Ads

July 31, 2010

is AWAY.....


CUTI-CUTI MALAYSIA !!!!

July 30, 2010

Asian Bloggers & Social Media Conference @ Berjaya Time Square Hotel





Semalam aku mendapat invitation untuk menghadiri Asian Bloggers And Social Media Conference di Berjaya Time Square Hotel. My company selaku media partner untuk conference ini. ManggaAd juga selaku blog advertising partner. So, aku memang wajib hadir ke conference ini. Sepatutnya ia dihadiri untuk 2 hari tetapi aku hanya sempat hadir satu hari sahaja. Itupun tak dapat nak fully concentrate coz banyak in coming call from office and client lah. Ayooo....banyak urgent matter plak kat opis hari tu.

Aku sempat mendengar presentation from few speakers. Keynote address by Yg Bhg. Tun Dr. Mahathir. Beliau juga melontarkan ucapan tentang kebebasan kita ber blogging dan had-had nya. Hmmm....pandai pulak dia berkata tentang kebebasan tetapi masa jadi PM dulu pandai pulak dia control media...ini tak boleh...itu tak boleh. Gitewww lah. Tak paham aku orang politik ini.


as delegate...

posing giteww... bukti!!!!



my company as media and blog advertising partner for this conference



wajib ambil gambar....

manhattan ballroom

Tun baru sampai...tadi ternampak kat lift...



speech by Tun Mahathir




Blogger terkenal Beautifulnara.com adalah satu seorang speaker pada hari tu. Cayalah mamat ni. Eventhough dia present in broken English but still entertaining and kelakarlah. I like the way he presents it. Selamba, lawak dan informative. Tergelak pun ada. Aku tak ngantuk pun. Kandungan speech dia menunjukkan how much money he earn thru blogging, tips and etc.

Tipsnya bagaimana kita create nama blog sebagai brand name...yang senang orang ingat, senang orang sebut dan punyai nama yang indah. Aku bangga seorang anak melayu yang dulunya takda siapa pun kenal dia and now he's one of the speaker di dalam conference yang dihadiri oleh delegasi asing serantau Asian country. Cayalahhhh beb!!!



antara kandungan presentation Beautifulnara.com

kata beliau...melalui blogging kita boleh menjana wang...tapi bukan untuk jadi kaya. Hanya blog yang berkualiti sahaja anda boleh buat duit. Aku setuju!!!!!!




break for lunch...sangat mengancam makanannya dan sedap. Aku duduk semeja dengan ManggaAd team and ManggaAd blogger jemputan




Apalagi wahai blogger sekalian...sudahkah anda mendaftar dengan ManggaAd. Senang ajer....jika blog anda adalah high traffic, maka banyaklah duit masyukkk. Yang penting anda kena rajin update blog!!!!



July 29, 2010

Bila Aku Berbicara......

Terlalu lama rasanya aku hidup sendirian. Dah get used to it. Aku tak mau fikir sangat pasal hidup ini. Kehidupan kita ditentukan oleh Allah. Jika inilah yang terbaik Allah anugerahkan untuk aku. Aku redha! Berkat kesabaran kita mana tau ada anugerah yang lebih indah Allah akan beri untuk aku nanti. Allah akan bagi aku pelangi indah yang akan mewarnai hidupku nanti. Insya Allah.

Menjalani hidup seharian aku harungi dengan sabar dan tabah. Hidup ini sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan kenangan. Mungkin orang akan kata....hidup aku bosan. Ohhh...tidakkk!!! Malah aku bersyukur dengan masa dan rezeki yang ada...aku dapat pi jalan- jalan, aku dapat makan sedap-sedap, aku dapat beli apa yg aku nak dan aku dapat mengumpul harta sendiri. Syukur padamu Ya Allah!!! Mungkin ada orang di luar sana yang tidak dapat apa yang aku dapat sekarang. Mungkin juga ada orang yang tidak bahagia sebagaimana bahagianya aku sekarang ini. Allah turunkan rezeki kepada setiap hambanya tidak sama. Ada yg dapat rezeki ini tetapi dia tak dapat rezeki yang itu. Begitulah sebaliknya.

Ya betul...aku tidak punya suami dan tidak punya anak. Tetapi aku punya seseorang yg sangat sayangkan aku dan aku juga punya anak buah yang sangat-sangat aku sayang. Walaupun aku tidak punya anak, aku tetap boleh bagi kasih sayang aku pada anak-anak buah kesayangan aku seperti anakku sendiri. Jika Allah tentukan hidup aku tetap begini hingga akhir hayat...aku redha. Tetapi kasih sayang aku pada anak buah tetap sama malah tidak berbelah bagi. Harta aku nanti adalah milik mereka. Pada merekalah aku menumpang kasih-sayang dan pada mereka jugalah aku curahkan sayang ini. Aku dah berjanji pada diri ini...aku akan sentiasa kuat dan tabah mengharungi hidup. Biarlah apa orang nak kata...biarlah apa orang nak perli. Aku tak boleh lemah dan terasa hati. Pedulikan apa orang kata. Pedulikan!!!!

Ramai yang bertanya...kenapa aku selalu berjalan-jalan?? asik jalannnnn ajer. Hmmm.....biarlah. Ini hidup aku dan ini dunia aku. Inilah caranya untuk aku hilangkan stress. Aku nak tenangkan fikiran, aku nak gembirakan hati ini dan aku nak rehatkan minda ini. Berjalan-jalan memberikan aku kepuasan dan ketenangan. Daripada aku buang masa window shopping merayau-rayau kat shopping complex tu, baik aku berjalan-jalan tengok dunia luar. Itulah terapi minda sebenarnya.


