Ads

June 30, 2010

Majlis Penutup Sukan Inter-Department 2010


Majlis Penutup Sukan tahunan opis aku telah pun berlangsung minggu lepas di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi. Actually aku malas nak joint perbarisan sebab ada hal minggu tu. Akan tetapi hal aku tu tak jadi kan..so aku terpaksalah joint perbarisan. Kami dapat tracksuit sepasang, tshirt dan cap. Majlis bermula belah petang. Bermula dengan acara padang trek, diikuti dengan perlawanan akhir bola sepak dan acara akhir tarik tali lelaki.

Keputusan keseluruhan department aku tidak mendapat tempat utama atau juara...huhuhuhu. Yang penting semangat mesti ada. Yelah semangat kesukanan. Before this tahun-tahun yang lepas dengan department lama aku...aku jarang joint acara perbarisan. Baru kali ni aku tergerak hati nak joint...seronok jugak kan.

Jom tengok gambar-gambar pada majlis penutup sukan tu. Aku sebenarnya takda mood nak tulis panjang-panjang. Ok enjoy the pictures guyss!!!



acara lumba lari..

acara bola sepak pun bermula...Production vs UMES....(2-0)...yeahhhaaaaa..

penalti pulak kan.....yess!!!

ni plak acara tarik tali lelaki...Editorial vs Production

aku bersama teman baikku...Ahkak Rose

dah siap berpakaian untuk perbarisan

kumpulan perbarisan wanita yg vogue!!!

ni plak kumpulan perbarisan lelaki...macho kah????

bersungguh-sungguh kami.....konon nak dapatkan perbarisan terbaik...tapi hampehhh


konsep Satu Malaysia...barisan model/penari kami

konsep Satu Malaysia

gitulahh......


majlis penyampaian hadiah lah pulakk...

juara tarik tali...jadilahhhhhh

June 28, 2010

Vision Of Italy @ Malaysian Philharmonic Orchestra


Last week aku dapat invitation card from my client untuk memenuhi undangan ke Malaysian Philharmonic Orchestra di KLCC. Plan memang macam tak nak pergi sebab on the same day jugak aku ada futsal tournament kat Cheras. Aku budget mesti dah penat and tak larat nak pergi.

Akan tetapi disebabkan kekalahan yang melanda and cepat pulak pulang (konon hampa lah..). Aku pikir better aku gi orchestra tu kan. So, aku ke sana ditemani oleh temanku Catz. Aku terus balik rumah aand mandi semua. Just on time kami sampai di KLCC. Nasib baik sempat sampai coz kalau lambat mungkin kena tunggu diluar. Masa break barulah dapat masuk semula.

Actually aku dah pernah pergi ke sini dulu. So, aku dah tau camana keadaannya di dalam hall tu. So, kalau anda bukan seorang peminat sebuah orchestra....memang boring hokay. Kalau dah berada dalam tu kena menghayati betul-betul petikan viola dan alat-alat muzik yang lain. Orchestra ini di pimpin oleh conductor bernama Yan Pascal Tortelier, Vision of Italy.

Tetapi disebabkan aku ni mengantuk tersengguk-sengguk...so aku tak berapa nak enjoy kat dalam tu. Then, pabila pemetik viola terkenal bernama Maxim Rysanov tampil istimewa di hadapan dengan viola nya...terus mataku jadi besar. Hensemmmmmm gitu!!!! Hahahah. It took about 2 hours.


dah sampai...kami nak mencari Menora Suite.

ambil gambar curi-curi...akhirnya aku ditegur : " Cannot take pictures here madam. Can you please remove those pictures"...aku angguk jer...padahal ni hah gambarnya...

ramai gak.. tak sangka org Msia suka tgk orchestra..


bersama temanku.. Catz

break for 20 minutes....ada bilik khas utk kami...boleh order air gitu tapi mahal.

ini keadaan dalam bilik rehat tu..

habis dah...aku melepak kat food court KLCC sambil berborak di sini...




June 25, 2010

Futsal Tournament @ The Challenger Sports Centre


Futsal tournament opis aku telah berlangsung last week. Ia diadakan di The Challenger Sports Club, Cheras. Berpusing-pusing aku nak cari tempat ni. Sib baik aku sempat sampai awal. Masa ni ramai dah berkumpul mengikut team masing-masing. Ia berlangsung pada awal pagi. Tengahari jer aku dah balik..hahahah..sebab dah kalah kan. Tak da nasib kami nak menang. Pakaian dah gah...merah menyala gitu tapi tidak segarang warnanya.

Aku jadi goal keeper. Aku turun sekali....bolos satu biji bola kat celah kangkang aku. Masa tu aku one to one dengan pihak lawan. Panik aku...terus ke depan konon nak tangkap bola...akhirnya bola masuk celah kangkang...tau-tau ajer...orang dah sorak goal. Aku pulak macam tak percaya...alih-alih bola kat belakang aku. Boleh????

