pasar Ramadhan. Macam-macam yang papa beli....hehehe kenangan semua tu.


Bulan Ramadhan tak banyak nak citer pasal travel. Yelah....stop kejap aktiviti travel ke sana sini. Kita tumpukan perhatian pada ibadah lagi bagus. Tapi aktiviti travel aku tidak stop sampai di sini...Insya Allah akan sambung after raya ni. Dalam kepala aku ni...dah berderet planning negara-negara yang aku akan lawati. Semoga wishlist aku tu dimakbulkan Allah dan berjalan dengan lancar. Antara negara-negara yang aku nak sangat pergi ialah:



1. New Zealand


2. Spain


3. Italy


4. Egypt


5. Korea


6. USA



Itu ajer....cukuplah buat masa ini. Mana yang aku akan sampai dulu...tunggu. Biarlah ia menjadi rahsia...ahakss. Cukup duit...cukup cuti....aku on ajer. Sesapa nak ikut aku...sila kemukakan proposal anda...hahaha. Ada rezeki kita leh pergi sama-sama. Tapi ingat...aku punya style travel....budget ajer. Asal dapat jejak...dah cukup bersyukur.


Ok...kali ni aku nak share dengan korang koleksi souvenir yang aku kumpul. Aku sempat share ini ajer dulu. Nanti aku share dengan korang koleksi yang lain pulak. Jom tengok....





short glass part 1

short glass part 2


mugs



entah tak tau panggil apa ni... replika kaca ke?



key-chains...... ini ajer yg berjaya dikumpul...








p/s- Lambaian Kaabah memanggilku ketika ini....Insya Allah aku akan sampai lagi nanti.











August 1, 2011

Kenangan Pahit Ramadhan Tahun Lepas ~~

Alhamdulillah syukur kepada Allah selesai sudah hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Aku dapat merasakan ketenangan menyambut Ramadhan kali ini. Ramadhan yang sangat kutunggu-tunggu. Bulan yang penuh rahmat dan masa inilah kita perlu mengambil kesempatan memperbanyakkan ibadah.

Syukur padaMu Ya Allah...aku dapat menjalankan ibadah di bulan ini dalam keadaan sihat walafiat. Baru sajer baik dari fever, flu and cough beberapa hari sebelum mula puasa. Berkat ubat doktor yang strong dan pantang makan minum....aku dah sihat Alhamdulillah. Bila aku fikir semula...bila ujian dan dugaan datang hidup kita ni ia mengajar kita erti sabar, tenang, redha dan pasrah. Hikmah yang aku ambil dari situ ialah ia mendekatkan lagi kita dengan Allah dan sentiasa ingat Allah kala susah dan senang. Bila kita tidak diduga sebegini....kadang-kadang kita mudah lalai dan lupa.

Teringat kenangan menyambut Ramadhan tahun lepas. Sila lihat link ini. Pada malam Ramadhan pertama ketika umat Islam berpusu-pusu ke masjid menunaikan solat terawikh yang pertama....ketika itulah aku melawan sakit yang amat sangat. Aku dimasukkan ke hospital setelah didapati positif H1N1. Ya Allah....berat sungguh ujianMu. Badan aku sangat lemah dengan demam panas sehingga hampir 41C dan disulami dengan batuk dan selesema. Rupa-rupanya H1N1 positif. Hari pertama Ramadhan aku berada di hospital seorang diri dalam bilik. Aku dikuarantinkan untuk mengelak jangkitan.

Bila ingat semula peristiwa tu...memang sedih. Sebab aku tidak dapat merasaikan kenikmatan awal Ramadhan berpuasa dan berterawikh. Semasa di dalam rawatan....dalam badan aku penuh dengan ubat. Dengan drip berbotol-botol antibiotik setiap hari untuk melawan kuman yang menyerang dalam diriku. Huhhh....terasa betapa siksanya ketika itu. Dalam masa yang sama aku asik berendam air mata ....sunyi dalam bilik tanpa sesiapa kecuali doktor dan nurse yang ramah tamah melayan aku. Masa tu aku terasa kematian sudah menghampiriku sebab aku mengalami sesak nafas akibat jangkitan pada paru-paru dan batuk yang sangat teruk. Ya Allah betapa azab nya ketika itu. Pulak tu di bulan Ramadhan.......

Sepanjang Ramadhan tahun lepas tu aku hanya sempat berpuasa 10 hari sahaja....dan Alhamdulillah aku dah habiskan ganti puasa yang tertinggal. Itu belum lagi aku MC hampir sebulan. Rasanya sepanjang bulan tu aku sempat ke pejabat dalam 3 hari macam tu. Fuhhhh....memang betul-betul dugaan. Nasib baik kerja di office tidak berapa banyak ketika tu. Sambut Raya pun ala kadar....nak kemas dan hias rumah pun aku tak larat. Sehingga terpaksa hire orang tolong bersihkan dan kemas rumah. Selalunya tahun-tahun yang dulu...bab-bab mengemas dan hias rumah ialah kerja aku.

Alhamdulillah setelah setahun berlalu, aku sihat dan bebas dari penyakit itu. Cumanya aku agak mudah sensitif pada sekitaran yang berhabuk dan kotor. Aku akan mudah sakit tekak dan batuk. Jangkitan pada paru-paru pun dah ok ...doktor kata dah pulih..Alhamdulillah. Semoga sepanjang Ramadhan ini aku jauh dari sebarang penyakit yang memudaratkan dan dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan kusyuk Insya Allah....