Jom tengok gambar dua orang anak buah aku yg kecik ni...yang sangat comel, hensem dan tough!!!! Along luv both of you my dear cayang bucuk!!! Muahhhh!!!!!


Zarieff yang dah nak masuk 6 bulan. Muahhh!!!!


hobi suka masukkan kedua belah tangan ke dalam mulut..hahaha

satu lagi hobi...suka mendengar orang berbual...beginilah muka dia setiap kali tengok orang berbual...muahahaha.... luv u babe!!!

masa umur 3 bulan lagi dah pandai meniarap...sebab dia memang tidur meniarap.....memang budak bijak!!!!

along cayang kat dia lah.....


Rayyan yang dah nak masuk 5 bulan...sebulan beza dengan Zarieff..... tetapi nampak lebih besar sikit daripada Zarieff..... encem boy!!!


encem boy yang sebijik muka daddy dia (adik aku)...... nanti dah besar sure hensem....

hobi suka ketawa terkekek-kekek bila bermain dengan abangnya Danish.....hehehe

ada juga yg kata muka Rayyan ada iras mukaku juga....betul ke? Yang pasti Along tetap cayangkan Rayyan...muahhhh!!!


Baby Rayyan punyai mata yg bulat dan alis mata yang lentik....encemmmm!!!!





July 28, 2010

Hard Rock Cafe Collection

Aku memang suka berjalan dan membeli pelbagai benda yang boleh dijadikan kenangan ketika di luar negara. So, tak salah rasanya aku berkongsi dengan u all di sini apa-apa saja koleksi yang berkaitan dengan dengan travelling. Kan nama blog ni My Journey...memang sesuai benor lah yea.

Perkara yang wajib aku beli ialah mencari Fridge Magnet, Piring Hiasan, T-Shirt & Short Glass Hard Rock Cafe. Kalau tempat yg takda HRC idok ler aku beli. Paling aku terkilan tak sempat nak membeli t-shirt/short glass di Bahrain dan Beijing. Stay kat Bahrain one nite ajer...tak sempat nak jalan-jalan. Dah jejak HRC Beijing tu tapi jejak utk buang air kecil ajer. Masa tu aku tak pandang pun HRC ni. Huhuhu.

Koleksi short glass tak berapa nak banyak sebab dulu aku tak celik lagi nak mengumpul glass tu. Lepas balik dari Europe baru terfikir bagus gak kalau aku buat koleksi kan. Cuma yang Jakarta dan Bangkok aku belum ada lagi. Yang Bali punya sudah ada di tangan Maksu (tolong simpankan yea Maksu!!).



short glass collection

Ho Chi Minh City HRC t-shirt

Bangkok HRC t-shirt

Paris HRC t-shirt


Bali HRC t-shirt

London HRC t-shirt

Singapore HRC t-shirt

Phuket HRC t-shirt

Amsterdam HRC t-shirt

Jakarta HRC t-shirt

Penang HRC t-shirt




p/s - jgn tak tahu... KL HRC t-shirt and short glass belum beli lagi...hahahahaha...!!!!





July 26, 2010

Meeting with Blogger Friends @ Pavillion



Anak sapooolah ni?
Hahaha...itulah anak Lily...si kecik Nyla yang sudah 3 bulan lebih. Muahhh!!
Dah lama rasanya kami geng-geng blogger ni tidak bersua-muka dan berjumpa. Al-maklum masing-masing sibuk dengan hal dan sakan jalan sana-sini. Aku pun sibuk jugak sebenarnya. Tetiba kan Sepul ajak melepaks di Pavillion. Kebetulan aku pun free gak Sabtu tu. Lagipun masing-masing hendak menyerahkan souvenir kepada setiap kami semua. I likeeee!!!

Kami tak tau nak melepaks kat mana di Pavillion ni. Nak lepaks kat food republic...punyalah ramai manusia...bising susah nak bercakap. Akhirnya kami decided to melepaks di Pancake House. Makan santai-santai ajer. Yang penting nak jumpa utk bertanya khabar dan berkongsi cerita. Our next meeting...buka puasa plak yea!!!!



Nita yang punya.....makanan sihat utk ibu mengandung..

Pancake Set...aku munya. Tak sedap langsung tapi sebab lapar belum makan lagi kan...aku makan sampai licin..muahaha.

Sepul munya......marvelousss ~~~~
ada orang tu kan...dia baru beli dslr tau.....welcome to the club!!! Yang satu lagi couple tu...bila lagi????
muka sengal che burn....seperti selalu kan ~~~~
Puan Lily kita ni datang bersama ibunya....Nurman kena kerja plak hari tu...
yang disebelah aku tu ialah ibu kepada Lily...

Baby Nyla di dukung oleh semua orang....akhirnya aku dan Che Burn terkena muntah Nyla...hehehehe.....

keduanya bakal menjadi mummy dan daddy....Nita sedang mendukung bakal menantu .....oppss ahaks!!! ibu dan bapa mertua yg rocks !!!!

dah ada gaya jadi daddy tu....

kita berdua jadi pinky girl kan Nyla...huhuhuh

akhirnya Qis sampai juga.......baru sampai dari tempat kerja. Thank you guys for the souvenirs....i likeee!!!!!



p/s - mcm plan nak wat blogger gathering utk semua blogger yg follow blog aku. Mungkin raya ni or after raya. Ada sesapa nak joint?????