Ads

February 27, 2009

Konsert Alam Muzik M.Nasir


Konsert Alam Muzik M.Nasir ini dibawakan oleh Box Office Ali Bakar. Ia dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Thanks to Kak Rose for the ticket. Actually that night specially for press and sponsors. The actual concert bermula 27th Feb hingga 1st March.

Nak tahu apa yang akan ku komen mengenai konsert ini. Jap lagi yea.

Masa sampai kat Istana Budaya tu, nampak dah ramai yang menanti di luar. Konsert bermula pada jam 9.00 malam dan habis pada pukul 11.30 malam. Penuh panggung sari ni dengan para wartawan dari pelbagai media dan para penaja konsert. Nampak juga beberapa orang artis yang turut hadir. Antaranya yang i nampak dan sempat bergambar ialah Misha Omar, Yazer dan Ikin AF3. Nampak Nash tapi tak sempat nak bergambar dengan dia.


the ticket
dalam panggung sari....
gambar blur skit...
Kak Rose, Rosnah wartawan Harmoni and me
me and alya
with Misha Omar....lawanya dia ni...
Yazer AF3..... tgk dari dekat memang ensem.. :)
with Yazer AF3...
Ikin AF3.....dia dtg dengan Yazer
with Ikin AF3.....dia ni sweet....


alya and kak rose bersama penari tarian M.Nasir...so comel..hehehe

Komen tentang persembahan M.Nasir pada konsert ini
Terus terang i cakap, i'm not M. Nasir fanatic fan. Minat biasa-biasa aje. Hanya minat pada bakatnya dan lagu-lagu ciptaannya pada suatu ketika dulu. Lagu ciptaannya yang dinyanyikan sendiri olehnya sekarang ni i tak berapa suka sangat. Lagu-lagu ala-ala nusantara belum begitu masuk dalam jiwaku. Akan tetapi lagu2 ciptaannya ketika zaman kumpulan Kembara dulu...memang i suka dan minat sangat. Boleh leleh air mata gitu...sobbb..sobbb..sobbb.
Suara dia pulak, memang suara jantan habis...boleh cair beb. I like his vocal.
Secara peribadi this konsert tidak begitu masuk ke dalam jiwaku. For me, kalau kita tak faham lagu M. Nasir kita boleh tertidur di dalam dewan tu. Memang betul jangkaanku....dan nampak 2-3 orang kat belakangku yang dah terlelap...hehehe. Kebanyakan lagu yang didendangkan ada yang tak pernah dengar langsung. Itu yang i frust sangat. Kita akan enjoy pada sesuatu konsert jika kita sama-sama dapat menyanyikan lagu yang penyanyi tu dendangkan. Terkial-kial i nak ikut lirik yang tak berapa nak hafal tu.
Akan tetapi i salute kat M.Nasir kerana dengan usia nya yang dah nak senja akan tetapi staminanya menari di pentas memang superb. Tak nampak pancit pun. Biasalah style dia menari, hanya dia aje yang faham cara dia menari. So, memang respect habis. Dia pun tak banyak sangat berbicara dengan penonton. Hanya sekali-sekala sahaja bila dia bertanyakan apa nama lagu yang akan dia dendangkan. Siap buat joke lagi "siapa tak tahu lagu ni boleh keluar"...amboi joke berbisa tu.
Iringan muzik memang mantap dan begitu bertenaga. Secara keseluruhan bagiku konsert ini pada tahap biasa aje. I'm not really enjoy this kind of music. Masa i tengok konsert Sheila Majid kat KL Convention Centre last year memang best....kita boleh ikut lagu yang didendangkan dan Sheila pulak pandai berinteraksi dengan penonton. Habis konsert tersenyum puas. But this konsert...macam takda feel apa-apa. Sorry M. Nasir atas kritikan ini.
Guys, enjoys the pics below.



comel kan penari-penari ni....















February 24, 2009

Grand Final My Star LG at PWTC


A reality programme by TV3. Grand Final My Star LG berlangsung di PWTC. Actually taklah layan sangat this programme but ada lah juga tengok sikit-sikit kat TV3. Thanks to Pinkpantherose for the ticket. Kami semua 9 orang beramai-ramai menyaksikan programme ini. First time Zarina joint us for this final programme.

Congrats to Wana for being a winner My Star LG. Suara mantap, ada ciri seorang penghibur, lincah menari dan muka comel. Masa diumumkan peratusan di awal konser, Wana di tempat terakhir daripada seramai 4 orang peserta. Pengkritik pula paling memuji si Wana ni berbanding peserta lain. U deserve it girl!!!!


ticket for press ....kami duduk di tempat media..

all of us.....tersenyum girang
kami duk di barisan depan lah juga.....
the stage...simple aje
para hadirin....masa ni belum ramai lagi...
Host - Nash and Ann
Cassie - peserta dari Bumi Kenyalang. Ada package sebagai seorang artis. Suara boleh tahan tetapi dah biasa dengar pada mana-mana artis. Suka masa dia nyanyi lagu English dengan Siti Sarah...memang best. Tetapi Sarah tetap hebat. Masa persembahan pertama Cassie tidak berapa menonjol kerana dia terlalu berhati-hati. Mendapat undian tertinggi pada permulaan konsert. Tetapi Cassie tidak mendapat sebarang tempat hadiah utama.


Hairi - peserta dari Negeri di bawah bayu. Peserta ini memilih genre rock. Berduet dengan Fix tetapi persembahan Fix lebih menonjol dengan liuk lentuk rockersnya. Patutnya Hairi kena tunjukkan diri dia lebih hebat kerana dia adalah peserta konsert ini. Suara rockers memang ada cuma kena lebihkan tenaga sikit. Memang ada rupa...package nak jadi artis. Hairi tidak mendapat sebarang tempat hadiah utama.
Wana - Juara My Star LG 2009. Comel orangnya dan suaranya aduhhh begitu lantang. Ada harapan menjadi seorang penghibur. Pandai beraksi lincah di pentas. Pandai menari dan bergelek. Kena tegur dengan pengkritik Ajai sebab Wana agak keterlaluan bila menggunakan vibrate suara. Wana pandai beraksi di pentas kerana dia dah biasa menyanyi di kelab. Memang dah agak Wana boleh menang dalam programme ini.

Nashrin - Tempat kedua My Star LG 2009. Pemuda yang ganteng dan iras seperti penyanyi Indonesia Marcell. Wah-wah sungguh romantik berduet dengan Misha Omar. Memang meremang bulu roma tengok depa berdua menyanyi. Suara Nashrin memang sesuai dengan genre muzik balada. Sesekali tengok dia menari di pentas...so sharp. Menjadi kegilaan anak-anak muda remaja perempuan.

Para peserta mendengar komen daripada pengkritik
Faizal Tahir - sebagai artis undangan
Misha Omar - duduk berdekatan dengan tempat kami
Cassie berduet dengan Siti Sarah
Hairi - kaku masa nyanyi lagu MUH
Wana nak goda Jamal...heheheh
Nashrin bergelek sakan
komen pengkritik
patutnya Mawi jadi artis undangan....digantikan dgn Jamal
Rossa - penyanyi undangan dari Indonesia
Rossa ... Ayat-ayat Cinta
saat diumumkan pemenang
Nashrin - tempat kedua
Wana - tempat pertama




bersama pengacara Ann

all of us...

kat PWTC.....dah nak balik....