Ads

October 29, 2009

Jawapannya.....



Ya betullll.....semua yang menghantar jawapan pada bahagian comment memberikan jawapan yang betul. Uikk...you all boleh cam jugak yea muka i masa kecil. Ingatkan ada yang tak boleh nak cam. Yelah... berbeza bebenor muka masa baby dan muka sekarang kan. My mum kata gambar tu masa i baru beberapa bulan...belum jalan lagi.

Di sini i nak wat announcement nama-nama yang telah berjaya memberi jawapan yang betul. Actually seorang sahaja yang telah memberi jawapan yang betul. Yang lain pun betul tapi cuma ejaan aje yang salah sikit. Walaubagaimana pun i tetap akan bagi hadiah kepada 2 orang pertama tu.


Pemenangnya ialah :

1. Maksu
2. Inzarin


Maksu, hadiah yang menang ni...tetap special for this entry tau. Sorry Song, hang terlambat skit.

Kepada Inzarin pula, sila hubungi saya di email syarliz.saaid@yahoo.com. Bagi phone number and your address. I akan postkan hadiah itu selepas balik dari Europe nanti. Insya Allah.

Kepada yang lain, jangan hampa dan kecewa. Selepas ini akan ada lagi kuiz teka-meneka bersama ku. Hadiahnya pasti ada. So, jangan lupa untuk drop by kat blogku ini pada setiap hari dan setiap saat...cewahhh. Pasti ada kejutan untuk anda. Apa hadiah yang akan ku beri??? ...tungguuuu!!!!!

Siapa cepat dan pandai jawab...dialah yang dapat!!!

October 28, 2009

Gambar Siapakah Ini ?? Ada Hadiah Untuk Anda ...







Cuba teka gambar siapakah ini?

Kepada sesiapa yang nak cuba meneka....sila hantar jawapan anda pada bahagian comment. I nak jawapan yang lengkap iaitu nama penuh budak yang dalam gambar itu.

Kepada 2 orang pertama yang memberi jawapan yang betul....i akan bagi special souvenir from London. I promise hokay!!!!
Nanti i akan bagitau di sini siapa yang dapat memberi jawapan yang betul.

Selamat meneka !!!!!!

October 27, 2009

My New Gear - Nikon D3000










Alhamdulillah barang yang aku idamkan sudah ada ditanganku sekarang.
Apalagi...mohhh kita bergambar!!!!

Kenapa aku beli kamera ini?

1. Sebab aku memang minat mengambil gambar - tak kiralah gambar sendiri ke...gambar orang ke..permandangan ke...apa2 ajelah..sebab itulah blog aku ni penuh dgn foto...foto-foto tersebut menceriakan lagi blog aku yg tak seberapa ni...

2. Sebab aku ni suka melancong and coming soon nak pi melancong ke negara yang cantik dan indah - so, amatlah berbaloi-baloi kalau ada kamera yang canggih dan pasti gambarnya meletoppp...walaupun aku belum ada skill....takpa ada masa lagi nak belajar...sapa nak jadi cikgu aku???

3. Sebab aku memang dah lamaaaa punya impian untuk mempunyai sebuah camera DSLR.... sanggup cari duit sebab nak beli camera ni....alhamdulillah tercapai akhirnya...

4. Sebab aku nak jadikan seni fotografi sebagai hobi baru aku...so jangan terkezut lepas ni aku menjadi seorang yg busy ke hulu ke hilir pikul camera....nak cari lokasi menarik untuk berfotografi.....jommm sapa nak ikut aku!!!

5. Sebab aku ni blogger yang quite active gak lah....so dengan adanya gambar cantik, clear dan canggih... kira dah upgrade sikitlah kualiti gambar dalam blog aku ni...barulah meletoppp!!!

6. Sebab aku akan rasa puas dan setanding dengan kawan-kawan blogger aku yang juga punyai DSLR yang canggih. Kiranya aku punya yang paling murah banding dorang. Takpalah...asalkan aku tak rasa terasing lagi dengan Sony compact camera aku yg comel tu. Hehehe..


October 26, 2009

Wedding @ Cheras


Banyak betul jemputan kenduri kahwin sekarang ni. Minggu ni aje ada 2 jemputan. Tapi i nak citer pasal kenduri kahwin yang satu ni aje. Majlis perkahwinan adik perempuan kepada my adik ipar, Alya. Majlis di buat di Cheras. Minggu depan pulak majlis belah lelakidi KL juga.

Tema perkahwinan ini ialah warna silver. Pelamin nan indah dan meja santapan yang kelassss. Depa amik package perkahwinan ini daripada make up artis Elly...yang buatkan baju Jawa masa Mawi kahwin dulu tu. For me, cantik bajunya tapi i lupa nak close up baju pengantin perempuan pulak.

So, tengoklah gambar-gambar yang i sempat snap.



meja santapan
Shima, me and my mum
flower girl...baju beli kat Jakarta hari tu...cantikk

my nephew terpegun tengok kompang dan pengantin datang
with my 2 nephews.....danish and daniel
aflin daniel.....
airel danish....
bergambar dgn my mum and ipar duai

Pengantin perempuan...comel
Ray and Mala
cantik pelamin ni....moden
my family.......



