Ads

November 8, 2010

Staff Day 2010 @ Port Dickson : Permaisuri Resort & Telematch 1


Minggu lepas pada hari Sabtu aku bersama-sama dengan my opismate telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Port Dickson untuk meraikan 'Staff Day 2010". Staff day ini diadakan di Permaisuri Resort ...kat area blue lagoon. Inilah first time aku joint staff day sejak aku bersama company ni. Memang fun dan seronok banget. Macam-macam aktiviti yg telah diatur. Hadiah pun hebat-hebat belaka. Aku juga ada tolong dapatkan sponsor hamper dan cash dari client aku. Walaupun aku bukan committee but kena gak tolong sikit-sikit dapatkan sponsor.

Nak citer satu kisah. Sebelum pergi tu...aku ada baca entry blogger Kak Yan. Dia menceritakan kisah dia ke Bandar Baru Bangi untuk menghantar hamper yg telah ditempah oleh Astro utk diberikan kepada opis ku. She doesn't know tempat yg dia pergi tu opis aku. Patutlah bila aku tengok pic hamper kat entry tu mcm pernah nampak jer. Kebetulan plak lepas dia hantar tu.....staff opis aku dok mengangkut hamper tu ke atas opis....aku ada ternampak ler. Dalam hati cakap...wahh cantiknya. Ghupanya....hemper tu Kak Yan yang buat...hahahaha. Tulah kak...naper tak cari saya hari tu. Boleh kita gi makan-makan. What a small world kan.

Satu lagi kebetulan. Telematch group aku menang tempat pertama...kami semua seorang satu dapat hampeh yg Kak Yan buat tu. Muahahahaha.

aku naik bas ajer...malas nak drive sebenarnya. Ada yg naik bas dan ada yg bawak keta sendiri.



kami sampai di sini tepat pukul 2 petang...first time aku jejak resort ni.


wahhh... kami telah diraikan dengan muzik tradisional, tarian dan pencak silat...sungguh hebat...mcm VIP plak kan :p


kami dikalungkan dengan bunga dan welcome drink


inilah bas yg kami naik.....penuh dgn segala mcm hadiah utk lucky draw, hadiah misteri dan telematch


sila minum....welcome drink


jgn tak tahu....siap ada iringan muzik tradisional tuuuu...


here we are... Permaisuri Resort for 'Staff Day 2010"




aku telah ditempatkan ke apartment 502 bersama-sama dengan 4 orang yg lain...boss aku pun sama apartment dgn ku...huhuhu.



What i can say about this resort...memang cantik dan sangat sesuai untuk buat Staff Day ke .... Family Day ke. Tempat nya besar dan bersebelahan dengan pusat peranginan utk Jab. Perdana Menteri. Terletak di sepanjang pantai blue lagoon. Dulu aku pernah stay kat Ilham Resort kat area sini gak.

Dengar cerita...ia baru dibuka 2 tahun yang lepas. Presentation ok...bilik ok....facilities ok....location ok. Satu ajer yg kureng....sorry yea management resort ni aku cakap terus-terang. Makanan ajer yg sangat lah kureng. Tak sedap langsung!!!! Mcm serba tak kena...tawar jer rasanya. Kami ni ramai lebih kurang 70 orang mcm tu...letak makanan sikit ajer. Pastu ada yg tak dapat makan. Bila komplen...terhegeh-hegeh baru nak tambah makanan. Hampeh!!!


bilik memang selesa. Satu apartment ada 3 bilik. 1 bilik queen bed dan lagi 2 bilik ada 2 single bed.


kitchen and dining area...sorry tak dibenarkan masak di sini..


lepaks area...


bathroom


sampai ajer...wajib posing dulu...ahaks!!!




pic taken from balcony. Nampak tak belah kiri tu...hotel utk Jab. Perdana Menteri.. Rupanya tempat ni ada connection. Patutlah org gomen ramai yg wat kursus kat tempat ni.


pantai area...