So, bila dah kalah....nak sedapkan hati...kami berposing ler. Malas dah nak pikir. Oh yea lupa nak cakap, untuk kejohanan ini kami mendapat sponsor kasut, sock, baju, seluar dan cap. Bagi aku yg goal keeper ini juga dapat sponsor glove. terima kasih kepada company yang sponsor tu. Barangan kami semua menggunakan jenama Figos. Makanan tengahari juga department aku sponsor gak....makan nasi kukus...cedappp!!!



team kami....ceria sebelum perlawanan

aksi pun bermula...aku snap aksi kawan-kawan aku bermain

posing jap dengan team korporat... Wan Fariza dan Zana..

shikin, nik, nini and me.....

after kekalahan...sempat tersenyum...muka aku yg jadi kemerahan lepas perlawanan

apa lagi...berposing lah kami....

ina, kak ros, me, mai and zilla..... you go girl!!

sakan korang posing kan....gitu lah!!!





team lelaki opis aku...pun dah kalah...longlai terduduk.....

kawan-kawan yg close dgn aku...... shila, kak ros and me

shila, aku saja letak pic ko banyak2 kat sini.......nak bagi ko glamer kat blog aku...huhuhu!!!!

June 24, 2010

ManggaAd Articles @ Kosmo 23hb Jun

Masih ingat entry aku tentang Menjana Duit Melalui Blog Anda... ???


Anda adalah blogger??
Sudah berdaftar dengan ManggaAd??
Cepat...cepat.... anda boleh menjana pendapatan.

Pada hari ini di dalam Kosmo bertarikh 23hb Jun ada menceritakan kenapa anda blogger mesti berdaftar dengan ManggaAd. Ini adalah salah satu projek aku di tempat kerja. I'm one of the ManggaAd team. Sekarang tengah busy meeting untuk buat gathering dengan blogger-blogger yang mendaftar dengan ManggaAd. Ada pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda. Cepatlah mendaftar wahai blogger sekelian. Setakat ini telah lebih dari 1,000 blogger telah mendaftar.

Masuk di sini http://www.manggaad.com

5 Sebab Utama mengapa ManggaAd adalah Rangkaian Iklan Blog Terbaik di Malaysia :

1. Keuntungan yang lebih tinggi
2. Dashboard ahli yang menarik
3. Disokong syarikat media berpengaruh
4. Bayaran yang cepat dan mudah
5. Rangkaian sosial untuk penulis blog


June 22, 2010

Intro - Futsal Tournament 2010



Ini baru introduction futsal tournament last Sunday. Aku kasi intro 3 gambar dulu. Esok ada banyak lagi gambar yang akan aku masukkan. Disebabkan hari isnin kemalasan melanda, so aku masukkan 3 gambar ajer. Virus malas dan mood aku kureng hari ni. Down giler...macam-macam hal berlaku siang tadi.

Nak share mood happy plak. Thanks my dear!!! . Your call just now make me soo happy. Good news from him and it is confirmed. As a birthday present for me. I know that u work soooooooooooooo hard just because of me. Here i come. Muahhh!





June 18, 2010

Go.. Go.. England !!!






Semangat kan !!! Seebab Rooney ada kat sebelah.
Go.. Go.. England !!!!

Mana Nak Cari Novel Lagenda Budak Setan ??






Filem ini di adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan. Kutipan tiket setakat ini telah mencecah RM3.5 juta. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Ia mendapat maklum balas positif dari penonton. Filem yang diarahkan oleh Sharad Sharan dan di bintangi oleh Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazur dan ramai lagi.

Sebenarnya aku belum lagi menonton filem ini. Antara sebabnya aku mendapat pelbagai reaksi dari teman-teman yang dah tengok..... yang positif ada...yang negatif pun ada. Ada yang kata boring...ada yang kata besstttt sangat dan ada yang kata taklah se best jika dibandingkan membaca novel itu sendiri. Aku belum lagi membaca novel tu. Kerana sambutan hangat daripada pencinta-pencinta novel terhadap novel ini, maka sebab itulah ia difilemkan. Usaha ini actually dah lama dirancangkan.

Agak-agaknya masih ada lagi tak novel ini di pasaran? Aku rasa nak carilah. Ada tak sesapa boleh bagi info kat aku mana nak cari novel ini. Ada gak aku search kat internet. Katanya akan dipasarkan lagi awal bulan Julai ini. Benar kah itu? Sesapa yang dapat mengesahkan berita ini.....message -message lah kat aku yea.

Atau pun sesapa yang ada 3 novel di bawah ini...boleh bagi aku pinjam baca tak? Serius ni.....itu pun kalau uols tak kisahlah. Aku janji akan pulangkan semula nanti. Actually aku lagi prefer beli sendiri kalau ada dijual di luar sana. Tolong yea kawan-kawan ku semua.



Novel Lagenda Budak Setan (LBS)

Novel Katerina (sambungan LBS)

Novel Kasyah Lagenda Berakhir (sambungan LBS dan Katerina)



___________________________________________



Ringkasan Novel Lagenda Budak Setan - www.ahadiatakashah.org


Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?