October 21, 2009

Final Preparation....


Winter Time
Universal Traveller
Travel for All



Plastic bag di atas adalah kedai-kedai yang i pergi kat KL untuk mencari barang-barang musim sejuk di Europe. Ada barang-barang yang dapat discount. I beli yang murah aje dan termampu. Nak beli mahal pun tak guna coz pakai pun bukan selalu. Kalau pi negara sejuk barulah boleh pakai. Gamaknya lepas ni kena perap dalam almarilah barang-barang ni sebellum pergi next negara sejuk. I heard my friend said kat London now dah mula sejuk siang dalam 10 degree and malam dah negative degree. Kat Swiss jangan cakaplah...memang negative pun.

Leather boot pun beli yang simple aje...untuk wat jalan-jalan kat sana. Boot for snow nanti beli kat sana. Katanya lebih murah...boot yang paras lutut tu. Uikkk....camanalah i nak pakai dengan nak angkut beg sandang lagi..nak angkut camera lagi...nak angkut sling bag lagi. I can't imagine.
I dah spent about RM1K untuk beli barang-barang pakaian ni...aduhhhh. Memang spent banyak lah travel musim sejuk ni. Everything nak kena beli benda baru coz memang barang-barang ni semua i tak ada. Never mind, boleh guna lagi next trip plak., Insya Allah.


bawa 3 jenis mafla aje...kat sana nak beli lagi...nak cari colour lain plak...hehehe.....snow cap pun bawa satu aje.....
cukuplah 2 pasang long john..... untuk memanaskan badan.
2 pasang glove.... my friend kat London ada belikan satu lagi untuk i .... and 3 pasang wool socks...cukuplah tu....
ni dia jacket yang i beli tu.....just a simple jacket...i bawa 2 pasang aje...kat sana beli winter coat plak....
leather boot yang simple untuk jalan-jalan....... hope kaki tak sakit...

Outing With Friends....



First nak citer pasal makan-makan dengan Maksu dan Lily kat Satay Station Kg Pandan. Actually tak plan pun. Tiba-tiba aje Maksu tu ngidam nak makan satay katanya. Macam org mengandung plak yea mengidam ni. Hanya kami bertiga sahaja sebab kami aja yang free malam tu. Yang lain ada yang kerja malam dan ada hal lain. Sorry Song, dah dua kali perjumpaan you takda.

Patutnya Sepul nak joint sekali malam tu tetapi dia kata tak sempat pulaknya. Dah lewat malam katanya. Sambil tu nak transfer gambar-gambar yang kami posing dengan artis malam sebelumnya ke dalam my pen drive. Semalam tu pakai camera canggih Maksu. I tak guna my camera pun. Malam tu kami makan seperti biasa menu yang ada satay dan mee rebus yang meletop. Borak macam-macam benda. Apa bendanya? Oooooo itu rahsia kami bertiga. Huhuhu. Sorry yea kengkawan, tak dapat nak kongsi citer kat sini.

Lepas balik daripada makan-makan tu, i pi jumpa my dear kat Legend Hotel. He was in KL for a week. Pi temankan dia makan kat Kg Baru...aduhhh makan lagi. Kami makan nasi lemak kat sebelah Kelab Sultan Sulaiman tu. Borak-borak jap dengan dia coz esoknya dah nak balik ke negeri nya. He was here sebagai Perwakilan Pemuda di Perhimpunan Agung UMNO. Kali ni tak dapat nak jumpa lama coz he was soooo busyyyyyyy and look soooo tired.....sedih gak. Dalam pada busy tu masih sempat lagi pukul golf kat Glennmarie......hhmmmmm. Hari tu amik dia kat KLIA pun kejap aje jumpa. Lepas makan terus hantar dia ke hotel...borak sikit-sikit aje coz dia keletihan. Anyway, thanks dear for the nice white pearl... l like it!!!. Bertambah ler koleksi rantai mutiara aku....original hokay!!!!
Siapakah dia?? Itu rahsia aku...maaf tak dapat nak citer lebih-lebih kat sini. Shhhhhh!!!!






-------------------------------------------------------------------


Lepas balik daripada open house kat restoran my friend kat Subang Jaya tu, i terus gi LRT Cempaka menjemput my dear friend, Siti Hasniza. She came from Kuantan naik bas ke KL. She's the one yang akan bersama-sama ku terbang ke London next month. This is our last meeting before we fly to UK. Nak bereskan apa-apa yang patut di booking dan nak beli apa-apa yang patut dibeli untuk dibawa ke sana.

First destination we went to Queen's Park untuk tengok winter coat yang sesuai. Actually, Siti is planning nak beli winter coat kat sini. But, i prefer nak beli kat sana coz lagi byk choice, lebih murah and got my size some more. I cuma nak cari glove (dah ada tp nak tambahkan lagi koleksi), mafla, socks, winter cap and long john. Kedai ni murah sikit...dapatlah beli winter cap, long john, mafla and socks kat sini. Beli yang murah-murah aje. My dear friend kat London tu dah promise nak belikan i winter jacket kat sana. Thanks dear!!