Lepas kami solat dan rehat sebentar di bilik, lebih kurang pukul 4.30 petang kami turun ke bawah untuk acara seterusnya. Acaranya ialah telematch di tepi pantai. Semua diwajibkan mengambil bahagian. Ada 7 group semuanya dan setiap kumpulan ada 10 ahli.

Ni ada benda lawak nak cerita. Masa nak pilih sapa masuk kumpulan mana. Group lelaki dan pompuan dibahagikan dua. Kami dikehendaki beratur panjang dan sebut nombor dari 1 hingga 7. Then, ulang semula nombor tu. Aku masuk group no 2. Then, bila kami berkumpul semua ikut group masing-masing.........aku bantai ketawa tengok group aku. Semuanya sihat-sihat, montel-montel, debab-debab dan bulat-bulat....ada 2 org ajer yg kurus. Hahahahahaha...bantai ketawa tak hingat. Bukan kami ajer ketawa tapi group-group lain pun ketawakan kami. Alamat kalah ler...kami ni.

First game ialah lari dalam guni sambil tendang bola....adussssss!!! Just imagine badan-badan sihat ni masuk alam guni???? Gelak sakan kami. Tapi jgn pandang rendah hokay!!! Group mak dapat number 2 tau utk acara dalam guni tu ....yeahaaaaaaa!!!!


ini hadiah utk telematch....


ni masa briefing utk acara-acara telematch


jom kita ke pantai....


acara lain aku tak sempat nak snapping coz busy mengambil bahagian. Yang ni ajer aku sempat snap iaitu acara susun paling panjang....yehaaaaa group aku menang nombor satu tau!!!


budak lelaki siap bukak baju dan seluar utk susun paling panjang...yg tinggal suar pendek ajer..hahahah memang lawak giler masa ni..


tengok tu sampai ke pantai kami susun.....



ni plak tempat utk dinner kami malamnya...tepi pantai. Malam tu ada BBQ dan acara exchange gift. Sebelum ni masing-masing dah beli hadiah...hadiah misteri tu!!!. Hehehe...tunggu citer next entry plak. Tungguuuuuuuuuu!!!!!!



next entry - BBQ and hadiah misteri





9 comments:

kasihredha said...

bestnya,,,meriah.

Yan said...

Salam Leez,

he..kelakar lak bc N3 Leez ni.. Mmg small world kan.. Ari tu kalau lah tau opis tu opis Leez mmg akak dah cukai Leez. Lapar tau masa tu.. Hujan lak tu.. Masa depa anta naik atas, akak mmg ada naik kat lobby tu... Rugi tul lah... Tak pe nnt kita jumpa raya aji nnt. Eh, belum jumpa org yg buat hamper, dah dpt hamper ye...

Satu lagi..akak tertarik lah dgn apartment Leez tu. Brape semalam?

@xiM said...

besar jugak permaisuri resort ni..

Leez M. Saaid said...

Kak Hanim -

Memang meriah dan tak habis2 ketawa. :))

Leez M. Saaid said...

Kak Yan -

Hahaha...memang kebetulan kan. Tulah kak...kalau tak bolehlah saya ajak minum2 masa tu. Udah ler hujan masa tu.

Rezeki saya nak dapat hamper akak tu. Beshhh!!
Saya tak pastilah kak berapa rate apartment tu. Memang best tempat tu.

Leez M. Saaid said...

Axim -

Memang besar dan luas resort ni. Gomen byk wat kursus kat sini.

Anonymous said...

Assalam Leez,
saya nak tanya...persembahan semasa rombongan tiba tu memang pihak hotel yang sediakan ke? Macam mana dengan makanan semasa dinner? ok ke tak? Nampak menarik ingat nak buat family day ofis kat situ.

Mista Zam said...

salam kak, tumpang tnyer, sy nk buat budget family day kt sini, yg ni akak g kne bayaran brape sorg?
and family?

thanks kak :)

Anonymous said...

Kalu keja gomen leh dpt rate murah. Resort nie gomen pny, manage by mitc ancasa. Tapak nie dulu rmh pngnapan prsekutuan port dickson. Aprtmnt 3 blik dlm rm116. Tp w out bfast.