Then, kami nak cari kedai lain pulak. So, we went to Berjaya Time Square. Kami makan dulu kat Penang Village. I order fried kueh teaw and Siti order fried rice with chicken. Biasa aje makanan kat sini. But the decoration is nice...like it.



dah lama tak buat peace....huhuhuh

ni dia my friend tu, Siti ...... very nice person...



like the deco......


Then, after dah makan, kami pi ke kedai Universal Traveller and Winter Time untuk mencari lagi winter coat for Siti yang belum jumpa yang berkenan di hati. Akhirnya Siti dapat juga membeli 2 helai coat...satu untuk jalan-jalan dan satu lagi nak guna masa snow kat Swiss. Ada discount 50%...bolehlah murah sikit. I pun terjebak beli juga jacket.....hanya RM95 after 50% discount. I beli lagi 2 helai mafla dan socks kat sini. Geramnya tengok fesyen winter coat yang cantik-cantik tetapi harganya punnnn cantik belaka. Tak beli ler. Beli kat sana ajelah boleh dapat GBP10-15. Murahkan!!!!!

Next entry i nak citer plak pasal my trip tu dan gambar-gambar barang yang i dah beli....

October 19, 2009

Open House @ Restoren Ubi Kayu Subang USJ 9





Minggu lepas terlalu banyak jemputan open house di opis dan di luar opis. Setiap hari ada aje department kat opis tu yang menjemput untuk open house. Last weekend on Saturday ada 3 jemputan open house tetapi sempat pergi hanya satu sahaja. Tidak sempat nak pergi open house yang lagi 2 di Subang Permai dan Pandan Perdana. Sebab lepas balik dari open house yang pertama ni, i ada tetamu from Kuantan, temanku yang sama-sama akan ke UK next month. She stayed at my house last weekend for persiapan terakhir kami.

Ni nak citer open house yang i pergi tengahari tu. Jemputan daripada teman lama di UiTM, Azhar yang diadakan di restorannya di Subang Jaya USJ9. Pergi bersama-sama dengan teman Uitm gak iaitu Kamarul and Azuan. Patutnya Wirda nak joint but she can't make it last minute. So, kami bertiga aje yang pi. Last year i pernah gi restoran dia for open house gak. So, i masih ingat sikit lokasi restoran tu.




Kami sampai awal dalam jam 12.15 tengahari tetapi terkejutnya tengok orang dah ramai. Siap ada 2 buah khemah lagi di depan restoran. Rupanya kali ini dia invite customer sekali eventhough dia tak kenal customer tu. Sebab itulah ramai bebenor. Tak seperti last year yang agak santai nak makan cos he just invite kawan2 and family member. Kali ni nak makan pun macam berebut-rebut pulak. Azhar kata business dia dah agak maju tahun ni, so apa salahnya dia jemput customer sekali for this open house.

Cuaca panasnya yang amat. Nak makan pun berpeluh-peluh. Macam-macam makanan ada. Pening nak pilih. Air bandung dan teh o ais limau yang sangat sedap. Cepat laku air tu.... sampai kan beratur nak ambil air. Jujur cakap, makanan di restoran ini sangat sedap. Memang i recommend you all datang makan di restoran ni. Setiap hari di buka. Tengahari ada nasi campur dan malam pula ada ala-carte...boleh order makanan panas. Makanan istimewa di sini ialah ubi kayu rebus yang dimakan dengan kelapa dan sambal tumis. Setiap hari mesti ada sesuai dengan nama kedainya Restoren Ubi Kayu. Proud with you my friend!!I



berpeluh makan..hehehe...kamarul and azuan

kena perli dengan azhar....bajuku sama dengan alas meja ...pink colour...huhuhh

ada laksa....ada mcm jenis mee...tak sempat jamah coz kenyang dah

tengoklah orang yang ramai....ni bahagian desert...ada kueh-muah....ada kueh raya...wajik...dodol...macam2 lah....memang sedappppp

ada nasi tomato...nasi dagang....nasi impit kuah kacang..rendang....lodeh...kari ayam



ni plak kepak ayam panggang......ada seafood cucuk yang di bakar....

ini dia my friend tu...Azhar (kiri)...yang kanan tu business partner dia....lupalah nama....hmmm kim salam kat dia yea... single lagi tu...hehehe...

ku bergambar dengan taukeh restoran ni....

depa bertiga ni memang temanku masa di UiTM...teman ketawa...yang selalu menyakatku...depa bertiga lah...

four of us...kalau mek wirda ada...lagi gamat.....asik nak ketawa aje kami ni...hehehe...si azhar ni memang kaki lawak...ada aje benda dia nak melawak....guling2 kami ketawa..hahaha

thanks to Azhar and partner for the invitation...tahun depan jemput lagi yea...nanti aku datang restoran kau yang pasti makan free kan...hehehe... aku promote bagus punya pasal restoran kau kat blog aku ni hahh. Kim salam business partner yea..hehehe..


Address this restaurant :

Restoran Ubi Kayu
No.2, Jalan USJ 9/5N
Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan